Skip to content

JOE JONAS TEMUI CINTA SEKALI LAGI

JOE JONAS TEMUI CINTA SEKALI LAGI

Kongsikan artikel ini

Nampaknya Joe Jonas tidak berputus asa untuk mencari suri hati yang tepat buat dirinya.

Selepas empat bulan memutuskan hubungan dengan Stormi Bree, penyanyi berusia 35 tahun ini dilaporkan sudah pun menemui pengganti bekas ratu cantik itu.

Hujung minggu lalu kelibatnya dirakam sedang berbual mesra dengan seorang wanita misteri di sebuah bar di Paris. Dalam foto yang dikongsi di laman Instagram DeuxMoi, mereka dilihat berduaan sepanjang malam tanpa ditemani sesiapa.

Menurut sumber yang berada di lokasi sama, bapa kepada dua cahaya mata itu sedang minum bersama rakan-rakannya selepas membuat persembahan. Bagaimanapun kehadiran seorang wanita berambut coklat menarik perhatiannya.

teman wanita joe jonas

Foto: Masala

“Dia kemudiannya pergi ke arah wanita itu dan menghabiskan sepanjang malam berbual dengannya. Sebelum pulang sekitar jam 2 pagi, mereka dilihat memberi ciuman selamat tinggal di luar bar dan membawa haluan masing-masing,” kata sumber.

Siapa Wanita Misteri Yang Menambat Hati Joe Jonas?

Walaupun identiti wanita itu tidak dapat disahkan, peminat mendakwa dia adalah pempengaruh Brenda Cellos. Sebaik sahaja foto mereka tular di media sosial, netizen mula memberi reaksi di ruangan komen.

“Oh, dia sangat cantik,” tulis seorang peminat manakala seorang lagi menambah, “Wajahnya mengingatkan saya Camilla Belle.” Joe pernah menjalin hubungan dengan aktres From Prada To Nada itu dari 2008 hingga 2009.

Brenda Cellos joe jonas

Foto: Instagram

Joe dan Stormi mula dikaitkan bersama pada Januari 2024, hanya empat bulan selepas dia menfailkan perceraian terhadap Sophie Turner.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2019 selepas tiga tahun menjalin hubungan cinta. Hasil perkongsian hidup selama empat tahun, mereka dikurniakan dua anak perempuan iaitu Willa, 4, dan Deplhine, 2.

 

Foto: Page Six

Pautan berkaitan: JOE JONAS PILIH BEKAS RATU CANTIK SEBAGAI PENGGANTI SOPHIE TURNER

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

JOE JONAS KECUNDANG SEKALI LAGI DALAM PERCINTAAN

JOE JONAS KECUNDANG SEKALI LAGI DALAM PERCINTAAN

Bacaan Lanjut
JOE JONAS PILIH BEKAS RATU CANTIK SEBAGAI PENGGANTI SOPHIE TURNER

JOE JONAS PILIH BEKAS RATU CANTIK SEBAGAI PENGGANTI SOPHIE TURNER

Bacaan Lanjut
7 FAKTA MENGENAI KEKASIH BAHARU SOPHIE TURNER, ARISTOKRAT PEREGRINE PEARSON

7 FAKTA MENGENAI KEKASIH BAHARU SOPHIE TURNER, ARISTOKRAT PEREGRINE PEARSON

Bacaan Lanjut
PERKAHWINAN JOE JONAS DAN SOPHIE TURNER DILANDA BADAI?

PERKAHWINAN JOE JONAS DAN SOPHIE TURNER DILANDA BADAI?

Bacaan Lanjut

JOE JONAS BERGELAR BAPA BUAT KALI KEDUA

Bacaan Lanjut
BARISAN SELEBRITI LELAKI YANG MEMPUNYAI PASANGAN LEBIH TINGGI

BARISAN SELEBRITI LELAKI YANG MEMPUNYAI PASANGAN LEBIH TINGGI

Bacaan Lanjut