Skip to content

GLAM LELAKI MAC 2025 #MODERNMUSES MEMPERSEMBAHKAN AEDY ASHRAF

Kongsikan artikel ini

Editor & arahan kreatif: JOHAN KASSIM, Pengarah seni kanan: KHAI RAMLI, Pereka grafik: HILMAN HISHAM, Grooming: SAHIR SABRI Dandanan: CKAY LIOW Gambar: EDMUND LEE, Pelatih amali: BATRISYIA FAISAL,Teks/temubual: YUSAIRY FITRI, Outfit, TOMMY HILFIGER MUSIM BUNGA 2025

Ini bukan pertama kali Aedy Ashraf dijemput untuk menghiasi wajah kulit muka hadapan GLAM Lelaki. Namun yang istimewanya, kali ini aktor berusia 31 tahun terpilih sebagai salah seorang yang layak untuk diangkat sebagai figura masa kini. Sejak kebelakangan ini, namanya terus-menerus berada dalam senarai A-list dalam membintangi slot penting dalam kategori drama di semua stesen tv utama. Sudah puas!

Itulah biasan yang diberikan oleh anak muda yang senang dipanggil Aedy, apabila diujar pertanyaan mengenai penglibatannya. Maka dengan itu, dia telah memutuskan untuk memberi tumpuan kepada penghasilan dan pengarahan filem, melangkah tegas meninggalkan arena drama dan kini memberikan fokus kepada produksi filem yang lebih memberi impak. “Saya merancang untuk tidak terlibat dengan drama dalam lima tahun akan datang.

Jaket, baju panas, seluar chinos & sniker, TOMMY HILFIGER

Saya mahu tumpukan sepenuh perhatian kepada produksi dan pengarahan filem,” kata Aedy dengan yakin. Keputusannya untuk menangguhkan kerjaya dalam dunia drama juga didorong oleh hasratnya untuk memberi impak yang lebih besar dalam bidang yang lebih luas, dengan berharap dapat membawa karya Malaysia ke peringkat global. Jika dibandingkan industri tanah air kini semakin berkembang tetapi tidak begitu ketara jika diletakkan di barisan negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Singapura, Malaysia masih lagi perlahan maka dengan itu saya optimis untuk membawa industri perfileman kita ke tahap lebih tinggi.

Aedy tidak bersembang kosong apabila filem Kahar: Kapla High Council arahan Razaisyam Rashid terbitan bersama Astro Shaw, Pasal Productions dan Alpha 47 Films telah  berjaya mengutip RM13 Juta membuktikan produksi yang terajuinya bisa membolosi minda anak muda sehingga filem ini meraih liputan meluas seluruh negara dan komen positif.

Sebagai seorang pengarah, Aedy tidak hanya terlibat dalam penghasilan filem tetapi juga dalam memilih dan mengolah idea-idea kreatif. “Kami mendapat inspirasi daripada projek  SPM yang menjadi pemacu dalam banyak karya kami. Semua ini adalah hasil kerjasama pasukan yang saling mempercayai,” tambahnya. Aedy juga memuji rakan-rakan seperjuangannya dalam dunia produksi seperti Fatima yang menjadi sumber inspirasi dan guru baginya. Keluarga juga memainkan peranan dalam ‘cinta baru’ Aedy. Setiap Keputusan sama ada ia berisiko atau tidak semuanya akan dirujuk kepada ibu yang juga seorang anak seni aktres Liza Zain. Bagi Aedy, restu keluarga adalah segala-galanya.

aedy glam lelaki

Jaket & baju panas, TOMMY HILFIGER

aedy

Baju T & seluar chinos, TOMMY HILFIGER

Mengimbangi Kerjaya dan Kehidupan Peribadi

Menjaga keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan peribadi bukanlah perkara mudah. Walaupun disibukkan dengan kerja-kerja produksi dan pengarahan, Aedy turut memberi penekanan kepada kehidupan sosial dan jenama peribadinya. Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Alpha 47 Films, Aedy memimpin syarikat dalam menghasilkan filem dan tajuk-tajuk baru. Dalam masa yang sama, dia juga harus memenuhi tuntutan acara sosial dan memperbaharui jenama peribadinya di media sosial. Walaupun ia adalah cabaran besar, Aedy mengakui bahawa ini adalah sebahagian daripada perjalanan yang harus ditempuhi oleh mereka yang berada dalam industri hiburan.

“Memang susah, tetapi saya percaya kalau kita benar-benar fokus dan disiplin, semua ini boleh diuruskan. Setiap hari 8 pagi sehingga 5 petang akan difokuskan pada kerja-kerja di pejabat dan saya akan cuba untuk memenuhi undangan ke majlis fesyen dan lain-lain. Ramai yang berjaya melakukan perkara yang sama, dan saya rasa saya juga mampu melakukannya,”

*Dapatkan GLAM Lelaki isu Mac 2025 Volume 1 untuk membaca artikel penuh

Artikel berkaitan: GLAM LELAKI MAC 2025 #MODERNMUSES MEMPERSEMBAHKAN MEERQEEN

By Johan Kassim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

8 STAIL FESYEN AEDY ASHRAF PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

GLAM LELAKI MAC 2025 #MODERNMUSES MEMPERSEMBAHKAN SYAFIQ KYLE

Bacaan Lanjut
DOMINASI STRAY KIDS SEBAGAI DUTA JENAMA

DOMINASI STRAY KIDS SEBAGAI DUTA JENAMA

Bacaan Lanjut
pelakon lelaki

LAPAN PELAKON LELAKI BARU MESTI KENALI MENURUT GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
TOMMY HILFIGER SAMBUT 4 JEJAKA THAILAND SEBAGAI DUTA JENAMA

TOMMY HILFIGER SAMBUT 4 JEJAKA THAILAND SEBAGAI DUTA JENAMA

Bacaan Lanjut

AMIR AHNAF, BIG STAR IN THE MAKING

Bacaan Lanjut