Skip to content

alif satar

“SATU DETIK PENTING DALAM PERJALANAN SEBAGAI BAPA ADALAH KETIKA ANAK PERTAMA ALIF DILAHIRKAN.” – ALIF SATAR

Kongsikan artikel ini

Duta Garmin Malaysia, Alif Satar berkongsi mengenai perjalanannya sebagai seorang bapa, dipengaruhi oleh hubungan rapat bersama bapanya sendiri bersempena Hari Bapa tahun ini. 

Hubungan keluarga selalunya menjadi asas kepada setiap individu untuk membina kehidupan dan hubungan pada masa hadapan. Jalinan hubungan ini tercipta melalui perkongsian aktiviti kegemaran dan percayaan kepada anak-anak untuk melangkah ke alam dewasa. Seorang bapa itu menjadi tunjang kepada keluarga yang memberikan kepentingan dalam membentuk nilai diri mereka bersama yang tercinta.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Buat bintang Malaysia, Alif Satar, hubungan yang terjalin bersama bapanya bukan sahaja telah membentuk diri secara personal. Malah, ia turut mempengaruhi tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa. Ia juga menjadi pegangan dan landasan dalam kariernya sebagai selebriti dan juga sebagai suami dan bapa. Nilai-nilai ini juga mempengaruhi Alif sebagai duta Garmin Malaysia. Ia banyak membantu Alif untuk kekal aktif, dalam karier dan kehidupan peribadi.

Bersempena Hari Bapa tahun ini, Alif Satar berkongsi mengenai bagaimana bapanya mempengaruhi dirinya sebagai seorang artis, bapa, anak dan suami. Serta, bagaimana hubungan Alif Satar bersama Garmin dapat membantunya untuk kekal seimbang, rendah diri juga fokus kepada perkara yang penting.

Ikuti temubual eksklusif GLAM Lelaki bersama duta Garmin Malaysia, Alif Satar:

Bagaimanakah hubungan Alif Satar dengan bapa? Bagaimanakah ikatan anda dengan bapa membentuk pandangan anda tentang kebapaan dan perkahwinan?

Hubungan Alif dengan ayah Alif sangat erat. Ayah Alif adalah sumber inspirasi Alif dalam kehidupan, sejak kecil bapa berikan Alif kebebasan untuk meneroka minat dan cita-cita saya. Pengalaman bersama ayah Alif membentuk pandangan Alif terhadap tanggungjawab seorang bapa, suami dan pentingnya komunikasi dalam rumah tangga.

Alif berasa sungguh bersyukur sebab adanya bapa yang selalu menyokong impian anak-anaknya, menyayangi isterinya dan berushaa untuk memberikan keluarga kita yang terbaik. All these values have helped membentuk pandangan Alif sebagai seorang bapa sendiri. Tanpa ayah Alif as an icon dan sumber inspirasi, Alif tidak akan mencapai kejayaan yang Alif miliki hari ini.

Oleh itu, Alif percaya hubungan keluarga yang sihat harus dibentuk sejak kecil lagi, hubungan sihat bersama keluarga adalah matlamat yang Alif cuba terapkan sebagai bapa kepada anak-anak Alif dan juga suami kepada isteri.

It can be as simple as spending quality time with family. Keluarga Alif sangat rapat, dan kami menjadikan rutin untuk keluar bersama, even as simple as jogging or walking around the neighborhood. Aktiviti-aktiviti yang mudah macam ini sangat membantu Alif untuk membina hubungan yang rapat dengan anak-anak Alif dan a plus point that ia juga gaya hidup yang sihat untuk semua orang!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Apakah kenangan manis dan aktiviti aktif yang dikongsikan Alif bersama bapa? Bagaimana anda berkongsi minat anda untuk bersukan dan gaya hidup aktif dengan ayah anda sehingga hari ini?

Kenangan manis bersama ayah Alif adalah masa Alif bermula bermain tennis. Aktiviti-aktiviti seperti ini mengikat hubungan kami dan membentuk minat Alif dalam bersukan.

Sehingga kini, Alif cuba untuk tetap mengamalkan gaya hidup aktif dengan bapa, and me working together with Garmin banyak membantu Alif untuk terus kan gaya hidup sihat dan influence my dad as well my keluarga Alif untuk turut serta sama sekali.

Sejak kecil, ayah Alif beli jam baharu, jam dia yang lama dia akan bagikan Alif. Tahun ini, Alif had the idea untuk give my dad a Garmin smartwatch sendiri. So Alif gave him GarminVenu3. Alif harap dengan jam tangan pintar ini, ia dapat menyokong gaya hidup aktifnya maka kita akan mempunyai lebih banyak aktiviti untuk dikongsikan antara satu sama lain.

Tanpa sokongan dan aktiviti yang Alif kongsikan dengan ayah Alif , ia tidak akan membuka minat saya kepada banyak perkara. Mungkin Alif tidak akan mendapat peluang untuk bekerja dengan banyak jenama hari ini, salah satunya ialah Garmin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Kongsikan satu ataupun dua detik penting yang mencabarkan dalam perjalanan Alif sebagai seorang bapa atau suami dan bagaimanakah hubungan dengan bapa anda membantu Alif mengharunginya.

Satu detik penting dalam perjalanan Alif sebagai bapa adalah ketika anak pertama Alif dilahirkan. Pengalaman itu mengubah pemikiran Alif dan memperkuatkan lagi hubungan Alif dengan my dad. Sejak menjadi seorang ayah, terdapat banyak situasi di mana Alif memikirkan hubungan Alif dengan ayah Alif dan bagaimana Alif harus bertindak dalam situasi tertentu.

Sokongan ini bukan sahaja datang dari nasihat sahaja tetapi ajaran dan rutin yang diterapkan sejak dari kecil oleh ayah Alif kepada Alif and my siblings, yang telah membantu Alif untuk menjadi figura bapa yang lebih baik kepada anak anak Alif.

I think not only that, melalui pengalaman kerja juga, Alif banyak belajar untuk teurs memberikan yang terbaik kepada keluarga Alif.

Oleh itu, Alif selalu mendorong semua termasuk semua bapa, untuk mengutamakan kesihatan, kerana ini akan membantu anda secara mental dan fizikal, serta membawa ikatan yang lebih erat kepada keluarga.

Dalam hal ini, produk Garmin juga sangat membantu Alif dalam menjadi seorang artis, anak, bapa dan suami menjaga kesihatan dan menguruskan masa dengan lebih baik, membolehkan Alif meluangkan lebih banyak masa berkualiti bersama keluarga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Bagaimanakah Alif mengutamakan masa bersama keluarga dan memastikan hubungan yang terjalin erat dengan anak-anak walaupun sibuk?

Satu pengajaran yang Alif belajari daripada ayah Alif adalah untuk selalu mengutamakan masa bersama keluarga. Walaupun sibuk dengan kerjaya, Alif sentiasa berusaha untuk meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak dan isteri.

If Alif ada banyak masa yang boleh plan, Alif dan sekeluarga sering mengadakan aktiviti bersama. Seperti melancong, berkongsikan tempat makan kegemaran, aktiviti aktif seperti berlari, berenang. Macam Alif share earlier, simple aktiviti dirumah akan dapat banyak membantu luangkan masa bersama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Apakah nasihat yang akan diberikan oleh Alif kepada bapa lain yang sedang berusaha untuk membina hubungan yang kukuh dengan anak-anak mereka di samping mengejar aspirasi profesional mereka?

Nasihat Alif kepada bapa lain adalah untuk sentiasa memberi perhatian dan masa kepada anak-anak. Walaupun mencari kejayaan profesional dan rezeki penting, hubungan dengan anak-anak adalah satu-satunya perkara yang tidak boleh digantikan. Anak-anak kita membesar dengan cepat dan saat keemasan akan berlalu kalau anda tidak hargainya.

Berkomunikasi secara terbuka dan memberi kasih sayang yang mencukupi akan membina hubungan yang kukuh dan harmoni dalam keluarga.

Alif rasanya semua bapa diluar sana haruslah mencari aktiviti yang boleh anda kongsikan dengan anak-anak anda, seperti aktiviti yang aktif yang boleh mengeratkan hubungan dan memastikan anak-anak memahami kepentingan menjaga kesihatan. Contohnya, berkhemah, berjalan di taman, berbasikal.

Perkara yang paling penting ialah anda haruslah jauhkan diri dari gangguan telefon pintar atau peranti digital lainnya semasa bersama mereka. Ketika kita tidak terganggu oleh mesej atau panggilan. Kita dapat memberikan perhatian sepenuhnya kepada anak-anak dan menghayati setiap detik bersama mereka.

Selain daripada itu, sebagai seorang bapa, nasihat terbaik yang boleh Alif berikan kepada semua bapa diluar sana adalah untuk menjaga kesihatan diri sendiri juga. Sometimes, kita lupa kepentingan diri sendiri bila sibuk menguruskan hal keluaraga dan mengejar untuk memberikan yang terbaik. Tapi, kesihatan fizikal dan mental kita juga penting untuk memastikan kita dapat memberi yang terbaik kepada keluarga.

Amalkan gaya hidup sihat, macam Alif selalu share on my Instagram, simple workout or runs. Ajak anak-anak ikut sekali, dan selalu jadikan ini sebagai rutin. Alif bersyukur, dengan my work with Garmin all these years, banyak bantu Alif dan terus mengingatkan Alif untuk pemantauan kesihatan yang teratur, efektif melalui smartwatch Garmin.

 

Baca lebih lanjut: ‘HEALING’ BERSAMA HERO ANDA DI MANGALA ESTATE BOUTIQUE RESORT

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

M Resort Hotel KL

RAIKAN HARI BAPA DI M RESORT & HOTEL KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut

4 HADIAH ISTIMEWA PILIHAN GLAM LELAKI UNTUK HARI BAPA

Bacaan Lanjut
“CINTA HATI KAMI” - MALUMA KINI BERGELAR BAPA

“CINTA HATI KAMI” – MALUMA KINI BERGELAR BAPA

Bacaan Lanjut

‘ANAK PERJANJIAN SYAITAN 2’ BAKAL DITAYANGKAN 4 JANUARI 2024

Bacaan Lanjut
alphamen 2023

#GLALPHAMEN2023 ‘FRAGRANCE GAME CHALLENGE’ BERSAMA MONTBLANC EXPLORER PLATINUM

Bacaan Lanjut

25 SELEBRITI ‘BEST DRESSED’ DI GLAM LELAKI ALPHAMEN 2023

Bacaan Lanjut