Skip to content

mercedes-benz glc 300

#GLPANDUUJI MERCEDES-BENZ GLC 300 4MATIC

Kongsikan artikel ini

Mercedes-Benz Malaysia melancarkan edisi terbaharu SUV premium GLC 300 4Matic yang akan memberikan peluncuran pemanduan yang kontemporari dan sporty.

Meneruskan penguasaan dalam segmen SUV premium, Mercedes-Benz Malaysia melancarkan generasi baharu pada model GLC. Mercedes-Benz GLC 300 4Matic terbaharu menyertai model GLC yang dipasang di dalam negara melalui fasiliti produksi yang terletak di Pekan, Pahang. Sejak 2016, GLC mengukuhkan status sebagai SUV utama buat Mercedes-Benz di Malaysia dengan penjualan sebanyak 12,000 unit.

GLC 300 4matic

SUV terbaharu ini menampilkan seni pembuatan yang mewah dengan kemampuan off-road yang tiada tandingan. Ia memberikan pemanduan yang mengagumkan di atas apa jua permukaan, dan disokong oleh fungsi yang mesra pemandu seperti skrin off-road dan ‘transparent bonnet’.

Desain Luaran Yang Sporty Dan Eksklusif

GLC 300 4Matic terbaharu ini mempunyai desain luaran yang cukup dekat dengan keluarga Mercedes-Banz SUV. Ekspresi AMG Line pada bahagian luar memberikan sentuhan yang sporty dan eksklusif. Ia menampilkan karakter dinamik dan garis desain yang mewah. Bumbung suria Panoramic pula akan memberikan pencahayaan dan suasana dalaman yang menenangkan. Terbaharu, varian GLC ini hadir dengan Digital Light yang akan mengadaptasikan pencayaan dengan keadaan jalan raya dan cuaca.

mercedes-benz Malaysia

Rekaan Dalaman Yang Mewah

Varian ini hadir dalam satu varian yang menampilkan rekaan dalaman AMG Line yang sporty. Tarikan utama untuk AMG Line kali ini adalag penggunaan material kulit hitam buatan manusuai ARTICO, microfiber MICROCUT dan juga pedal sport AMG. Stering sport multifungsi pula hadir dengan kulit napp yang memberikan desain tersendiri. Ia menceduk inspirasi daripada sukan permotoran dan meningkatkan estetik ruang pemanduan yang dinamik.

Model GLC terkini ini terus menetapkan standard pada setiap aspek. Antaranya, system infotainment MBUX generasi baharu yang meningkatkan keupayaan digital dan kepintaran. Navigasi skrin penuh akan memberikan bantuan pemanduan kepada pemandu dengan MBUX Augumented Reality. Tidak ketinggalan, system bunyi Burmester 3D yang menggunakan 15 buah pembesar suara yang akan memberikan pengalaman pemanduan yang luar biasa.

Jentera GLC 300 4Matic terbaharu ini tersedia dalam satu varian pada harga RM 391,888 dengan 10% cukai jualan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

 

Baca lebih lanjut: CASETIFY LANCAR KOLABORASI BERSAMA JENAMA FESYEN STREETWEAR MALAYSIA, PESTLE & MORTAR CLOTHING

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TIGUAN ALLSPACE LIFE 01

TIGUAN ALLSPACE LIFE

Bacaan Lanjut
MERCEDES-EQ: PEMACU MOBILITI ELEKTRIK MASA HADAPAN

MERCEDES-EQ: PEMACU MOBILITI ELEKTRIK MASA HADAPAN

Bacaan Lanjut
Melangkah Ke Masa Depan Elektrik Sepenuhnya 01

Melangkah Ke Masa Depan Elektrik Sepenuhnya

Bacaan Lanjut

DEFINISI BAHARU LELAKI WARDROBE

Bacaan Lanjut

GOLF R-LINE – EVOLUSI KESERONOKAN VOLKSWAGEN TERBAHARU

Bacaan Lanjut
Keanggunan Nan Agresif 01

Keanggunan Nan Agresif

Bacaan Lanjut