“TUHAN ADA RANCANGAN LAIN UNTUK SAYA” – RIHANNA BAKAL BERSARA DARI INDUSTRI MUZIK?
Selepas dua dekad bergelar penyanyi, Rihanna memberi bayangan mahu meninggalkan industri muzik buat selamanya.
Sewaktu bercakap di majlis pelancaran butik Fenty Beauty di negara kelahirannya Barbados, penyanyi itu berkata masa depannya bukanlah dalam bidang hiburan.
“Muzik saya berjaya menarik perhatian ramai, tetapi nampaknya Tuhan ada rancangan lain untuk saya,” ujarnya.
Walaupun pelantun Diamond itu pernah berjanji untuk menghasilkan lagu baru pada masa hadapan, peminat melihat mesejnya itu sebagai petunjuk persaraannya yang mungkin muncul lebih awal daripada dijangka.
“Saya dapat mencipta sesuatu yang saya cintai dalam cara paling tulus, tulen dan organik. Jadi ia tidak terasa seperti satu pekerjaan,” tambahnya.
Fokus Rihanna Kini Pada Keluarga & Perniagaan
Tidak lama selepas video itu tular di media sosial, ramai peminat memberi komen dan menghuraikan makna di sebalik kata-kata Rihanna.
“Dia cuba memberitahu kita semua yang dia tidak akan muncul dengan muzik baru,” tulis seorang peminat. Seorang lagi menambah, “Inilah pengakhirannya. Anda sudah boleh berhenti bermimpi dan berharap. Sekarang Rihanna hanya duduk di rumah menjaga anak-anaknya.”
Seorang lagi netizen sempat meninggalkan komen berbaur sindiran buat penyanyi berusia 36 tahun itu.
“Apa yang Rihanna cuba katakan adalah, satu-satunya ‘muzik’ yang dia hasilkan sekarang ini adalah cahaya mata. Album pertama #Rza, album kedua #RiotRose, dan album ketiga akan muncul dalam masa sembilan bulan. Penantian anda pasti berbaloi, saya janji,” sindirnya.
Rihanna sebelum ini memegang takhta pemuzik wanita terkaya di dunia dengan nilai kekayaan RM4.41 juta. Bagaimanapun ia bukanlah hasil kerjaya muziknya tetapi keuntungan daripada perniagaan Fenty Beauty dan Savage x Fenty miliknya.
Takhtanya dirampas oleh Taylor Swift baru-baru ini setelah kekayaan pelantun The Tortured Poets Departments itu melonjak kepada RM7.1 juta, menurut Forbes. Sebahagian besar kekayaannya diperolehi daripada karya muzik dan konsert jelajah.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: PATUNG LILIN RIHANNA DIABADIKAN DI MADAME TUSSAUDS
Tags
Artikel Yang Berkaitan
9 GAYA BERPASANGAN TERBAIK ASAP ROCKY & RIHANNA
Power couple ini bukan sahaja kelihatan hebat dalam gaya karpet merah tetapi juga stail jalanan.
KANE LIM BINTANG BLING EMPIRE LELAKI ASIA PERTAMA BERGELAR FENTY FACE
Siapa sangka tuah selepas Bling Empire, Kane Lim lelaki Asia pertama bergelar Fenty Face dan wajahnya kini terpampang untuk kempen Fenty di butik sephora singapura, Ion Orchard.
RIHANNA DEDAH WAJAH ANAK SULUNGNYA BERSAMA A$AP ROCKY DI TIKTOK
Selepas beberapa bulan bergelar ibu bapa, Rihanna dan A$AP Rocky akhirnya berkongsi foto cahaya mata mereka bersama peminat.
TOP 5 ASAS SOLEKAN UNTUK LELAKI PILIHAN GL
Lelaki sudah semakin selesa bersolek. Ia tidak lagi dianggap tabu dalam komuniti moden. Berias kini jadi milik semua. Melihat lelaki mengoles muka mereka dengan sahap noda, bedak asas atau tinted moisturizer sudah jadi pemandangan biasa. Penerimaan ini saya fikir ada kena-mengena dengan kesan fenomena selebriti Korea yang mana mereka sering dilihat ‘jambu’, wajah yang mulus…