Skip to content

GL SEPT 2021: SYAFIQ KYLE

5 FILEM HEBAT LAKONAN SYAFIQ KYLE TERMASUK SHERIFF: NARKO INTEGRITI

Kongsikan artikel ini

Nama Syafiq Kyle hangat diperkatakan kebelakangan ini dek lakonan mantapnya sebagai Inspektor Nazri dalam Sheriff: Narko Integriti.

Filem arahan Syafiq Yusof itu meraih kejayaan luar biasa dalam industri perfileman tempatan. Ditayangkan bermula 18 April, ia telah berjaya meraih kutipan sebanyak RM44.5 juta hanya dalam masa 14 hari.

Tidak disangkal Sheriff: Narko Integriti memberi pengalaman berbeza berbanding barisan filem tempatan lain. Ramai penonton mengakui terkesima dengan plot twist tidak dijangka pada penghujung cerita.

Bagaimanapun ia bukan satu-satunya naskah hebat lakonan Syafiq Kyle. Aktor berusia 32 tahun ini telah membintangi pelbagai karya hebat yang melonjakkan namanya dalam industri hiburan tanah air. Dia juga bakal muncul dalam filem The Experts yang akan ditayangkan di pawagam pada 23 Mei ini.

Lihat beberapa filem terbaik Syafiq Kyle menurut IMDb

5. Gol & Gincu Vol. 2 (2018)

Skor IMDb: 6.1

Turut dibintangi oleh: Ummi Nazeera, Diana Danielle, Sharifah Amani, Sazzy Falak

Sinopsis: Zakiah (Zak) dan Zakiah (Yaya) adalah dua pelajar universiti dengan nama sama namun mempunyai personaliti yang jauh berbeza. Akibat tercetusnya pergaduhan di khalayak ramai, kedua-duanya dikenakan tindakan disiplin oleh pihak pengurusan universiti untuk melakukan kerja-kerja amal sebagai teladan kepada pelajar lain.

Zak dan Yaya memilih untuk melakukan kerja amal di rumah remaja bermasalah yang dikendalikan oleh Jijie. Sangkaan mereka meleset setelah menyedari bahawa kerja amal bukanlah mudah. Mampukah mereka mengetepikan sikap prejudis dan membantu Jijie atau adakah kehadiran mereka hanya memburukkan keadaan?

 

4. Pusaka (2019)

Skor IMDb: 6.4

Turut dibintangi oleh: Mimi Lana, Sweet Qismina, Fauziah Ahmad Daud, Faizal Hussein

Sinopsis: Inspektor Nuar Ishak menemui mayat wanita bernama Balqis dan Qistina, pasangan kembar yang terkurung di sebuah rumah tinggal. Sejak itu hidupnya diganggu pelbagai kejadian aneh, malah setiap orang yang berkait dengan kes itu juga mati seorang demi seorang. Di samping permasalahan dengan adik kembarnya Nur dan pertimbangan diri yang semakin hilang, Nuar harus menyelesaikan kes tersebut sebelum lebih ramai lagi menjadi korban.

 

3. Polis Evo 3 (2023)

filem terbaik syafiq kyle

Skor IMDb: 6.9

Turut dibintangi oleh: Shaheizy Sam, Zizan Razak, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish

Sinopsis: Sebuah letupan di Pulau Pinang yang telah membunuh ratusan mangsa termasuk seorang anggota polis kini dalam siasatan Inspektor Sani dan Khai. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan mereka diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.

 

2. Sheriff: Narko Integriti (2024)

filem terbaik syafiq kyle

Skor IMDb: 7.9

Turut dibintangi oleh: Zul Ariffin, Dato Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan

Sinopsis: Nazri, seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik merasakan masalah sindiket dadah syabu Tony Ifrit semakin berleluasa dan mereka sering terlepas daripada cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman. Nazri mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah itu sendiri.

Sementara itu Sheriff, seorang anggota polis daripada Jabatan Integriti dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’. Sheriff dan Nazri ditugaskan untuk berada di bawah satu jabatan. Adakah Meth Killer berada dalam Jabatan Narkotik itu sendiri?

 

1. Siku 12: Langkah Derhaka (2022)

filem terbaik syafiq kyle

Skor IMDb: 8.1

Turut dibintangi oleh: Zahiril Adzim, Moon, Lobak, Tuan Asmawi Tuan Umar

Sinopsis: Dua sahabat baik, Atid dan A Wut yang berketurunan Siam amat meminati seni mempertahankan diri Muay Thai. Bapa Atid, Ayah Man pernah belajar ilmu Seni Silat Tua Melayu Permainan Siku 12 daripada Tuan Guru Haji Zainal namun merahsiakan perkara itu daripada anaknya.

Atid mula menyedari ketangkasan bapanya bersilat sehingga mampu menumbangkan lintah darat di kampung, membuatkan dia tertanya-tanya apakah jurus persilatan yang digunakan. Setelah didesak, Ayah Man akhirnya menurunkan ilmu persilatan Siku 12 kepada anaknya. Malangnya A-Wut menganggap Atid megkhianatinya kerana mempelajari ilmu tersebut tanpa kehadirannya.

 

Foto: Arkib Glam Lelaki

Pautan berkaitan: 10 FILEM TERBAIK BARRY KEOGHAN ANDA MESTI TONTON

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 FILEM TERBAIK LAKONAN ZUL ARIFFIN ANDA WAJIB TONTON

5 FILEM TERBAIK LAKONAN ZUL ARIFFIN ANDA WAJIB TONTON

Bacaan Lanjut
Syafiq Kyle

SYAFIQ KYLE: MENGGENGAM KEBERANIAN DALAM FILEM TAKLUK LAHAD DATU

Bacaan Lanjut
8 FILEM TERBAIK LAKONAN SYAFIQ KYLE ANDA WAJIB TONTON

8 FILEM TERBAIK LAKONAN SYAFIQ KYLE ANDA WAJIB TONTON

Bacaan Lanjut
SHERIFF: NARKO INTEGRITI DISAHKAN AKAN TAMPIL DENGAN SEKUEL

SHERIFF: NARKO INTEGRITI DISAHKAN AKAN TAMPIL DENGAN SEKUEL

Bacaan Lanjut
SHERIFF: NARKO INTEGRITI LAKAR KEJAYAAN LUAR BIASA

SHERIFF: NARKO INTEGRITI LAKAR KEJAYAAN LUAR BIASA

Bacaan Lanjut
rancangan raya 2024

5 RANCANGAN ANDA BOLEH ‘LAYAN’ SEPANJANG HARI RAYA INI

Bacaan Lanjut