ADAM AZMAN, NAMAKAN JIMAN CASABLANCAS SEBAGAI IKON STAILNYA
Adam Azman, nama baharu yang mula melibatkan diri dalam dunia peragaan tempatan. GLAM Lelaki bersembang lagi dengan Adam mengenai penglibatannya sebagai model baharu.
APAKAH CABARAN YANG ANDA HADAPI SEBAGAI MODEL BAHARU & BAKAT KOMERSIAL, DAN BAGAIMANA ANDA MENGATASINYA?
Cabaran utama pastinya mencari jalan untuk kekal relevan. Bagi saya, hari penggambaran, hari pertunjukan dan juga ‘casting’ sentiasa menyeronokkan. Anehnya, saya jarang rasa gugup pada hari-hari itu. Malah, rasa sangat teruja untuk bertemu dengan rakan dalam industri dan saya cenderung untuk menerima sifat daya saing semasa ‘casting’. Hari-hari yang sukar adalah pada hari cuti. Apabila saya tidak mempunyai apa-apa pekerjaan.
Apabila anda melalui tempoh beberapa minggu tanpa ‘job’ fikiran anda mula bermain dengan anda. Ia membuatkan anda memikirkan bila dan dari mana gaji seterusnya akan datang. Ia adalah permainan mental dan terkadang anda cenderung untuk meneka sama ada anda tidak cukup baik atau sama ada anda tidak lagi relevan untuk industri.
Solusi nombor satu ialah mental saya perlu kuat. Kedua, saya akan mengkaji cara baharu untuk sentiasa kekal relevan untuk industri. Saya melihat projek yang belum saya lakukan di dalam portfolio saya dan saya akan meyakinkan klien bahawa saya adalah orang terbaik untuk sesuatu pekerjaan itu. Saya juga terbuka kepada kritikan dan saya belajar perkara baharu sebanyak yang boleh daripada orang dalam dan industri. Melalui semua cabaran, penting untuk saya mengingatkan diri saya untuk sentiasa merendah diri dan boleh dibimbing.
APAKAH NASIHAT YANG AKAN ANDA BERIKAN KEPADA MODEL BAHARU YANG INGIN MENGEMBANGKAN KEHADIRAN MEREKA?
Anda perlu mencari ‘niche’ yang paling sesuai dengan anda, selesa melakukannya dan mencari cara untuk sentiasa menjadikannya bergaya, serta timeless. Kuncinya di sini adalah jujur kepada diri sendiri dan akhirnya, anda akan menarik pasaran anda. Atau lebih baik lagi, anda juga boleh mencipta pasaran tersebut.
Industri ini adalah perniagaan, dan anda adalah produknya. Senang cakap, anda perlu sentiasa mendahului, lihat apa yang hilang atau kurang dalam pasaran, lihat apa yang orang lain tidak cukup lakukan dan jadilah salah satu daripada beberapa perintis pertama yang melakukan perkara secara berbeza.
Ia juga penting untuk sentiasa menyesuaikan diri dan berkembang dengan permintaan pasaran yang sentiasa berubah. Dalam kes ini, model (termasuk saya) perlu sentiasa mengolah kemahiran baharu untuk memenuhi keperluan pasaran; sama ada ‘content creator’, lakonan, modelling, pengurusan projek fesyen atau apa sahaja.
Akhir sekali, jangan pernah takut untuk mendekati pereka fesyen dan pemilik jenama terlebih dahulu (dengan cara yang mesra, sudah tentu). Anda tidak perlu tahu, anda mungkin akan memudahkan kerja mereka jika anda berbuat demikian.
SIAPAKAH IKON STAIL KESUKAAN ADAM?
Saya peminat tegar bola sepak dan pemain kegemaran saya ialah David Beckham. Jadi, dia pasti ikon gaya saya. Walaupun pada zaman bermainnya, saya sentiasa mendapati gayanya ‘clean’, bergaya dan klasik. Walaupun ketika itu dia hanya suka bereksperimen. Saya telah (dan masih lakukan) cuba merujuk gayanya sepanjang fasa berbeza yang saya ada-terutamanya potongan rambutnya.
Saya juga peminat filem, saya suka filem dari tahun 90-an. Disebabkan itu, saya juga tertarik dengan gaya Brad Pitt pada tahun 90-an. Ketika dia baru sahaja muncul sebagai Hollywood A-Lister seperti hari ini.
Akhir sekali, adalah it would be an injustice if I don’t mention my mentor-arwah Jiman Casablancas yang dikasihi. I would take bits and pieces from his style (accessories galore) as inspirations, before adding my own twist for my daily-wear
Artikel berkaitan: ADAM AZMAN, MODEL GENERASI BAHARU BERCITA-CITA TINGGI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BAGAIMANA PAUL MESCAL BINA OTOT UNTUK WATAK LUCIUS DALAM GLADIATOR II?
Otot kekar Paul Mescal mencuri perhatian dalam filem sekuel yang dinantikan peminat, Gladiator II.
JONATHAN BAILEY DISAHKAN KEMBALI DALAM BRIDGERTON MUSIM KEEMPAT
Musim baru Bridgerton berkisar tentang percintaan anak lelaki kedua dalam keluarga Bridgerton iaitu Benedict dan pasangannya, Sophie Baek.
TIGA KOLEKSI FESYEN MUSIM PERCUTIAN PILIHAN GLAM LELAKI
Tampil bersinar di malam tahun baru atau gayakan rekaan hangat untuk pesta akhir tahun nanti. Juga tampil selesa sewaktu cuaca tidak menentu ini. Cadangan serta pilihan koleksi khas musim percutian menjadi pilihan GLAM Lelaki untuk menyempurnakan outfit anda.
20 PALING SEGAK DI GOVERNORS AWARDS 2024 PILIHAN GLAM LELAKI
Nicholas Hoult, Jude Law, Barry Keoghan dan Paul Mescal antara selebriti lelaki yang mencuri perhatian di karpet merah Governors Awards 2024.
KENALI VICTORIA KJAER THEILVIG, PESERTA DENMARK PERTAMA MEMENANGI MISS UNIVERSE
Bakal peguam berusia 21 tahun itu menewaskan 120 peserta dalam pertandingan Miss Universe ke-73 yang berlangsung di Arena CDMX, Mexico City pada 17 November 2024.
5 FILEM TERBAIK PEDRO PASCAL ANDA WAJIB TONTON TERMASUK GLADIATOR II
Glam Lelaki senaraikan filem Pedro Pascal yang meraih skor tertinggi daripada pengkritik Rotten Tomatoes.