Skip to content

Piquadro

PIQUARDO PERKENAL KOLEKSI FW24: ERA BAHARU ITALI DAN INOVASI TEKNOLOGI

Kongsikan artikel ini

Piquadro mempersembahkan koleksi FW24, gabungan sempurna gaya Itali dan teknologi canggih kini dibuka di The Exchange TRX dan IOI City Mall.

Piquadro mempersembahkan koleksi yang dinanti-nantikan bagi Musim Luruh/Sejuk 2024. Dengan bangganya jenama ini telah berjaya membuka dua lokasi stor baharu di Malaysia memberi peluang kepada pelanggan untuk merasai sendiri koleksi terkini mereka. Stor ini terletak di L1.42, The Exchange TRX dan G 234, IOI City Mall. Kedua-duan stor ini direka untuk menawarkan pengalaman membeli-belah menyeluruh.

KOLEKSI PIQUADRO 2024 MUSIM LURUH/SEJUK GABUNGAN TEKNOLOGI CANGGIH DAN MEWAH

Piquardo

Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2024 menampilkan pilihan item kulit leather berkualiti tinggi, termasuk beg galas, beg kerja dan bagasi mewah. Kesemua item ini diperbuat daripada kulit leather yang diimport daripada Itali. Setiap rekaan mencerminkan etos Piquadro yang menggabungkan keunikan stail bersama teknologi canggih. Rekaan setiap bag daripada jenama ini dibuat khusus kepada si pemakai terutama kepada golongan profesional moden dan pengembara.

TEKNOLOGI TERSEMBUNYI: RAHSIA DISEBALIK KEANGGUNAN

piquardo

Konsep yang menarik tentang koleksi ini adalah teknologi “Tech inside” di mana teknologi canggih digabungkan bersama rekaan mewah. Dari ruang khas untuk peranti teknologi, port USB tersembunyi hingga poket anti-RFID, setiap perincian mempunyai fungsi tersendiri, menjadikan koleksi ini bukan sahaja memancarkan kemewahan, tetapi juga sangat praktikal.

KEPELBAGAIAN WARNA DAN GAYA UNTUK SETIAP PERSONALITI

PIQUARDO

Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2024 menawarkan pelbagai gaya dan palet warna yang pasti menarik perhatian setiap pemakai profesional. Dari rekaan klasik yang minimalis hingga pilihan warna yang berani, koleksi terbaru Piquadro memastikan rekaan setiap item mereka memberi impak dan mesej untuk setiap personaliti.

bag

Koleksi ini menggabungkan keanggunan Itali dengan teknologi terkini, direka khas untuk memenuhi gaya hidup kepada setiap pemakai. Setiap item menonjolkan kualiti, kemewahan, dan fungsi pintar, memastikan anda tampil bergaya dan sentiasa bersedia. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila hadir ke stor Piquadro di The Exchange TRX dan IOI City Mall, atau layari laman web untuk maklumat lebih lanjut. Alami masa depan keanggunan Itali dengan koleksi terkini Piquadro!

Pautan Berkaitan: GAYA MENSWEAR SELEBRITI HOLLYWOOD DI MILAN FASHION WEEK 2025

 

 

By Siti Maliyanah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

trx

5 SPOT MEETING DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut
Braun Buffel

BRAUN BUFFEL MEMPERSEMBAHKAN KOLEKSI BRAUN BÜFFEL X BASQUIAT

Bacaan Lanjut
Descente

DESCENTE ENERZITE FLUID WIRE 2.0, KASUT LARIAN YANG STABIL DAN SELESA

Bacaan Lanjut
Descente TRX

DESCENTE BUKA STOR PERTAMA DI ASIA TENGGARA DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut
Salomon Malaysia

SALOMON BUKA STOR PERTAMA MALAYSIA DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut
Blue Pongtiwat

4 GAYA FESYEN BLUE PONGTIWAT PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut