Skip to content

CUKUP POPULAR NAMUN 5 PENYANYI INI TIDAK PERNAH MEMBAWA PULANG TROFI GRAMMY

CUKUP POPULAR NAMUN 5 PENYANYI INI TIDAK PERNAH MEMBAWA PULANG TROFI GRAMMY

Kongsikan artikel ini

Kemenangan Beyonce merangkul trofi Album Terbaik pada Anugerah Grammy 2025 mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan netizen. 

Ramai meluahkan pandangan bahawa Billie Eilish lebih layak memenangi kategori itu menerusi albumnya yang berjaya mencuri perhatian ramai, Hit Me Hard and Soft. Bagaimanapun ramai juga yang beranggapan Beyonce layak setelah beberapa kali ‘dirompak’ terutamanya untuk album Lemonade (2017) dan Renaissance (2023).

Namun hakikatnya pencalonan dan kemenangan tidak menentukan paras kejayaan seseorang kerana kebanyakan pemuzik terkenal sepanjang zaman tidak pernah memenangi anugerah Grammy.

Ini penyanyi lelaki yang selayaknya memenangi Grammy sekurang-kurangnya sekali seumur hidup

 

1. Snoop Dogg

Snoop Dogg grammy

Foto: Reuters

Penyanyi berusia separuh abad ini telah dicalonkan sebanyak 17 kali namun tidak pernah berjaya membawa pulang trofi walau sekali. Bilangan itu melebihi satu angka pencalonan legenda R&B, Brian McKnight.

Kedua-duanya mempunyai banyak persamaan antaranya dicalonkan buat kali pertama pada 1993 dan sehingga kini masih menunggu detik dinobat sebagai pemenang.

 

Busta Rhymes

grammy

Foto: Bloomberg

Walau dicalonkan sebanyak 12 kali sejak 1997, Busta Rhymes atau nama sebenarnya Trevor George Smith Jr tidak pernah memenangi sebarang trofi. Pencalonan terakhirnya adalah pada 2012 untuk lagu rap terbaik dan persembahan rap terbaik menerusi lagu Look At Me Now di mana dia tumpas di tangan Kanye West.

 

3. Blake Shelton

grammy

Foto: Getty Images

Penyanyi dan juri The Voice ini pernah dicalonkan sebanyak sembilan kali namun gagal membawa pulang walau satu trofi. Pencalonan terakhirnya adalah pada tahun 2020 menerusi lagu God’s Country.

 

4. Queen

Foto: Pinterest

Mengejutkan, kumpulan ini hanya menerima empat pencalonan tanpa sebarang kemenangan namun dianugerahkan pencapaian sepanjang hayat pada 2018 selepas zaman kegemilangan mereka berakhir.

Walaupun pencalonan terakhir mereka adalah pada tahun 1981, artis seperti Panic! At The Disco dan filem Bohemian Rhapsody (2018) membantu memperkenalkan muzik ikonik kumpulan Britain itu kepada generasi muda di seluruh dunia.

 

5. Jimi Hendrix

Foto: Bent Rej

Satu-satunya pencalonan yang diterima Jimi adalah pada 1970 menerusi lagu Star-Spangled Banner. Malangnya penyanyi yang terkenal dengan jolokan pemain gitar terhebat sepanjang zaman itu meninggal dunia pada tahun sama. Recording Academy mengiktiraf bakatnya pada 1992 menerusi anugerah pencapaian sepanjang hayat anumerta.

 

Foto: Pinterest

Pautan berkaitan: SENARAI PEMENANG GRAMMY 2025: BEYONCE AKHIRNYA RANGKUL TROFI ALBUM TERBAIK

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KONTROVERSI GRAMMY, KANYE WEST LESAP KONTRAK

Bacaan Lanjut
10 PASANGAN ROMANTIS YANG MENYERIKAN ANUGERAH GRAMMY 202510 PASANGAN ROMANTIS YANG MENYERIKAN ANUGERAH GRAMMY 2025

10 PASANGAN ROMANTIS YANG MENYERIKAN ANUGERAH GRAMMY 2025

Bacaan Lanjut

GAYA RADIKAL JADEN SMITH ADALAH SATU MESEJ

Bacaan Lanjut
FESYEN KARPET MERAH TERBAIK ANUGERAH GRAMMY 2025

FESYEN TERHANGAT DI KARPET MERAH ANUGERAH GRAMMY 2025

Bacaan Lanjut
6 FESYEN LELAKI PALING DIINGATI DALAM SEJARAH GRAMMY

6 FESYEN LELAKI PALING DIINGATI DALAM SEJARAH GRAMMY

Bacaan Lanjut
5 SELEBRITI TERKENAL YANG MEMINATI WANITA LEBIH MATANG & BERUSIA

5 SELEBRITI TERKENAL YANG MEMINATI WANITA LEBIH MATANG & BERUSIA

Bacaan Lanjut