Skip to content

SEDEKAD BERGELAR SUAMI, DALER YUSUF BAKAL TIMANG ANAK KETIGA

SEDEKAD BERGELAR SUAMI, DALER YUSUF BAKAL TIMANG ANAK KETIGA

Kongsikan artikel ini

Tiada angin tiada ribut, Daler Yusuf mengejutkan peminat apabila mengumumkan dia bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Sejak melibatkan diri dalam industri hiburan tanah air, Daler tidak pernah mendedahkan status dirinya secara terperinci kepada umum. Disebabkan itu ramai menyangka aktor berbangsa Uzbek ini masih bujang.

Justeru netizen amat terkejut apabila mendapat tahu tentang berita kehamilan isterinya, Sakinah Burikul di TikTok. Malah bukan kehamilan pertama, tetapi yang ketiga.

“Saya kini sedang menanti kelahiran anak ketiga yang dijangka pada tahun depan. Isteri saya ketika ini sedang hamil lima bulan. Dijangka bayi lelaki,” katanya.

daler yusuf

Foto: Kosmo

Daler Yusuf Akui Tiada Niat Mahu Berahsia

Pelakon berusia 31 tahun ini berkata, dia tidak mempunyai niat untuk menyembunyikan status perkahwinannya daripada peminat. Dia lebih selesa berkongsi mengenai kerjaya berbanding hal peribadi.

“Saya sudah berkahwin sejak 10 tahun lalu di Uzbekistan. Ketika itu saya sedang belajar dan belum jadi pelakon. Saya memang tidak memuat naik atau berkongsi tentang kehidupan peribadi di media sosial. Jadi memang ramai tidak tahu.

“Kami dulu banyak gaduh, duduk asing dalam dua ke tiga tahun. Kemudian tinggal bersama semula. Alhamdulillah, semasa penularan Covid-19, kami tersekat di Malaysia dan berbaik sehingga sekarang. Kini kami lebih memahami antara satu sama lain,” katanya, menurut Harian Metro.

Hasil perkongsian hidup selama 10 tahun, Daler serta isteri dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia sembilan dan tujuh tahun.

Daler Yusuf

Foto: mStar

 

Foto: X/TikTok

Pautan berkaitan: AIMAN HAKIM RIDZA & ZAHIRAH MACWILSON BAKAL TIMANG ANAK KEDUA