ED SHEERAN IS BACK!
What a comeback! Berita baik buat semua peminat yang merindui pelantun suara lunak Ed Sheeran. Selepas hampir setahun menyepi, kini Ed Sheeran hadir bukan satu, namun dengan dua single terbaru berjudul Shape Of You dan Castle On The Hill.

Ed Sheeran sewaktu menerima anugerah Persembahan Pop Solo Terbaik ketika Anugerah Grammy yang ke 58 tahun lepas.
Ed yang mula dikenali dengan lagu Thinking Out Loud, Photograph dan Dont ini mengumumkannya secara rasmi di akaun Instagramnya minggu lepas, namun sewaktu itu tidak diketahui berapa dan apa tajuk singlenya itu. Ed Sheeran sebelum ini dikhabarkan menyepi dari industri muzik termasuk media sosial dan pementasan pentas untuk memberi fokus kepada diri sendiri dan mencari ilham untuk muziknya.
https://www.instagram.com/p/_ONOpUkpDz/?taken-by=teddysphotos
Dan baru sebentar tadi, Ed Sheeran memuat naik sedikit sedutan kedua-dua lagu tersebut dengan kepsyennya, “Memandangkan saya sudah lama menyepi, ini dia bukan satu tapi dua lagu – Shape Of You dan Castle On The Hill”. Ini dikira sebagai hadiah bonus buat peminat Ed yang ternyata merindui kemunculannya.
Lagu Shape of You lebih berentak fast track dan high tempo, manakala lagu Castle on The Hill pula lebih kepada slow rock dan berbunyi country sedikit. Kedua dua lagu ini akan dimuat dalam album ketiga Ed Sheeran yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi, dan berdasarkan laporan dari Billboard, Divide adalah nama kepada album Ed yang ketiga nanti.
https://www.instagram.com/p/BO6Rz-zlr9J/?taken-by=teddysphotos
Tekan pautan di bawah untuk mendengar kedua-dua single terbaru dari Ed Sheeran. What do you guys think?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.
GABRIETTE SAH BERGELAR ISTERI MATTY HEALY MEMAKAI MATIÈRES FÉCALES
Gabriette bergelar isteri menggayakan haute couture bride daripada Matières Fécales dan hanya memegang sekuntum ros.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.











