DOMINASI SELEBRITI LELAKI ASIA DI MILAN FASHION WEEK SS26
Milan Fashion Week SS26 baru sahaja melabuhkan tirai dengan koleksi menawan serta kehadiran selebriti-selebriti lelaki Asia yang menawan.
Musim kali ini lebih menarik dengan kehadiran pengarah kreatif baharu buat beberapa jenama yang menjadi penantian ramai. Sama seperti musim-musim sebelum ini, dominasi selebriti Asia di minggu fesyen bukanlah biasa-biasa. Dari Korea Selatan, Thailand, Singapura, China, malah Malaysia. Duta global yang menempatkan nama mereka di pentas minggu fesyen ini mempunyai impak yang luar biasa menjadikan mereka kegemaran jenama serta peminat. GLAM Lelaki akan senaraikan barisan selebriti lelaki Asia yang menjadi tetamu istimewa di Milan Fashion Week SS26 kali ini.
#1 BTS Jin (Gucci)
Kehadiran Jin dari kumpulan global BTS ini menjadi salah satu penantian buat peminat mereka, ARMY. Aura gentleman dan karisma bintang selebriti lelaki Asia di Milan Fashion Week ini paling dinanti selepas tamat khidmat tenteranya menjadikan Gucci tampil lebih segar dan relevan dengan generasi muda. Gayanya ringkas tetapi penuh kelas, membawa nafas segar kepada jenama Gucci yang kini giat menyesuaikan diri dengan cita rasa generasi muda. Setiap penampilannya bukan sekadar fesyen, tetapi menjadi simbol bagaimana K-pop dan budaya Asia terus memberi pengaruh besar terhadap industri mewah.
#2 Stray Kids Bang Chan (Fendi)
Sebagai duta jenama Fendi, ketua kumpulan Stray Kids ini semestinya menjadi tumpuan utama. Sejak kehadirannya di lapangan terbang hingga ke hotel dia melakukan persiapan, STAYs tidak henti-henti memberi sokongan kepadanya. Penampilannya kali ini benar-benar menegaskan imej Bang Chan sebagai ikon fesyen maskulin generasi baharu. Dengan rambut panjang berona silver yang dramatik, dia menyerlahkan lagi aura “serigala” yang sudah lama sinonim dengannya — haiwan yang menjadi simbolnya di dalam Stray Kids. Fendi bijak menyesuaikan identiti ini dengan estetika mereka, menghasilkan gaya yang penuh karakter dan tidak mudah dilupakan.
#3 Hael Husaini (Onitsuka Tiger)
Salah seorang wajah lelaki Asia yang berada di Milan Fashion Week sudah tentu ikon fesyen dari Malaysia, Hael Husaini. Hael Husaini menghadiri acara Onitsuka Tiger dan menerima banyak pujian dari peminat-peminat selebriti lain seperti SEVENTEEN atas sifat ramahnya. Nama Malaysia mencuri perhatian apabila Hael Husaini melangkah dengan penuh gaya untuk Onitsuka Tiger. Sebagai satu-satunya selebriti Malaysia yang berjaya menembusi Milan Fashion Week kali ini, Hael membuktikan bahawa bakat dan gaya dari rantau ini mampu berdiri setanding dengan ikon fesyen antarabangsa.
#4 SEVENTEEN Joshua, Hayato Isomura, Ayden Sng (Onitsuka Tiger)
Selain daripada Hael Husaini, barisan selebriti lelaki Asia lain turut hadir. Joshua daripada kumpulan SEVENTEEN antara nama yang hangat diperkatakan sepanjang pertunjukkan itu. Pelakon dari Jepun, Hayato Isomura turut hadir dengan penuh gaya. Ayden Sng, yang terbang dari Singapura turut menjadi salah seorang tetamu jemputan Onitsuka Tiger musim kali ini. Kolaborasi antara dunia K-pop, J-entertainment, dan pelakon Singapura ini mewakili wajah Asia yang pelbagai namun bersatu dalam fesyen. Joshua tampil dengan aura boyish elegan, Hayato Isomura membawa pesona aktor Jepun, sementara Ayden Sng menyerlahkan imej gentleman Asia yang moden.
Baca: LIMA PELAKON WANITA YANG PERNAH BERLAKON DENGAN HUN HAQEEM
#5 SEVENTEEN S.coups (BOSS)
Bukan sekadar membuat kemunculan, malah kejutan datang dari duta jenama BOSS ini. Ketika S.coups tidak kelihatan di pentas kehadiran tetamu, ramai yang teruja dan menantikannya. S.Coups menjadi pnutup buat koleksi musim bungan musim panas BOSS musim ini. Wajah tampan dan ketinggiannya cukup sempurna di atas pentas peragaan. Dengan pesona kepimpinan dan gaya maskulin, S.coups memberi nafas segar pada jenama BOSS. Kehadirannya sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan SEVENTEEN sebagai kumpulan K-pop yang paling laris di mata rumah fesyen global.
#6 Mew Suppasit (BOSS)
Pelakon terkenal dari Thailand, Mew Suppasit juga menghadiri acara Milan Fashion Week kali ini. Bintang Thailand ini tampil buat pertama kalinya memukau bersama BOSS, membawa elemen Asian heartthrob ke barisan hadapan. Karismanya menjadikan Mew antara selebriti Thailand yang paling diperhatikan sepanjang minggu fesyen ini. Sebagai salah seorang bintang paling bersinar dari Thailand, Mew turut mencuri perhatian apabila tampil ke acara itu. Kehadirannya bukan sekadar melengkapkan senarai nama besar Asia yang membanjiri minggu fesyen ini, tetapi turut mengangkat profil selebriti Thai ke pentas antarabangsa.
#7 ENHYPEN (Prada)
7 jejaka bak vampire ini sudah semestinya antara tetamu yang menjadi penantian ramai. Duta jenama Prada dari Korea Selatan ini hadir, menjadikan momen tersebut antara yang paling bersejarah. Sebagai generasi muda K-pop, ENHYPEN membawakan tenaga anak muda yang seiring dengan visi futuristik Prada. Keseluruhan kumpulan ENHYPEN hadir untuk Prada dan tidak ramai kumpulan K-pop diberi penghormatan sebegini. Sebagai generasi muda K-pop yang sedang meningkat pantas, ENHYPEN membawa youthful energy yang begitu sesuai dengan visi futuristik Prada. Prada, yang terkenal dengan rekaan berani dan sentiasa bergerak ke hadapan, menemukan padanan sempurna pada kumpulan ini — sebuah simbol budaya pop global yang sedang mendominasi zaman.
#8 BUS Khunpol, Phutatchai (Prada)
Kehadiran duo Thailand ini bersama Prada menandakan gelombang besar selebriti Thai yang semakin diterima oleh jenama mewah Eropah. Khunpol dan Phutatchai, di barisan Prada menjadi antara momen menarik Milan Fashion Week SS26. Kemunculan sulung mereka sebagai duta jenama ini bukan sahaja membawa nama kumpulan BUS ke pentas antarabangsa, tetapi juga menandakan gelombang besar kebangkitan selebriti Thailand yang semakin diterima oleh jenama mewah Eropah. Lebih menarik, penyertaan Khunpol dan Phutatchai membuka ruang untuk artis-artis Thai lain menembusi dunia fesyen antarabangsa, sekali gus menjadikan Thailand antara negara Asia yang paling pesat berkembang dalam industri hiburan dan fesyen.
#9 NCT Jungwoo, Mew Suppasit, Snowman Shota Watanabe (Tods)
Kolaborasi lintas negara di pentas Tods ini menjadi salah satu momen yang paling menyerlah di Milan Fashion Week SS26. Kehadiran Jungwoo (NCT) dari Korea, Mew Suppasit dari Thailand, dan Shota Watanabe dari kumpulan Jepun Snowman bukan sahaja menonjolkan kepelbagaian budaya Asia, tetapi juga mencerminkan bagaimana Tods kini membuka ruang yang lebih besar kepada selebriti Asia sebagai wajah utama jenama. Trio ini bukan sekadar duduk di barisan hadapan, tetapi juga mewakili wajah pan-Asia influence yang semakin mendominasi dunia fesyen. Kehadiran mereka bersama mencipta naratif fesyen yang lebih inklusif, di mana keanggunan Tods berasimilasi dengan karisma bintang Asia dari tiga negara berbeza.
#10 Stray Kids Hyunjin (Versace)
Setiap kali nama Hyunjin disebut di pentas fesyen, khususnya dalam kaitan dengan Versace, ia bagaikan satu pertemuan yang sudah ditakdirkan. Sejak mula diumumkan sebagai wajah utama jenama ikonik Itali itu, Hyunjin terus mencuri perhatian global seperti nama panggilannya, Prince of Versace. Bukan sahaja kerana statusnya sebagai bintang K-pop, tetapi kerana keupayaannya menjelmakan identiti Versace ke dalam setiap langkah dan gaya. Sebagai muse Donatella, Hyunjin turut hadir ke pertunjukkn koleksi sulung Dario Vitale sebagai duta jenama itu.
Baca: KENALI 10 ‘COOL KIDS’ GLAM LELAKI SEPERTI ALPHA DAN RAMAI LAGI
#11 Allday Project Woochan, Tarzzan (Versace)
Kehadiran Woochan dan Tarzzan dari kumpulan generasi baharu Allday Project di barisan Versace menjadi bukti bahawa generasi baharu kini semakin mendapat tempat di pentas fesyen antarabangsa. Walaupun masih muda, duo ini tampil bersama tiga lagi ahli wanita, Annie Moon, Youngseo dan Bailey Sok. Kehadiran mereka penuh dengan keyakinan yang mencerminkan masa depan dunia hiburan dan fesyen Asia. Versace terkenal dengan gaya yang penuh energi, berani, dan mewah, dan Woochan serta Tarzzan berjaya menyesuaikan diri dengan estetika tersebut tanpa kehilangan identiti mereka sendiri. Aura segar yang mereka bawa — gabungan semangat anak muda, keberanian untuk bereksperimen, dan daya tarikan semula jadi memberi nafas baru kepada jenama Itali itu.
#12 NCT Doyoung (Dolce & Gabbana)
Doyoung dari NCT sudah lama sinonim dengan imej elegan dan karismatik. Di Milan Fashion Week SS26, dia hadir sebagai duta global Dolce & Gabbana, bersama Moon Ka-young. Dia tampil dengan aura yang tenang tetapi memikat. Gayanya seimbang antara sofistikasi klasik dan daya tarikan kontemporari, sesuatu yang sesuai dengan arah koleksi Dolce & Gabbana kali ini. Wajahnya yang halus, disertai karisma pentas yang kuat, menjadikan Doyoung bukan sekadar selebriti tetamu tetapi benar-benar ikon fesyen yang mampu mewakili imej jenama di mata global.
#13 Stray Kids I.N, BTS RM, Dew Jirawat, Yuta Tamamori (Bottega Veneta)
Barisan hadapan Bottega Veneta di Milan Fashion Week SS26 menjadi antara detik paling ikonik apabila empat nama besar dari Korea, Thailand, dan Jepun berada di satu tempat yang sama. I.N (Stray Kids), RM (BTS), Dew Jirawat, dan Yuta Tamamori. Gabungan ini bukan sahaja mewakili kepelbagaian wajah Asia, tetapi juga mengangkat jenama Itali itu ke tahap pengaruh global yang baharu. I.N, ahli termuda serta vokalis kumpulan Stray Kids, tampil semakin matang dengan gaya penuh keyakinan, menandakan transformasinya sebagai duta jenama itu. RM pula, dengan karisma intelektual dan aura kepimpinan, membawa naratif lebih mendalam — seorang artis yang bukan sekadar bintang K-pop, tetapi juga ikon budaya dunia. Dari Thailand, Dew Jirawat mencuri perhatian dengan pesonanya yang kini semakin dikenali di luar negaranya. Manakala Yuta Tamamori, salah seorang nama besar dalam J-entertainment, mempamerkan sisi sofistikated Jepun yang seiring dengan estetik Bottega Veneta yang elegan dan minimalis.
Pautan berkaitan: PANDUAN GAYA BUAT LELAKI ALFA DAN TINGGI BAK NADHIR NASAR DAN BRIGHT VACHIRAWIT
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
9 TREND GAYA RAMBUT LELAKI 2025
Pada tahun 2025 ini, paras rupa yang tampan dan menarik akan dilihat melalui gaya rambut yang menentukan aura mereka yang tersendiri.
PANDUAN GAYA BUAT LELAKI ALFA DAN TINGGI BAK NADHIR NASAR DAN BRIGHT VACHIRAWIT
Lelaki tinggi mempunyai kelebihan tersendiri dalam menggayakan diri sendiri jika mereka dapat panduan yang betul.
GROOMING LELAKI PALING ‘ON POINT’ DI KLFW 25
Grooming lelaki paling ‘on point’ di KLFW 25, dengan sentuhan fesyen, dandanan rapi & pesona maskulin yang mencuri perhatian sepanjang KLFW.
KLFW 2025 DIBUKA DENGAN PENUH GAYA: MALAM PEMBUKAAN PALING BERGEMA
Malam pembukaan KLFW 2025 disajikan dengan Pretty-Ugly, OUTDWELL dan Rizman Ruzaini yang tampil dengan koleksi streetwear, dan glamor memukau.
HAEL HUSAINI, BAEKHYUN DAN RAMAI LAGI MENGADAKAN KONSERT OGOS 2025 INI
Bulan Ogos 2025 ini bakal dipenuhi dengan konsert dari seluruh dunia dan pelbagai genre buat peminat-peminat muzik di Malaysia.
8 KONSERT K-POP PEMINAT HARAP BAKAL HADIR DI MALAYSIA
Walaupun Malaysia menjadi hotspot konsert K-Pop, masih banyak kumpulan yang peminat di Malaysia harap bakal hadir untuk konsert jelajah dunia.