G-DRAGON BERI KEJUTAN KEPADA PEMINAT SEMPENA ULANG TAHUN KE-34
Penyanyi-penulis lagu Korea Selatan, G-Dragon baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-34 pada 18 Ogos lalu.
Sempena meraikan hari istimewanya, dia membuat kejutan untuk para peminat dengan membuka satu lagi akaun Instagram rasmi, @fanplusonedotcom. Sehingga kini ia telah mencapai lebih 138,000 ribu pengikut.
Dalam perkongsian terawalnya, penyanyi yang terkenal dengan jolokan ‘King of K-Pop’ memuat naik foto dirinya berserta ayat, “Happy Birthday. 18/08/2024. Happy G-Dragon Day.”
Tindakannya nyata menggembirakan peminat kerana mereka yakin, kemunculan akaun baru bermaksud album baru akan menyusul tidak lama lagi.
Selang sehari, G-Dragon memuat naik pula foto papan nada piano yang tertulis “BigBang, Still Life”. Terdapat tanda pagar ringkas di ruangan kapsyen, “BigBang18thAnniversary”, sempena ulang tahun penubuhan kumpulan itu.
Bagaimanapun peminat menyedari simbolik di sebalik foto yang dikongsi. Menurut mereka, tiga papan nada putih mencerminkan anggota yang masih aktif manakala dua papan nada hitam melambangkan anggota yang telah pun meninggalkan mereka.
BigBang membuat kemunculan pertama pada 19 Ogos 2006 dengan lima ahli dan kini yang tinggal hanyalah tiga iaitu G-Dragon, Taeyang dan Daesung. Seungri bersara dari industri hiburan pada Mac 2019 manakala T.O.P berundur dari kumpulan itu pada Mei 2023.
Album Solo Baru G-Dragon Bakal Tiba!
April lalu penyanyi rap ini mengumumkan dia bakal membuat comeback tidak lama lagi. Menurut laporan, dia sedang dalam persiapan menghasilkan album solo sebagai buah tangan terbaru buat peminat. Kali terakhir dia mengeluarkan album adalah pada 2017 berjudul Kwon Ji Yong.
Berita gembira itu dikongsikan wakil agensi Galaxy Corporation menerusi satu kenyataan akhbar ketika pertemuan penyanyi itu dengan Frederic Malle, pengasas wangian Editions de Parfums Frederic Malle di Seoul.
Jenama mewah dari Perancis itu berkolaborasi dengan G-Dragon dan menghasilkan edisi terhad wangian popularnya, Musc Ravageur yang dikenali sebagai ‘G-Dragon Perfume’.
“Artis kami amat teruja kerana dapat bekerjasama dengan jenama dan produk yang disukainya sejak lebih 10 tahun lalu. Dia juga kini sedang dalam proses pembikinan album baru dengan matlamat untuk membuat kemunculan semula pada separuh kedua tahun ini. Nantikan,” menurut agensi.
G-Dragon meninggalkan agensi YG Entertainment tahun lalu dan menandatangani kontrak eksklusif dengan Galaxy Corporation. Sejak itu dia terlibat dengan pelbagai aktiviti antaranya menghadiri acara Consumer Electronics Show (CES) 2024 di Las Vegas pada Januari lalu. Dia turut mengumumkan kerjasama dengan Yoshiki, ketua dan pemain dram kumpulan rock legenda Jepun, X Japan.
Jun lalu pemilik nama Kwon Jiyong itu dilantik sebagai profesor jemputan di Korea Advanced Institute of Scince & Technology (KAIST). Tempoh perkhidmatannya di salah satu universiti penyelidikan kebangsaan paling berprestij itu adalah dua tahun, dari 4 Jun 2024 hingga 6 Jun 2026.
Foto: X
Pautan berkaitan: G-DRAGON BIGBANG TERLIBAT DALAM SKANDAL DADAH?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BIG BANG MENGEJUTKAN PEMINAT SELEPAS 7 TAHUN
Selepas tujuh tahun, kumpulan lelaki terkenal dari Korea Selatan, BIG BANG akhirnya kembali semula tanpa dirancang. Kumpulan lelaki yang membawa fenomena dari Korea Selatan hingga serata dunia, BIG BANG akhirnya kembali dan membuat persembahan bersama tanpa dirancang. Salah seorang ahli BIG BANG, Taeyang telah melakukan konsertnya, The Light Year di Seoul pada 31 Ogos dan…
G-DRAGON SUMBANG KEPAKARAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN
Bermula sebagai penyanyi rap, penulis lagu, anggota kumpulan Bigbang seterusnya usahawan, G-Dragon menambah satu lagi jawatan ke dalam profil kerjayanya.
G-DRAGON BUAT KEMUNCULAN SEMULA DALAM INDUSTRI MUZIK
'Raja K-Pop' ini sedang dalam persiapan menghasilkan album solo sebagai buah tangan terbaru buat peminat.
G-DRAGON BIGBANG TERLIBAT DALAM SKANDAL DADAH?
Baru beberapa hari lalu aktor Lee Sun Kyun didakwa terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah. Kini giliran G-Dragon pula menerima pertuduhan sama.
4 SELEBRITI ASIA YANG MEMILIKI JENAMA GAYA HIDUP TERKENAL
Selain ikon Hollywood seperti Gwyneth Paltrow dan Jared Leto, bintang Asia juga tidak ketinggalan mengasaskan jenama gaya hidup sendiri.
5 BINTANG K-POP YANG MEMILIKI JENAMA FESYEN SENDIRI
Bintang K-Pop ini mengambil satu langkah ke hadapan dan merealisasikan minat mereka dalam dunia fesyen dengan menceburi bidang perniagaan.