“SAYA AKAN MEMILIH ERNIE ZAKRI” – RIZAL RASID #GLBLACKWHITESERIES
#GLBlackWhiteSeries pilihan GLAM Lelaki menampilkan Rizal Rasid yang berasal dari Brunei, dan kini meluaskan sayapnya di Malaysia.
Rizal Rasid, penyanyi berbakat kelahiran Brunei, mengikuti minatnya yang mendalam untuk menyanyi dan telah meninggalkan kerjayanya sebagai pramugara. Apa yang lebih menarik, langkahnya tidak berhenti di situ. Rizal juga telah melebarkan sayapnya ke Malaysia, bukan hanya dalam dunia nyanyian, tetapi juga dalam industri fesyen.
RIZAL RASID #GLBLACKWHITESERIES
1. Terangkan stail dan gaya fesyen anda.
‘Simple but impactful‘ itulah stail dan gaya fesyen saya. Saya suka bergaya secara sederhana dalam kehidupan seharian. Namun, saya juga suka bereksperimen dengan fesyen ketika ada acara atau persembahan. Saya akan mencuba pelbagai gaya sehingga saya menemui sesuatu yang sesuai dengan diri dan jiwa saya.

2. Bagaimana anda kekal fit dan aktif?
Sejujurnya, saya tidak sentiasa bersenam tetapi saya suka mendaki bersama rakan-rakan serta berenang apabila ada peluang dan waktu lapang. Saya juga suka berjalan-jalan di taman atau di pusat membeli-belah. Itu pun saya anggap sebagai bersenam!
3. Apakah aktiviti atau perkara yang anda lakukan untuk bersantai di hujung minggu?
Santai bagi saya bermakna ‘being lazy‘. Tetapi malas tidak bermaksud saya tidak melakukan apa-apa. Kebiasaannya, saya tidak membuat perancangan khusus. Jika mahu keluar, saya akan pergi ke kafe atau karaoke dengan kawan-kawan. Jika tidak, saya akan berehat di rumah sambil menonton Netflix.

4. Kongsikan tiga jenama fesyen tempatan kegemaran anda.
Sukar bagi saya untuk memilih kerana terdapat banyak jenama fesyen tempatan yang hebat. Tetapi jika perlu, saya akan memilih Emri Vision, SVG Worldwide dan Neonate.
5. Apakah tips penjagaan muka yang anda amalkan?
Saya pastikan untuk membersihkan muka selepas acara atau berada di luar sepanjang hari dan diteruskan dengan rutin penjagaan kulit saya. Saya juga sentiasa menggunakan pelindung matahari ketika keluar rumah kerana ia sangat penting.

6. Kongsikan satu momen persembahan yang bermakna buat anda.
Satu momen yang tidak akan pernah saya lupakan ialah apabila saya pertama kali menyanyi di unitour dengan label saya. Saya tidak menjangka bahawa semua orang akan mengenali lagu saya dan menyanyi bersama-sama. Suara mereka pada masa itu lebih kuat daripada suara saya! Saya sangat terharu dengan sokongan tersebut.
7. Jika diberi pilihan untuk bekerjasama dengan mana-mana artis, siapa yang anda akan pilih dan mengapa?
Sudah tentu saya akan memilih Ernie Zakri. Ini kerana saya meminati suara emas beliau dan ingin berduet bersamanya suatu hari nanti.
8. What’s next for Rizal Rasid?
Lebih banyak lagi yang akan datang daripada saya dan juga yang ingin saya cuba. Saya akan terus meluaskan sayap saya di Malaysia dan persada dunia. Dan siapa tahu, suatu hari nanti ia akan menjadi kejayaan besar dalam industri. Saya akan terus percaya pada rezeki.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini.











