4 GAYA FESYEN DINI SCHATZMANN & JANNA NICK PILIHAN GLAM LELAKI
Pasangan manis Dini Schatzmann dan Janna Nick telah menyambut ulang tahun perkahwinannya yang pertama. Mereka juga seringkali menjadi bualan ramai lebih lebih lagi di Tiktok dengan telatahnya. Gaya fesyen mereka berdua seringkali dilihat menggayakan #CoupleOutfits bersama.
Dini Schatzmann dan Janna Nick baru meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang jatuh pada tanggal 10 Jun 2024. Mereka dilihat meraikan dengan penuh gemilang yang dihadiri kenalan baik mereka, ucapan dan juga pendedahan yang dibuat Dini mengenai rutin bergelar suami isteri juga menjadi bulan ramai. GLAM lelaki menyenaraikan empat gaya berpasangan selebriti terkenal Dini Schatzmann dan Janna Nick mengikut kedudukan yang terbaik.
BERIKUT IALAH 4 GAYA FESYEN DINI SCHATZMANN & JANNA NICK PILIHAN GLAM LELAKI
Seringnya bergaya sama, namun identiti gaya mereka yang tersendiri tetap kelihatan. Rujuk tip gaya daripada Dini Schatzmann Janna Nick.
1. CATCH ATTENTION
Dini Schatzmann dan Janna Nick telah menghadirkan diri ke majlis pernikahan Datin Intan Najuwa pada pada Ogos 2023. Apa yang mencuri perhatian ialah gaya sepadan Dini dan Janna, yang mana Dini yang memakai suit putih bersama Janna memadankan rona yang menonjol.
2. KASUAL DAN KLASIK
Kami suka bagaimana Dini dan Janna bergaya santai dengan memakai sweatshirt yang oversized. Sungguh pun itu, keselesaan juga menjadi titik penting dalam menggayakan sesuatu penampilan. Penampilan digayakan mereka sangat sesuai untuk bercuti mahupun yang ingin keluar di hujung minggu.
3. DATE NIGHT
Jaw dropping! Gaya menonjol dan tidak perlu try too hard ini yang mencuri perhatian GLAM Lelaki. Mudah, ringkas dan berani. Dini dilihat menyarung kemeja hitam dan Janna memilih gaya yang chic. Sesuai dengan personalitinya.
4. MATCHING LOOKS
Adalah penting untuk setiap pasangan yang menghadiri sesuatu majlis atau acara bersama, pastikan ‘color coordinate’ dengan betul. Di acara pembukaan butik Mei lalu, pasangan ini muncul dalam koordinasi gaya yang memukau, namun tidak terlihat klise.
Baca lebih lanjut: 4 GAYA FESYEN BLUE PONGTIWAT PILIHAN GLAM LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
“SAYA SUDAH SEDIA UNTUK BERKELUARGA.” – DINI SCHATZMANN, GLAM LELAKI NOVEMBER 2023
Untuk edisi digital November 2023, GLAM Lelaki mempersembahkan pelakon kacak, Dini Schatzmann yang baharu sahaja melangkah ke fasa baharu sebagai suami kepada Janna Nick.
15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG OKTOBER 2023
Dari siri popular “Loki” yang kembali dengan musim kedua kepada dokumentari mengenai ikon bola sepak “Beckham”, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Oktober 2023.
SELAMAT BERNIKAH, DINI SCHATZMANN LUAH KETERUJAAN BERGELAR SUAMI
Empat tahun menyulam cinta, Dini Schatzmann dan Janna Nick selamat disatukan sebagai suami isteri pada 10 Jun lalu.
9 GAYA BERPASANGAN TERBAIK ASAP ROCKY & RIHANNA
Power couple ini bukan sahaja kelihatan hebat dalam gaya karpet merah tetapi juga stail jalanan.
DINI SCHATZMANN BAKAL BERGELAR SUAMI JUN INI?
Bertahun menyulam cinta, Dini Schatzmann dilaporkan bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan kekasih pujaan hati.
7 MOMEN FESYEN TERBAIK KEANU REEVES & ALEXANDRA GRANT
Pasangan pujaan ramai, Keanu Reeves dan Alexandra Grant sentiasa kelihatan bergaya apabila membuat kemunculan di khalayak ramai.