BOSS FRAGRANCE RAI ULANG TAHUN KE-25 DENGAN WANGIAN BOSS BOTTLED ELIXIR BAHARU
Dalam meraikan ulang tahun ke-25 BOSS Bottled Eau de Toilette, BOSS Fragrance memperkenalkan wangian Elixir baharu untuk mengelevasikan lelaki maskulin yang moden.
Tahun 2023 menandakan ulang tahun ke-25 wangian ikonik, BOSS Bottled Eau de Toilette yang pertama. Dalam meraikan ulang tahun ikon dalam dunai wangian lelaki ini, BOSS Fragrance memperkenalkan wangian Elixir baharu untuk mengelevasikan lelaki maskulin yang moden.
BOSS Bottled Alixir merupakan lembaran baharu dalam keluarga BOSS Bottled. Wangian yang terjual setiap empat saat di seluruh dunia ini telah menjadi sebahagian daripada rutin grooming lelaki. Ianya sangat ikonik, dan cukup timelses untuk membiaskan sisi yang sofistikated, untuk lelaki kontemporari era moden ini.
Wangian yang premium, BOSS Bottled Elixir memberikan suntikan baharu yang lebih mewah kepada lelaki. Kini, ia lebih elegan yang akan menggalakkan peminat untuk mencari sinar dalam diri dan menjadi BOSS anda sendiri.
Elixir, Wangian Mewah Daripada Bahan-Bahan Yang Premium
Membawa keluarga minyak wangi ini ke tahap yang lebih premium, BOSS Bottled Elixir mendefinisikan maksud ikon wangian baharu hari ini. Interpretasi baharu ini menampilkan bahan-bahan yang premium untuk elevasi statement buat lelkaki yang lebih sofistikated. Dengan setiap semburan, lelaki akan berasa lebih yakin, berani dan bersedia untuk mengejar cita-cita.
Haruman Elixir baharu ini cukup mempersonakan. Nota atas menampilkan bahan kemenyan dan pelage yang membiaskan impresi yang warm dan menyerlah. Vetiver dan minyak nilam pula disatukan pada nota tengah yang memberikan sentuhan earthy. Dan nota asas pula merupakan esen cedarwood dan labdanum yang mutlak. Ia melantangkan haruman yang kuat, woody penuh karisma dan letusan sisi maskulin yang bold.
Minyak wangi terbaharu ini telah dihasilkan oleh master perfumer yang legenda, Annick Menardo yang telah mencipta wangian signature BOSS Bottled. Kolaborasi bersama Suzy le Helley ini meraikan semburan yang moden klasik untuk lelaki sebenar.
Find Your Inner Light
Reka bentuk botol wangian Elixir ini menandakan permulaan jilid baharu buat BOSS Fragrance. Kali ini, ton hitam lacquer dipilih untuk merakamkan sinaran pada bahagian tengah yang kena dengan konsep ‘find your inner light’. Dengan perincian seramik dan penutup botol dalam warna keemasan mengelevasikan lagi sisi elegan pada ciptaan terbaharu ini.
Pelakon kacak penuh bakat, Chris Hemsworth merupakan duta global untuk francais BOSS Bottled. Dan kali ini, dia turut membintangi kempen Elixir terbaharu sebagai wajah yang sempurna untuk mewakili lelaki BOSS moden yang sangat menginspirasikan.
Sejak 25 tahun yang lalu, BOSS Bottled telah memberikan inspirasi kepada ramai lelaki untuk mengejar cita-cita dan menghadapi cabaran. Dalam pada masa yang sama, ia mengekalkan identiti asas lelaki moden yang penuh kejujuran, intergriti dan autentik.
BOSS Bottled Elixir boleh didapati pada harga RM410 (50ml) dan RM550 (100ml).
Baca lebih lanjut: 10 FAKTA MENARIK AKSI DI BALIK TABIR FILEM ‘EXTRACTION 2’ LAKONAN CHRIS HEMSWORTH
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 AKTOR POPULAR YANG PERNAH BERNIAT MENINGGALKAN INDUSTRI HOLLYWOOD
Beberapa pelakon Hollywood pernah meluahkan hasrat untuk meninggalkan dunia lakonan. Mujurlah mereka membuat keputusan tepat dan membatalkan niat itu!
CHRIS HEMSWORTH PAMER BAKAT BARU DI KONSERT ED SHEERAN
Dari layar perak, bakat Chris Hemsworth kini meluas ke pentas konsert pula!
“IMPIAN SAYA ADALAH MENJADI SEORANG PELAKON SENI MEMPERTAHANKAN DIRI.” – ALTON ANG
GLAM Lelaki menampilkan bintang muda dan atlet wushu kebangsaan, Alton Ang dalam eksplorasi urban bersama wangian ikonik, Bleu De Chanel yang eksklusif.
5 AKTOR HOLLYWOOD TERKENAL YANG PERNAH BERHASRAT UNTUK BERHENTI BERLAKON
Evangeline Lilly baru-baru ini mengumumkan persaraannya dari industri hiburan. Beberapa pelakon lelaki Hollywood juga pernah berniat untuk bersara namun membatalkan hasrat mereka pada saat akhir.
CHRIS HEMSWORTH TERIMA PENGIKTIRAFAN BINTANG HOLLYWOOD WALK OF FAME
Menjelang tayangan filem terbarunya Furiosa: A Mad Max Saga, Chris Hemsworth melakar sejarah apabila dikurniakan bintang Hollywood Walk Of Fame.
RAHSIA TUBUH MANTAP CHRIS HEMSWORTH
Chris Hemsworth berkongsi tip senaman dan pemakanan yang diamalkannya untuk mendapatkan tubuh idaman ramai.