ANDY LAU PARAH DI SET
Pelakon dan penyanyi terkenal Hong Kong, Andy Lau dikhabarkan cedera parah di set pengambaran baru-baru ini. Berita ini ternyata mengejutkan semua terutama sekali para peminatnya. Dan dikhabarkan, Andy Lau dijangka memerlukan masa selama enam ke tujuh bulan untuk kembali pulih daripada kecederaan akibat terjatuh dari seekor kuda pada 17 Januari lalu.
Andy kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di sebuah hospital di Happy Valley, Hong Kong. Bintang terkenal itu terdahulu dikejarkan ke sebuah hospital di Bangkok sebelum diterbangkan ke negara asalnya menggunakan pesawat perubatan.
Ketika kejadian, dilaporkan kuda yang ditunggangi pelakon hebat itu tiba-tiba hilang kawalan dan mencampakkan pelakon itu ke tanah sebelum kuda tersebut memijak bahagian belakang badannya sehingga menyebabkan tulang pelvis pelakon itu cedera.
Isnin lalu, Andy menjalani penggambaran sebuah iklan di daerah Khao Lak, Thailand. Kali terakhir Andi Lau berlakon adalah melalui filem terbaru Hollywood, The Great Wall di mana beliau berlakon di samping Matt Damon. Sama-sama kita doakan Andy Lau kembali sihat seperti sedia kala.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 22 Januari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.
GABRIETTE SAH BERGELAR ISTERI MATTY HEALY MEMAKAI MATIÈRES FÉCALES
Gabriette bergelar isteri menggayakan haute couture bride daripada Matières Fécales dan hanya memegang sekuntum ros.
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026
Cari jam tangan mewah pelaburan terbaik 2026. Terokai 5 jam tangan mewah yang menawarkan Style Equity tinggi untuk gaya maskulin moden.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.












