TINJAU KEDIAMAN GAYA SEPANYOL RM155 JUTA MILIK SELENA GOMEZ & BENNY BIANCO
Nampaknya Selena Gomez dan Benny Blanco tidak sabar-sabar mahu membawa perhubungan mereka ke tahap seterusnya.
Pasangan pemuzik itu memberi bayangan sudah bersedia menaiki altar dengan membeli sebuah rumah agam mewah di Beverly Hills, California.
Menurut laporan, kediaman berkonsep Sepanyol itu dibeli pada Disember 2024, bulan sama mereka mengikat tali pertunangan. Bagaimanapun berita itu hanya didedahkan kepada umum baru-baru ini.
Hartanah yang menawarkan tujuh bilik tidur dan 12 kamar mandi itu turut mempunyai perpustakaan, gim peribadi, spa dan teater rumah.

Foto: Backgrid

Foto: Backgrid

Foto: Backgrid
Seperti yang boleh dilihat menerusi foto, kediaman berkonsep resort itu turut menampilkan taman, kolam renang dan solarium rumah hijau yang diperbuat daripada kaca.
Pasangan itu dikatakan membuat keputusan pantas dan membeli rumah agam lot berganda yang jarang ditemui itu hanya selepas sebulan ia dipasarkan.
Bagaimanapun Selena dan Benny bukanlah bintang Hollywood pertama bergelar menjadi pemilik hartanah mewah itu. Pengarah Joker, Todd Phillips dilaporkan membeli kediaman itu pada harga RM76 juta sekitar tahun 2012.
Sutradara itu meraih keuntungan hampir satu kali ganda apabila menjualnya pada harga RM137 juta sedekad kemudian. Namun tidak dapat dipastikan siapakah pembeli yang menginap di situ dari tahun 2021 hingga 2024.

Foto: Backgrid

Foto: Backgrid

Foto: Backgrid
Portfolio Hartanah Selena Gomez
Sepanjang kerjayanya selama beberapa dekad, aktres Emilia Perez itu berjaya membina portfolio hartanah yang mengagumkan.
Sejak bertahun-tahun lalu Selena telah membeli dan menjual beberapa kediaman mewah miliknya. Ini termasuk rumah seluas 10,000 kaki persegi di Texas, Studio City di Los Angeles, serta banglo dan rumah agam gaya Mediterranean di Calabasas, California.
Pada 2020, dia membeli sebuah lagi rumah agam Encino berharga RM22 juta yang sebelum ini dimiliki oleh mendiang penyanyi Tom Petty.
Foto: Page Six
Pautan berkaitan: TINJAU RUMAH AGAM MEGA KANYE WEST DI BEVERLY HILLS BERHARGA RM157 JUTA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KEDIAMAN NICOLE KIDMAN & KEITH URBAN BERNILAI RM21 JUTA DIPECAH MASUK
Pasangan selebriti terkenal, Nicole Kidman dan Keith Urban berdepan ujian selepas rumah agam mereka di Beverly Hills, California diceroboh perompak.
TINJAU KEDIAMAN MEWAH ADAM LEVINE & BEHATI PRINSLOO
Adam Levine dan isterinya memiliki sebuah rumah ladang jauh dari kota di Pacific Palisades, Los Angeles yang direka pada tahun 1930-an.
TINJAU RUMAH AGAM MEGA KANYE WEST DI BEVERLY HILLS BERHARGA RM157 JUTA
Memiliki portfolio hartanah yang hebat antara ‘hobi’ kebanyakan selebriti di Hollywood, dan Kanye West tidak terkecuali.
INTAI KEDIAMAN MEWAH PASANGAN ROMANTIS, MICHAEL DOUGLAS & CATHERINE ZETA-JONES
Michael Douglas dan isteri membeli hartanah dengan pemandangan indah menghadap sungai itu lima tahun lalu pada harga RM21.2 juta.
JAY-Z & BEYONCE KINI PEMILIK KEDIAMAN KEDUA TERMAHAL DI AMERIKA SYARIKAT
Power couple Hollywood, Jay-Z & Beyonce mengembangkan protfolio hartanah mereka dengan membeli sebuah lagi rumah mewah.
TINJAU RUMAH AGAM MEWAH MILIK BEN AFFLECK & JENNIFER LOPEZ
Jennifer Lopez dan Ben Affleck bakal hidup berjiran dengan barisan jutawan terkenal dunia antaranya Elon Musk dan Nicolas Cage.