6 HAIR STYLISTS YANG PAKAR GAYA RAMBUT LELAKI
Gaya rambut lelaki adalah faktor terpenting untuk kelihatan stylish. Dalam dunia fesyen dan kecantikan lelaki di Malaysia, ada beberapa nama pendandan rambut lelaki (male hair stylists) yang semakin menonjol dari segi kreativiti, reputasi dan hasil kerja yang mengagumkan. Mereka mewakili trend rambut lelaki moden dan klasik di Malaysia, menyerap elemen gaya antarabangsa dan terkini dengan selera tempatan.
Buat lelaki, khususnya para selebriti lelaki yang masih kurang pasti untuk mendapatkan khidmat hair stylists yang sesuai, rujuklah enam nama hair stylists berikut.
Juno Ko
Juno Ko terkenal dengan gaya tersendiri dan klien selebriti tempatan. Dengan kerjaya yang memukau selama lebih 15 tahun. Tukang rambut hebat ini telah meneroka segala aspek dalam dunia penggayaan rambut. Daripada fesyen, iklan TV, majalah, sehinggalah ke pentas peragaan. Sentuhan magisnya juga telah menyerlahkan keanggunan rambut ramai selebriti dan pelakon terkenal dari China, Hong Kong dan Malaysia. Gayanya cenderung kepada wet look yang kemas dan mempunyai identiti unik dalam setiap dandanan. Antara selebriti lelaki yang sering menggunakan khidmat Juno ialah Awal Ashaari, Hael Husaini dan Syamel.
Ckay Liow
Ckay Liow adalah session hair stylist dan pendandan rambut perkahwinan serta fesyen yang sangat dikenali di Malaysia. Ckay telah memenangi anugerah Hairstylist Of The Year di Kuala Lumpur Fashion Awards 2023. Karyanya sering muncul dalam editorial dan majlis perkahwinan, dan dia aktif berkongsi tip hairstyling dan alat juga produk rambut kegemaran. Ckay antara pendandan rambut perkahwinan (wanita) yang paling ‘in demand’ di Malaysia.
VV Chan
VV Chan adalah hairstylist yang kerap bekerja dengan selebriti, influencer dan editorial fesyen. VV Chan mempunyai salon sendiri dan mahir membawa idea kreatif ke dalam dandanan muda dan gaya kontemporari. Sebagai pendandan rambut, VV Chan sentiasa bersikap fleksibel dan kreatif terutamanya kala mendandan rambut lelaki dan perempuan. Dia juga pernah menjadi duta untuk jenama-jenama alat rambut.
Cody Chua
Cody Chua aktif dalam dunia editorial, projek fesyen dan penggayaan selebriti. Cody juga pernah terlibat dalam jenama produk rambut FA FAA dan hasil kerjanya sering ditonjolkan dalam majalah fesyen. Stail dandanan rambut yang menjadi pilihan Cody adalah kemas, teliti dan malar segar. Khidmat dandanan rambut Cody seringnya menjadi pilihan selebriti lelaki seperti, Meerqeen, Hael Husaini, Alvin Chong dan Nadhir Nasar.
Keith Ong (Keith Styling)
Keith Ong adalah seorang pendandan rambut yang aktif dalam bidang dandanan editorial, perkahwinan dan rekaan rambut kreatif. Keith pakar dalam setiap guntingan dan gaya rambut, sentiasa menyuntik nyawa ke dalam setiap gaya rambut. Beberapa selebriti lokal, seperti Meerqeen, Alvin Chong dan Nadhir Nasar, adalah antara client yang namanya sering disebut dalam portfolio Keith.
Portfolio kerjanya menunjukkan Keith sangat fleksibel dari segi gaya. Dari yang tradisional ke moden, dari potongan yang kemas ke gaya rambut yang lebih bergaya untuk fotografi dan runway.
Zulyasrani
View this post on Instagram
A post shared by GROOMING | MAKE UP | STYLING (FOR MEN ONLY) (@zulyasrani)
Zulyasrani adalah pendandan rambut yang semakin mendapat tempat di kalangan selebriti lelaki tempatan. Fattah Amin, Khai Bahar, Shukri Yahaya dan MK K-Clique antara client tetap Zulyasrani. Zulyasrani lebih cenderung dalam penggayaan rambut pengantin lelaki (groom’s hair) untuk majlis perkahwinan. Dia mengambil peranan khas dalam memastikan rambut pengantin lelaki tampak kemas, bergaya dan sempurna untuk hari besar. Bermula dari sanding, akad, hingga malam resepsi.
Dengan kemahiran dalam melihat bentuk muka, jenis rambut dan pemilihan gaya serta produk yang sesuai, Zulyasrani mampu menjadikan groom tampil yakin dan bergaya di pelamin. Dipadankan dengan pakaian tradisional atau moden.
Artikel berkaitan: TIGA HARUMAN BAHARU SETIAP LELAKI MESTI MILIKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM TERBAIK LAKONAN NADHIR NASAR
Bagi meraikan Chelot, lihatkan lima filem terbaik lakonan pelakon 29 tahun ini.
FENOMENA FILEM CHELOT: INI 7 WAJAH PELAKON YANG DIKENALI
Filem Chelot yang kini nombor satu di Malaysia hadir dengan barisan pelakon tempatan yang amat dikenali dengan bakat lakonan mereka.
SEPTEMBER BOYS: 9 SELEBRITI LELAKI YANG SAMBUT HARI LAHIR BULAN INI
Bulan September turut menjadi bulan untuk meraikan selebriti - selebriti lelaki yang dilahirkan sepanjang bulan istimewa ini.
6 HIGH SCHOOL SERIES TEMPATAN ANDA PATUT TONTON SEBELUM KUDRAT 1968
Sama seperti Kudrat 1968 yang sedang menjadi bualan, enam high school series tempatan ini juga boleh menjadi tontonan!
GAYA RAMBUT PALING HANGAT TAHUN 2026
Gaya rambut buat lelaki semakin pelbagai untuk tahun 2026, turut digayakan oleh selebriti dan orang-orang yang penuh gaya.
YSL BEAUTY BLOCK PARTY KUASAI MALAM KUALA LUMPUR DENGAN GAYA
YSL Beauty sekali lagi membuktikan pengaruhnya dalam dunia kecantikan dan budaya pop menerusi penganjuran YSL Beauty Block Party.











