30 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI FASHION WEEK MENSWEAR 2024
Siapakah selebriti lelaki yang mencuri perhatian ketika menghadiri Fashion Week Menswear 2024 di kota Milan dan Paris kali ini?
Tahun 2024 bermula cukup bergaya buat fesyen lelaki. Rumah fesyen dan label fesyen utama mempersembahakan koleksi terbaharu untuk musim luruh/sejuk 2024. Bertempat di kota Milan dan Paris, barisan selebirit lokal, Asia dan antarabangsa tidak ketinggalan untuk menghadiri pertunjukan fesyen bersempena Fashion Week Menswear 2024.
Rumah fesyen seperti Louis Vuitton, Dior, Prada dan Loewe antara yang memberikan momen fesyen yang mencuri perhatian. Barisan selebriti dan duta jenama membanjiri pertunjukan koleksi musim terbaru dengan rekaan yang luar bisa. Tidak ketinggalan barisan selebriti yang menduduki kerusi barisan hadapan yang menyuntik ‘star power’ kepada setiap pertunjukan.
Pengarah Kreatif Lelaki untuk Louis Vuitton, Pharrell Williams terus mengukuhkan pengaruh sebagai pereka fesyen yang paling dinanti-nantikan peminat fesyen. Bertemakan Paris-Virginia, penyanyi lahu hit “Happy” itu menceduk inspirasi dengan memberikan penghormatan kepada warisan Western Americana. Barisan hadapan pula dipenuhi dengan selebriti A-list seperti Bradley Cooper, Jackson Wang, BamBam dan Taylor Zakhar Perez.
Dior melalui Pengarah Kreatif Lelaki, Kim Jones pula meraikan revolusi seni ballet oleh penari legenda, Rudolf Nureyev. Koleksi Dior Winter 2024 turut menampilkan rekaan turban velvet oleh pereka topi legenda, Stephen Jones. Antara selebriti yang hadir menyerikan pertunjukan kali ini seperti Lewis Hamilton, Jung Hae-in, Aron Piper, dan kumpulan K-Pop, Tomorrow x Together.
Berikut adalah 30 gaya selebriti lelaki terbaik di Fashion Week Menswear 2024 di kota Milan dan Paris kali ini:
1. Manu Rios
2. Jackson Wang
3. Win Metawin
4. Lee Min-ho
5. Lucien Laviscount
6. Taylor Zakhar Perez
7. Aron Piper
8. Dew Sutivanichsak
9. Rowoon
10. Vinnie Hacker
11. Shi Hirano
12. Zayn Malik
13. Kit Connor
14. Andrew Garfield
15. Nicholas Galitzine
16. Phuwin Tangsakyuen
17. Matt Bomer
18. Lewis Hamilton
19. Tomorrow x Together
20. Jung Hae-in
21. Nicholas Hoult
23. Troye Sivan
24. Hael Husaini
25. Noah Beck
26. Andre Lamoglia
27. Jacob Rott
28. Blanco
29. Force Jiratchapong
30. James McAvoy
Baca lebih lanjut: 5 SNEAKER TRENDY PILIHAN GLAM LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026
Terokai 10 gaya lelaki terbaik di Met Gala 2026 pilihan GLAM LELAKI. Temui inspirasi gaya avant-garde dan maskulin paling ikonik tahun ini.
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL
Daripada estetika klasik asetat hingga impak berani Gentle Monster, serlahkan karisma anda dengan visi gaya paling segak di GLAM LELAKI.
THE ‘QUIET LUXURY’ EXIT: MENGAPA JENAMA MEWAH KINI KEMBALI KE ERA LOGO MAKSIMAL?
Ketahui bagaimana trend avant-garde ini mencabar norma minimalisme dan menentukan masa depan gaya lelaki yang lebih berani serta artistik.
20 LAGU YANG BAKAL BERENTAP DI ANUGERAH JUARA LAGU KE-40 SEPARUH AKHIR
Aina Abdul, Dayang Nurfaizah, Haqiem Rusli dan Imran Ajmain antara penyanyi yang tersenarai dalam separuh akhir Anugerah Juara Lagu ke-40.
5 PENGARAH KREATIF FESYEN TERBAHARU, DARI OAKLEY KE ZARA
Kenali 5 Pengarah Kreatif Fesyen 2026. Dari Matthew Williams ke John Galliano ke Zara, lihat siapa yang mengubah gaya global.
MAKSIMALISME 2026 : MENGAPA SUDAH TIBA MASANYA LELAKI BERHENTI ‘PLAY SAFE’
Tinggalkan minimalisme. Terokai trend Maksimalisme 2026 bersama Hael Husaini, Hun Haqeem, dan Syed Syafiq. Berhenti bermain selamat sekarang!











