5 TIP UNTUK PASTIKAN PENAMPILAN RAMBUT ANDA SENTIASA BERGAYA
Sama seperti wanita, rambut juga ibarat mahkota buat kaum Adam. Terutama di kalangan lelaki metroseksual yang mementingkan penjagaan dan penggayaannya.
Memiliki gaya yang konsisten dan kemas setiap hari penting bagi memastikan anda kelihatan yakin dan memiliki cita rasa. Namun ada kalanya mahkota anda kelihatan tidak rapi pada satu-satu hari, dan ia hanya akan mencacatkan penampilan anda pada keseluruhan minggu. Pasti anda tidak mahu ia terjadi, kan?
Ikuti tip ini untuk dapatkan rambut bergaya setiap hari
1. Rajin-rajinlah Bersyampu
Ini tip penjagaan asas yang perlu diambil perhatian serius. Secantik mana pun dandanan, jika tidak dicuci dan dijaga, ia boleh merosakkan keseluruhan gaya.
Lelaki yang mempunyai mahkota berminyak digalakkan mencucinya setiap hari. Jika ia kering atau normal, dua hingga tiga kali seminggu sudah mencukupi. Ingat, bau dan kelemumur boleh menjadi halangan kepada imej yang baik.
2. Pilih Potongan Sesuai
Antara kesilapan yang lelaki biasa lakukan adalah membiarkan jurudandan memilih gaya untuk anda. Alasannya kerana tidak tahu potongan sesuai dengan raut wajah. Anda silap! Hanya anda saja tahu apa yang terbaik untuk rambut anda.
Jadi lakukan beberapa kajian sebelum pergi ke salun. Cadangan kami, lihat gaya dandanan selebriti kegemaran atau jadikan stail rakan anda sebagai inspirasi. Bawa contoh potongan diingini dan tunjukkan kepada jurudandan.
3. Kenali Tekstur Rambut
Fahamilah bahawa tekstur mahkota setiap lelaki adalah berbeza. Ada yang dilahirkan kerinting, ada yang lebat malah ada yang nipis. Yang pasti bukan semua rambut kena dengan semua gaya.
Jadi kenali tekstur rambut anda dan bandingkan dengan sumber rujukan. Cuba berdiri di hadapan cermin dan bandingkan. Pasti anda akan dapat gambaran jelas gaya mana lebih sesuai dengan anda.
4. Gunakan Alatan Dandanan
Ramai lelaki menyangka penggunaan pengering rambut hanya untuk wanita dan mereka yang berambut panjang. Anda silap! Lelaki masa kini juga perlu menggunakannya walaupun berambut pendek. Apa alasannya?
Pengering akan membantu mahkota yang halus dan nipis menjadi lebih tebal dan rapi. Malah ia juga turut membantu membuang semua kekotoran yang ada di sebalik rambut anda.
5. Elak Gunakan Banyak Produk
Seperti wanita, kini produk lelaki juga semakin banyak di pasaran dan ini ada kalanya membuatkan kaum Adam teruja untuk mencuba semua produk. Namun, tidak semuanya sesuai dengan anda.
Yang pasti mahkota akan cepat rosak dan gugur sekiranya anda sering bertukar produk. Oleh itu pastikan produk mana yang sesuai seperti gel atau wax, jenama dan kandungan agar mahkota anda kekal sihat, terjaga dan rapi.
Foto: Freepik
Pautan berkaitan: 5 PANTANG LARANG PENJAGAAN RAMBUT LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 PETANDA TUBUH ANDA TERLEBIH KANDUNGAN GULA
Kehidupan tanpa gula? Ya, sukar untuk dibayangkan. Jadi sebanyak manakah pengambilan sepatutnya dalam sehari?
RAHSIA PERSIAPAN BERSENAM TERBAIK UNTUK HASIL MAKSIMUM
Bersenam bukan sahaja memerlukan stamina dan kekuatan fizikal, tetapi juga memerlukan persiapan mental dan fizikal yang lengkap agar kita dapat memanfaatkan setiap sesi latihan.
5 PANTANG LARANG PENJAGAAN RAMBUT LELAKI
Rambut bukan sekadar pelengkap penampilan tetapi juga mencerminkan status, gaya hidup dan keperibadian seorang lelaki. Justeru penjagaannya tidak boleh diabaikan.
AMBIL TAHU! 10 PETANDA HORMON TESTOSTERON ANDA DI PARAS BAHAYA
Tahap testosteron rendah atau dikenali sebagai hipogonadisme boleh mencetuskan kesan negatif pada kesihatan dan kesejahteraan lelaki.
MENGAPA LELAKI BERBULU DADA DIANGGAP LEBIH SEKSI?
Dalam dunia yang serba dinamik ini, persepsi tentang daya tarikan fizikal sentiasa berubah. Namun salah satu ciri yang tetap mendapat perhatian adalah bulu dada lelaki.
JANGAN SAMPAI ANDA ALAMI MATI PUCUK PADA USIA MUDA!
Sesetengah lelaki di Malaysia mengamalkan gaya hidup tidak sihat yang bukan saja membawa kepada obesiti, tetapi lebih teruk lagi iaitu mati pucuk.