STRAY KIDS MENDOMINASI AMERICAN MUSIC AWARDS KE-50
Stray Kids mengejutkan peminat dan warga tempatan dengan persembahan penuh tenaga di ulang tahun ke-50 American Music Awards.
Kumpulan global Stray Kids membuat kemunculan di pentas ulang tahun ke-50 AMA. Mereka terdiri daripada lapan ahli, Bang Chan, Lee Know, Changbin, Hyunjin, HAN, Felix, Seungmin dan I.N. Stray Kids yang debut pada 25 Mac 2018 merupakan satu-satunya kumpulan yang mempunyai 5 album di tempat teratas Billboard. Dengan kejayaan mereka, Stray Kids dijemput ke acara American Music Awards yang bertempat di Los Angeles. Kumpulan self produce ini baru sahaja memulakan jelajah dunia mereka pada 28 Oktober 2024 yang lalu bermula di Singapura. Selepas hentian pertama mereka, Stray Kids terbang ke Los Angeles untuk merakam persembahan AMA mereka.
Persembahan Tribute Untuk NSYNC
Stray Kids mempersembahkan lagu dari kumpulan NSYNC berjudul Bye Bye Bye sebagai tribute untuk kumpulan lelaki lagenda itu. Kumpulan dari Korea Selatan itu mengenakan pakaian seragam yang sepadan terdiri daripada jaket varsity bersulam, seluar kulit dan but. Dalam salah satu segmen persembahan mereka, mereka menghidupkan kembali kulit album NSYNC tahun 2000, “No Strings Attached,” yang menampilkan ahli-ahli kumpulan tersebut di atas tali seperti boneka.
…ain’t no lie @Stray_Kids‘ NSYNC tribute is ICONIC ✨ #AMAs50
Watch NOW on @CBS and streaming on @paramountplus. #AMAs pic.twitter.com/thjRtb2FBW
— American Music Awards (@AMAs) October 7, 2024
Persembahan itu juga diselangi dengan langkah tarian hebat dari penari utama kumpulan itu yakni Lee Know, Hyunjin dan Felix, juga dikenali sebagai DanceRacha. Mereka seterusnya sambung dengan lagu terkini mereka berjudul Chk Chk Boom yang dijadikan remix bersama Bye Bye Bye. Bukan sahaja persembahan, malah vokal mereka juga dipuji ramai. Penyanyi utama kumpulan itu, VocalRacha (Seungmin dan I.N) menonjolkan vokal mereka di atas pentas AMA berikut.
Chk Chk Boom 💥 The #AMAs50 are lighting up with this @Stray_Kids performance!
Watch NOW on @CBS and streaming on @paramountplus. #AMAs pic.twitter.com/GikCF9Do7M
— American Music Awards (@AMAs) October 7, 2024
Pujian tentang persembahan mereka juga mendapat persetujuan daripada salah seorang ahli NSYNC, Lance Bass. Lance Bass dan AJ McLean dari Backstreet Boys memperkenalkan kumpulan itu ke pentas sambil disertai video penghormatan kepada kumpulan lelaki lain sepanjang tahun.
Lance Bass (NSYNC) commented on the video shared on Instagram by MTV & AMAs of Stray Kids’ performance of the song “Bye Bye Bye”
“Been there, danced that… and Stray Kids just owned it 🙌 Y’all killed this!”
STRAY KIDS BOYBAND LEGACY#StrayKids_Dominate_AMAs#AMAs @Stray_Kids pic.twitter.com/KUfqIGCAlH
— Stray Kids 스트레이키즈 Central🥠 (@SKZCentral_) October 7, 2024
Album terkini mereka, “ATE” merupakan album keempat berturut-turut Stray Kids yang terjual lebih daripada 3 juta salinan. Kejayaan ini mengikuti album mereka yang lain, “MAXIDENT,” “5-STAR”, dan “ROCK-STAR.” Kejayaan mereka sememangnya patut dibanggakan lebih-lebih lagi apabila lagu dari kumpulan ini ditulis dan digubah oleh ahli mereka, 3Racha (Bang Chan, Changbin dan HAN).
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PEMUZIK DENGAN KEMENANGAN TERBANYAK DI AMAS
Pemuzik yang meraih kemenangan terbanyak di American Music Awards membuktikan kebolehan mereka di dalam industri muzik yang sengit.
8 WANGIAN LELAKI UNTUK TARIK PERHATIAN WANITA
Selain daripada gaya fesyen yang kemas, wangian lelaki juga mampu menjadi salah satu cara untuk menarik perhatian wanita.
10 IDOL RAPPER KPOP DENGAN RAP TERPANTAS DI DUNIA
Walaupun ramai menganggap idol rapper hanyalah pelengkap lagu, realitinya segelintir bintang mampu menyaingi rapper profesional.
8 FAKTA MENARIK TENTANG HYUNJIN BERSAMA VERSACE
Hyunjin dari Stray Kids terus mencuri perhatian di Milan Fashion Week, terutamanya melalui kerjasama eksklusifnya dengan Versace.
TIRU GAYA RAMBUT BARU IKONIK IDOLA K-POP
Gaya rambut memainkan peranan besar buat lelaki. Setiap gaya rambut atau warna mampu mengubah aura yang ingin ditonjolkan.
DOMINASI STRAY KIDS SEBAGAI DUTA JENAMA
Dalam era di mana selebriti dan idola K-pop menjadi wajah utama jenama mewah global, Stray Kids muncul sebagai kuasa besar.