LIMA PELAKON WANITA YANG PERNAH BERLAKON DENGAN HUN HAQEEM
Hun Haqeem merupakan antara pelakon lelaki yang semakin mencipta nama dalam industri hiburan tanah air. Dengan wajah kacak dan bakat lakonan yang semakin menyerlah, Hun telah diberi kepercayaan untuk bergandingan dengan beberapa pelakon wanita terkenal dalam drama khasnya. Imbas semula lima pelakon wanita yang pernah berlakon bersama Hun Haqeem.
#1 MIRA FILZAH
Mira memegang watak Billa iaitu isteri kepada Aldi (lakonan Hun Haqeem) yang diuji dalam rumah tangga apabila dia tidak mampu memberikan zuriat. Drama ini berkisar mengenai konflik rumah tangga antara Aldi dan Billa. Perkahwinan mereka bermula dengan sebuah syarat yang ditetapkan oleh orang tua Billa: jika Billa tidak mampu memberikan zuriat, Aldi berhak untuk menceraikannya dengan membayar sejumlah wang tertentu.
#2 DAIYAN TRISHA
Hun berlakon bersama Daiyan Trisha dalam adaptasi drama Korea popular, W: Two Worlds. Hun memainkan watak utama lelaki manakala Daiyan sebagai heroin. Menariknya, Hun pernah mengakui bahawa dia meminati Daiyan sebelum mereka bekerjasama. Projek ini membuktikan keserasian mereka di layar dan menjadi antara drama paling dinantikan ketika tayangannya.
#3 WANNA ALI
Dalam drama Angkara Cinta, Hun bergandingan dengan Wanna Ali sebagai pasangan utama. Drama ini mendapat sambutan hangat dan memperkenalkan Hun sebagai pelakon baharu yang berpotensi besar. Gandingan mereka menjadi bualan penonton kerana konflik yang kuat dan emosi yang mendalam.
#4 ERYSHA EMYRA
Gandingan antara Hun Haqeem dan Erysha Emyra menarik perhatian ramai kerana pertembungan karakter mereka. Dari latar belakang yang berbeza dan beban emosional yang masing-masing bawakan. Ia menjadi satu cerita rom-com yang disaluti konflik kekeluargaan, emosi, dan unsur kasih sayang yang perlahan-lahan berkembang.
#5 ANNA JOBLING
Honey (lakonan Anna Jobling) adalah seorang influencer/penjual madu yang terkenal dengan gaya kehidupan glamor. Hamid (lakonan Hun Haqeem) adalah lelaki misteri dan rendah diri yang terlibat secara langsung dalam usaha menyelamatkan surau kampung. Dalam cerita, Hamid adalah individu yang menjadi sebahagian daripada komuniti kampung dan memainkan peranan sebagai orang kanan Honey.
Artikel berkaitan: EKSKLUSIF HUN HAQEEM DI BANGKOK, THAILAND UNTUK GLAM LELAKI #THESEPTEMBERISSUE
Tags
Artikel Yang Berkaitan
EKSKLUSIF HUN HAQEEM DI BANGKOK, THAILAND UNTUK GLAM LELAKI #THESEPTEMBERISSUE
Di tengah keindahan kota Bangkok yang penuh warna dan dinamik, GLAM Lelaki ‘terbangkan’ Hun Haqeem untuk sesi penggambaran muka depan eksklusif ini.
STAIL PERCUTIAN HUN HAQEEM SEBAGAI INSPIRASI
Gaya Hun Haqeem sering tampil penuh stail bukan sahaja di acara penting, malah ketika percutian menjadikan gayanya boleh diikuti.
6 DRAMA HEBAT LAKONAN HUN HAQEEM DALAM SEPANJANG KERJAYANYA
Hun Haqeem merupakan antara pelakon generasi kini yang semakin menyerlah dan paling ‘in demand’ dalam industri seni lakon tempatan. Berikut 6 drama lakonan Hun Haqeem yang cemerlang.
SELEBRITI TEMPATAN YANG MENJADI WAJAH JENAMA ANTARABANGSA
Selebriti tempatan kini mampu meletakkan nama mereka ke pesada dunia sebagai wajah jenama-jenama antarabangsa.
FILEM- FILEM TONTONAN WAJIB BULAN SEPTEMBER 2025
Senarai filem menarik bulan September yang wajib ditonton di pawagam! Dari aksi mendebarkan hingga kisah penuh emosi.
SEBAB THARIQ RIDZUWAN: HIS TREASURE WAJIB DITONTON
Thariq Ridzuan bawa gabungan aksi, emosi & bintang popular Malaysia. Jangan lepaskan drama eksklusif ini di Astro One dan SOOKA.