Skip to content

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG JULAI 2024

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG JULAI 2024

Kongsikan artikel ini

Berbanding tahun lalu, filem yang ditayangkan di layar perak tahun ini lebih meriah dan pelbagai dengan genre yang menepati cita rasa semua lapisan penonton.

Pada penggal pertama tahun 2024, penonton disajikan dengan karya mantap daripada genre aksi, romantis hingga seram. Antaranya Pendekar Awang, Dune: Part Two, Sheriff: Narko Integriti, The Experts dan Furiosa: A Mad Max Saga yang ditunggu-tunggu.

Lihat pula barisan filem yang bakal menghiburkan anda pada Julai ini

1. SAKA PERAWAN

Tarikh Tayangan: 27 Jun

Pelakon: Sophia Albarakbah, Isyariana, Nelissa Nizam, Fauziah Nawi

Sinopsis: Misteri di sebalik penyakit seorang nenek berusia 80 tahun membuatkan anak-anaknya menjadi bingung. Setiap kali tiba Maghrib, keadaannya akan merosot namun kembali pulih selepas pukul 5 pagi. Di ambang kematian, dia perlu menurunkan saka kepada cucu perempuan yang masih perawan sebelum meninggal dunia.

 

2. A QUIET PLACE: DAY ONE

Tarikh Tayangan: 27 Jun

Pelakon: Joseph Quinn, Lupita Nyong’o, Djimon Hounsou, Alex Wolff

Sinopsis: Kala New York City diceroboh makhluk asing yang memburu melalui bunyi, seorang wanita bernama Sammy perlu berjuang untuk terus hidup. Ia merupakan prekuel kepada siri filem A Quiet Place.

 

3. PAKU TANAH JAWA

Tarikh Tayangan: 27 Jun

Pelakon: MK K-Clique, Masayu Anastasia, Wafda Saifan, Gisellma Firmansyah

Sinopsis: Handini, seorang penari yang menjadi pujaan kampung sedang dalam misi mencari jamu ajaib. Dia dilaporkan mengorbankan ramai lelaki yang terpesona dengan daya tarikannya. Keadaan menjadi parah apabila teman lelaki anaknya turut menjadi korban baru ritualnya.

 

4. SIAPA BUKA LAMPU?

Tarikh Tayangan: 4 Julai

Pelakon: Punnagai Pooo Gheetha, Qasrina Karim, Tia Taveepanichpan, Azizul Ammar, Issey Fazlisham, Azhar Jalil, Bell Ngasri, Mamak Puteh, Gesha Shandy, Angie Ang

Sinopsis: Sebuah rumah tumpangan yang baru dibuka menjadi tular apabila menerima ulasan baik daripada ramai pempengaruh. Namun pada malam ketiga, ia mula diganggu hantu Thai ‘Nak Nak’. Pemilik rumah itu meminta bantuan pasangan suami isteri yang terkenal dengan kebolehan menangkap hantu untuk membantu mereka.

 

5. FLY ME TO THE MOON

Tarikh Tayangan: 11 Julai

Pelakon: Scarlett Johansson, Channing Tatum, Nick Dillenburg, Jim Rash, Ray Romano, Woody Harrelson

Sinopsis: Sewaktu Perlumbaan Angkasa Lepas antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet pada 1960-an, pakar pemasaran Kelly Jones dibawa masuk untuk memulihkan imej awam NASA. Namun malangnya dia menyukarkan tugas Cole Davis untuk mendaratkan roket pertama di bulan. Dek kerana bimbang misi itu gagal, Rumah Putih mengarahkan Kelly untuk melakukan pendaratan palsu di bulan.

 

6. GOLD

Tarikh Tayangan: 11 Julai

Pelakon: Jack Tan, Farid Kamil, Fabian Loo, Wan Raja, Yasmin Hani

Sinopsis: Cheah Liek Hou merupakan pemain badminton dengan bakat luar biasa. Bagaimanapun pada puncak kerjanya, dia menghidapi kebas saraf brakial. Liek Hou terus berjuang dan menyertai kejohanan badminton kurang upaya serta berjaya memenangi kejuaraan dunia. Malangnya dia diduga dengan kehilangan bapanya. Apabila Sukan Paralimpik mengumumkan sukan badminton akan dipertandingkan di Tokyo, Liek Hou bangkit dengan bantuan Rashid Sidek, pemain badminton legenda yang menjadi jurulatihnya.

 

7. LONGLEGS

Tarikh Tayangan: 12 Julai

Pelakon: Maika Monroe, Nicolas Cage, Blair Underwood

Sinopsis: Dalam mengejar seorang pembunuh bersiri, seorang ejen FBI berjaya mendedahkan satu petunjuk yang mesti diselesaikannya segera untuk menamatkan siri pembunuhan mengerikan.

 

8. TWISTERS

Tarikh Tayangan: 18 Julai

Pelakon: Glen Powell, Kiernan Shipka, Anthony Ramos, Daisy Edgar-Jones

Sinopsis: Kate Cooper termakan pujukan rakannya, Javi untuk menguji sistem penjejakan baru kala kawasan mereka dilanda puting beliung. Adakah mereka mampu menyelamatkan diri kala ribut menjadi lebih buruk?

 

9. DEADPOOL & WOLVERINE

Tarikh Tayangan: 25 Julai

Pelakon: Ryan Reynolds, Hugh Jackman, Owen Wilson, Jennifer Garner, Emma Corrin

Sinopsis: Wolverine sedang pulih daripada kecederaan yang dialaminya apabila dia bertembung dengan Deadpool. Mereka akhirnya bersetuju untuk bekerjasama bagi menewaskan pihak musuh.

 

Pautan berkaitan: 15 FILEM BARU HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA SEPANJANG 2024

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LAGU-LAGU IKONIK DARI FILEM DEADPOOL & WOLVERINE

LAGU-LAGU IKONIK DARI FILEM DEADPOOL & WOLVERINE

Bacaan Lanjut
FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG OGOS 2024

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG OGOS 2024

Bacaan Lanjut
STAIL SELEBRITI DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA DEADPOOL & WOLVERINE

STAIL SELEBRITI DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA DEADPOOL & WOLVERINE

Bacaan Lanjut
HADIR BERSAMA KE TAYANGAN DEADPOOL & WOLVERINE, HUGH JACKMAN DAN GIGI HADID DILAMUN CINTA?

HADIR BERSAMA KE TAYANGAN DEADPOOL & WOLVERINE, HUGH JACKMAN DAN GIGI HADID DILAMUN CINTA?

Bacaan Lanjut
DARI FORREST GUMP KE HERE, TOM HANKS & ROBIN WRIGHT BERSATU SELEPAS TIGA DEKAD

DARI FORREST GUMP KE HERE, TOM HANKS & ROBIN WRIGHT KEMBALI BERSATU SELEPAS TIGA DEKAD

Bacaan Lanjut
FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG JUN 2024

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG JUN 2024

Bacaan Lanjut