Ronda Rousey bakal bersara?
Tahun baru tampak suram buat Ronda Rausey, apabila semalam beliau ‘ditundukkan’ pencabarnya, Amanda Nunes dalam hanya tempoh 48 saat sewaktu perlawanan bagi merebut gelaran Women’s Bantamweight. Ternyata kekalahannya ini mengejutkan semua pihak termasuk peminat dan penyokongnya. Ini kerana Ronda tampak yakin untuk menang malah Amanda pula boleh dikatakan bukan pesaing utamanya. Apatah lagi ini adalah kemunculan semua Ronda dalam siri perlawanan UFC selepas setahun tidak bertarung. Apa sudah jadi dengan Ronda?

Aksi pertarungan mendebarkan antara Ronda dan Amanda. (Photo credit: CNN)

Aksi Amanda teruja meraikan kemenangannya menundukkan Ronda. (Photo credit: Star Tribune)
Dan akhirnya Ronda mengeluarkan satu kenyataan berhubung kekalahannya beberapa jam selepas beliau tewas di tangan Amanda melalui wakilnya.
“I want to say thank you to all of my fans who have been there for me in not only the greatest moments but in the most difficult ones. Words cannot convey how much your love and support means to me.
Returning to not just fighting, but winning, was my entire focus this past year. However, sometimes — even when you prepare and give everything you have and want something so badly — it doesn’t work how you planned. I take pride in seeing how far the women’s division has come in the UFC and commend all the other women who have been part of making this possible, including Amanda.
I need to take some time to reflect and think about the future. Thank you for believing in me and understanding.” (Sumber: sports.yahoo.com)
So, whats next for Ronda? Adakah beliau akan turun semula ke dalam gelanggang ataupun kekalahan ini sudah cukup membuktikan zaman kegemilangan Ronda sudah berakhir. Melalui kenyataan ibu Ronda, Ann Maria DeMars, dia sendiri mengharapkan agar Ronda bersara dari bidang ini kerana tidak mahu lagi melihat anaknya disakiti dan dipukul. Namun, jelas ibunya lagi ia semua berbalik kepada keputusan Ronda sendiri.

Ibu Ronda, Ann Maria menenangkan Ronda sejurus sahaja selepas perlawanan tamat. (Photo credit: Sportsnet)
“Ibu mana yang ingin melihat anak sendiri disakiti dan dipukul sedemikian rupa. Banyak perkara boleh dilakukan olehnya seperti berlakon, menulis, menerbitkan, peragaan dan banyak lagi. Saya memberitahunya lagi, dia seorang yang cantik dan bijak, biar ‘orang bodoh’ saja yang dipukul, bukan kamu”, jelas Ann Maria bersama temu bualnya dengan media antarabangsa baru-baru ini.
Apa-apa pun, GLAM Lelaki mengharapkan agar Ronda terus tabah. Sama-sama kita nantikan keputusan yang akan diambil Ronda tidak lama lagi. Whatever it is, you already a champion to everyone’s eye!
oleh Wan Mohd Firdaus Basaruddin.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA
Hyrox terus memegang industri senaman global, membuktikan kerelevenannya buat lelaki moden kini.
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM
Sarungkan kasut larian dan pasangkan earphones – tiba masanya untuk senaman di luar rumah dengan 10 lagu ini!
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.











