INSPIRASI BAHARU DUNIA FITNESS MALAYSIA: ‘NEXT-GEN FITFLUENCERS’
Dunia fitness Malaysia kini dimeriahkan oleh generasi baharu ‘fitfluencers’ yang bukan sahaja berkongsi rutin senaman, tetapi juga membina komuniti gaya hidup sihat dan positif di media sosial. Ini merupakan barisan ‘fitfluencers’ yang sedang mencipta nama dan memberi banyak inspirasi di media sosial.
#1 Kesavan
Kesavan jurulatih kecergasan dalam talian, semakin dikenali dengan pendekatan yang mudah dan praktikal. Beliau sering berkongsi teknik senaman yang berkesan serta mesej motivasi yang membantu pengikutnya kekal konsisten, tanpa memerlukan peralatan mahal atau gim besar.
#2 Kelvin Teo
Kelvin Teo atau lebih dikenali sebagai Call Me Kelvin, tampil dengan personaliti ceria dan gaya konten yang santai. Senaman bersama Kelvin terasa menyeronokkan. Sesuai untuk mereka yang baru nak berjinak dengan kecergasan tanpa rasa tertekan.
#3 Izzat Zin
Izzat Zin menekankan kecergasan sebagai satu gaya hidup menyeluruh. Dengan pendekatan ‘clean fitness’, beliau memberi tumpuan kepada keseimbangan antara tubuh dan minda, serta gaya hidup sihat yang realistik dan boleh dicapai.
#4 Aqil Farhan
Aqil Farhan pula membawa pendekatan yang tenang dan tersusun dalam perkongsian kandungan kecergasannya. Fokus beliau bukan sekadar pada fizikal, tetapi juga pemulihan, disiplin, dan minda yang kuat, menjadikannya rujukan ideal untuk peminat gaya hidup aktif yang seimbang.
#5 Ali Reza Kavoossi
Ali Reza Kavoossi menawarkan rutin kecergasan yang lebih intensif, dengan tumpuan pada pembinaan fizikal yang mantap dan daya tahan tinggi. Beliau memberi inspirasi kepada mereka yang mahukan transformasi tubuh secara serius dan konsisten.
#6 Shawn Pam
Shawn Pam juga menampilkan gaya kecergasan berasaskan kekuatan dan latihan intensif. Personalitinya yang tenang tetapi tegas menjadikannya inspirasi untuk pengikut yang mahukan cabaran sebenar dalam dunia fitness.
#7 Terrance Chiam
Terrance Chiam membawa gaya yang lebih profesional dengan kandungan visual yang kemas dan informatif. Beliau sering berkongsi tip pemakanan, perancangan senaman, dan strategi yang sesuai untuk individu yang sibuk tetapi tetap mahu kekal aktif.
Gabungan pelbagai gaya, latar belakang dan pendekatan ini menjadikan mereka antara next-gen fitfluencers yang patut diberi perhatian. Sama ada anda baru bermula atau sedang kembali aktif, pasti ada sesuatu yang boleh anda pelajari dan jadikan inspirasi daripada mereka semua.
Artikel Berkaitan: RAHSIA KECERGASAN PEMANDU F1: LEBIH HEBAT DARIPADA ATLET OLIMPIK?
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS
Ketahui strategi tactical grooming untuk kekal segar di Palm Springs. Tip penjagaan wajah, rambut, dan wangian untuk lelaki masa kini.
‘BOOK CLUB’ KINI MENJADI OBSESI BAHARU GENERASI MUDA
'Book Club' kini menjadi ruang digital detox buat anak muda. Ketahui mengapa komuniti literasi di Malaysia semakin berkembang pesat.
HIGH PERFORMANCE: IKMAL AMRY AKTIF AKTIVITI KECERGASAN, CETUS INSPIRASI BUAT LELAKI MASA KINI
Aktif dalam bidang berprestasi tinggi, mereka bukan sahaja menguji had keupayaan diri, malah secara tidak langsung pencetus inspirasi buat generasi masa kini
HIGH PERFORMANCE: HAKIMI NOORDIN, “AYAH SAYA MERUPAKAN INSPIRASI TERBESAR SAYA DALAM BIDANG KECERGASAN”
"Jadikan sukan sebagai sebahagian daripada gaya hidup, bukan satu tekanan. Jangan paksa diri melakukannya secara berlebihan," Hakimi Noordin.
INSPIRASI FIT & SIHAT 2026, SAY SHAZRIL, FAZZIQ MUQRIS, IKMAL AMRY SEBAGAI INSPIRASI.
Ikmal Amry, Shawn Pam, dan Fazziq Muqris antara individu yang konsisten mempromosikan gaya hidup aktif dan seimbang. Jadikan mereka ini sebagai inspirasi sihat dan fit untuk tahun 2026.











