KISAH INSPIRASI KHALIL RAFATI, DARI GELANDANGAN KINI JUTAWAN
Tiga belas tahun yang lalu, seorang lelaki gelandangan Amerika Syarikat bernama Khalil Rafati hidup dalam keadaan yang sangat susah di Los Angeles. Miskin, merempat malah tiada tempat tinggal. Bukan itu sahaja, Khalil juga terjerumus dalam gejala dadah, heroin dan arak. Sewaktu itu, beratnya hanya 106 kg.

Khalil Rafiti, sebelum (kiri) dan selepas (kanan).
Tidak lama kemudian, hidupnya berubah 360 darjah. Khalil bukan lagi seperti dahulu. Kini dia adalah seorang jutawan dan pemilik rantaian bar jus SunLife Organics. Kisah hidupnya dari seorang gelandangan dan kini jutawan turut dibukukan dalam sebuah buku inspirasi berjudul I Forgot to Die. Buku ini menceritakan kisah jatuh bangun dan perjalanan hidup bagaimana Khalil berjaya mengubah hidupnya.
https://www.instagram.com/p/_GI7xdqJ9Z/?taken-by=iforgottodiebook
“Saya hampir meninggal dunia akibat dos berlebihan (OD) dan turut pernah dipenjarakan. Semenjak dari itu, saya nekad untuk kembali mengatur semula kehidupan saya”, jelas Khalil dalam satu temubual.
Selepas tidak lagi terjebak dalam kancah arak dan dadah, Khalil mengasaskan Riviera Recovery, sebuah pusat perubatan fasiliti traditional untuk penagih dadah dan alkohol yang ingin kembali ke pangkal jalan. Namun, suatu insiden telah memberikan harapan baru buatnya.
https://www.instagram.com/p/BLeWK0UjbeA/?taken-by=iforgottodiebook
https://www.instagram.com/p/BJLqtGNjKXq/?taken-by=iforgottodiebook
Kawan Khalil memperkenalkan cara untuk membuat jus dan makanan tambahan berkhasiat kepadanya. Dari situ, Khalil mendapat idea dan mula aktif membuat smoothie sendiri lalu menjual kepada pesakit-pesakitnya. Jus smoothie yang diciptanya itu bertujuan bagi meredakan obsesi dan ketagihan pesakit akan pengambilan dadah dan arak, malah ia membantu dalam mengatasi kelesuan.
https://www.instagram.com/p/BFNRBA-qJ46/?taken-by=iforgottodiebook
Tanpa diduga, permintaan terhadap jus itu semakin laris berikutan rasanya yang sangat sedap. Ramai yang hadir ke pusat pemulihan Khalil semata-mata hanya untuk membeli jus tersebut. Lalu Khalil membuat keputusan untuk membuka jus barnya sendiri yang bernama SunLife Organics yang kini sudah mempunyai 6 kedai rangkaian di sekitar Los Angeles dan semakin berkembang.
Dari gelandangan, kini Khalil sudah menjadi seorang jutawan. Ya, in this world nothing is impossible!
Oleh Wan Mohd Firdaus
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.
GABRIETTE SAH BERGELAR ISTERI MATTY HEALY MEMAKAI MATIÈRES FÉCALES
Gabriette bergelar isteri menggayakan haute couture bride daripada Matières Fécales dan hanya memegang sekuntum ros.
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026
Cari jam tangan mewah pelaburan terbaik 2026. Terokai 5 jam tangan mewah yang menawarkan Style Equity tinggi untuk gaya maskulin moden.
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.











