KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH MICHAEL SCHUMACHER PIKAT PENCINTA HOROLOGI
Bekas pelumba Formula One (F1), Michael Schumacher mempunyai koleksi trofi terbaik dalam sukan litar. Koleksi horologinya juga tidak kurang hebatnya.
Baru-baru ini lapan jam tangan mewah miliknya berjaya dijual dalam acara lelong Rare Watches anjuran Christie di Geneva, Switzerland pada harga lebih RM20 juta. Juara dunia tujuh kali itu merupakan pengumpul koleksi jam tangan tegar namun minatnya terhenti selepas mengalami kemalangan ski pada Disember 2013.
Dua daripada jam tangan yang dijual pada acara lelong tersebut adalah hadiah peribadi yang diterimanya daripada rakan dan ketua pasukan Ferrari ketika itu, Jean Todt. Ia diberi sempena meraikan pencapaiannya di trek perlumbaan bersama pengeluar Itali itu.
Salah satu daripadanya adalah F.P. Journe Vagabondage unik yang diperbuat daripada platinum dan menampilkan beberapa butiran meraikan tujuh kejuaraan dunia pelumba Jerman itu. Terdapat lambang Ferrari, topi keledar khas Jerman, nombor ‘7’ dan logo bank DVAG yang menjadi penaja Michael.

Jam rose gold 18k itu turut diukir dengan ayat, ‘Xmas 2004 – Jean Todt for my friend Michael Schumacher’. Ia dijual pada acara lelong bersama set jam tangan F.P. Journe Ruthenium lengkap dengan kotak asal, keseluruhannya pada harga RM7.72 juta.
Lagi Koleksi Jam Tangan Michael Schumacher
Seutas lagi jam tangan pemberian suami Tan Sri Michelle Yeoh, Jean yang turut dilelong adalah Audemars Piguet. Hadiah itu diberi pada tahun 2003 sempena meraikan kejayaan Michael merangkul takhta juara dunia buat kali keenam.

Kronograf Royal Oak dengan emas putih 18k itu menampilkan lambang topi keledar merah Michael, enam bintang mewakili kejuaraannya, nombor ‘1’ dan Ferrari Cavallino. Diukir dengan ayat ‘J.Todt pour M. Schumacher, Noel 2003’, ia merupakan salah satu jam tangan luar biasa dalam sejarah kejuaraan F1. Ia berjaya dijual pada harga RM1.99 juta, tiga kali ganda daripada harga jangkaan.
Turut menarik perhatian pencinta horologi pada acara lelong itu adalah jam tangan milik Michael sendiri, Rolex Daytona ‘Paul Newman’ (6262). Merupakan koleksi Daytona paling sukar didapati namun amat digilai, jam dengan dail Paul Newman mempunyai perkaitan rapat dengan sukan permotoran kerana aktor dan pelumba itu sering memakainya dalam acara perlumbaan dari tahun 70-an hingga 2000-an. Ia dijual pada harga melebihi RM1.5 juta.

Foto: British GQ
Pautan berkaitan: MENGUASAI POLE POSITION BERSAMA JAZEMAN JAAFAR DAN JAM TANGAN BREITLING AVENGER
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 KERETA F1 YANG PALING MAHAL PERNAH DIJUAL DI AUCTION
Lihatkan lima kereta lumba F1 yang termahal pernah dijual di auction sementara menanti jualan 1996 McLaren F1 GTR yang bakal mengukir sejarah di Monterey Sabtu ini.
KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈS MILIKNYA
Haaland terus membuktikan bahawa koleksi jam tangannya sama hebat dengan prestasinya di atas padang.
FRANCK MULLER MERAIKAN SENI PEDANG SAMURAI DENGAN KOLEKSI VANGUARD DAMASCUS
Franck Muller memperluaskan koleksi Vanguard dengan meraikan seni ketukangan pedang Samurai.
SEPANG BAKAL KEMBALI MENGGEGARKAN F1? MALAYSIA BERPELUANG JADI TUAN RUMAH GRAND PRIX 2026
Malaysia dikatakan berpeluang menjadi tuan rumah sempena Grand Prix 2026 berikutan konflik yang dilaporkan di kawasan Timur Tengah.
BELL & ROSS BR-03 GMT GREEN LUM BAHARU BERINSPIRASIKAN RONA NOTHERN LIGHTS
Bell & Ross meneruskan momentum evolusi rangkaian BR-03 dengan perkenalan model terbaharu, BR-0R GMT GREEN LUM.
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026
Cari jam tangan mewah pelaburan terbaik 2026. Terokai 5 jam tangan mewah yang menawarkan Style Equity tinggi untuk gaya maskulin moden.











