Skip to content

NOMINEE GL THE MAN AWARDS 2025 STYLE’S CHOICE

UNDI SEKARANG! SIAPAKAH 10 NOMINEE GL THE MAN AWARDS 2025 STYLE’S CHOICE?

Kongsikan artikel ini

Untuk GL The Man Awards 2025, penerima Style’s Choice bakal dipilih oleh pembaca GLAM Lelaki melalui undian, kenali 10 nominee ini!

Tahun ini, GLAM Lelaki akan bawakan acara anugerah berprestij buat pertama kalinya, GL The Man Awards 2025. Terdapatt 10 kategori dan 9 daripadanya dipilih oleh GLAM Lelaki sendiri bersama Co-Chair, Hael Husaini. Senarai individu berpengaruh dalam dunia fesyen serta hiburan Malaysia diketengahkan sebagai pemenerima anugerah ini. Istimewa buat pembaca GLAM Lelaki, satu kategori istimewa iaitu Style’s Choice telah direka khas buat individu berwajah baharu yang penuh stail. Penerima anugerah ini akan dipilih oleh pembaca GLAM Lelaki sendiri, menerusi undian. Jadi, mari kenali 10 nama yang dipilh sebagai calon penerima GL The Man Awards 2025 Style’s Choice.

Undi disini: GL THE MAN AWARDS 2025 STYLE’S CHOICE

#1 Jack Gohr

Pempengaruh fesyen Jack Gohr sedang meningkat dalam dunia siber. Kehadiran Jack Gohr di acara-acara fesyen tempatan dan antarabangsa menjadikannya salah seorang individu berpengaruh dalam dunia fesyen di Malaysia. Dengan personalitinya yang mesra Jack Gohr juga disukai ramai. Pada Milan Fashion Week Men’s SS26 yang lalu, Jack Gohr menghadiri beberapa acara seperti Prada dan Tods.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jack Gohr (@jackgohr)

#2 Salman Farish

Peminat fesyen tempatan semestinya mengenali nama ini. Salman Farish telah menjadi inspirasi fesyen buat ramai lelaki di Malaysia, menjadikannya salah seorang pempengaruh fesyen yang terkenal. Selain daripada fesyen, kandungan Salman Farish juga merangkum tentang kehidupan. Sukan yang sedang hangat, larian turut menjadi minat anak muda ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by aish (@slmanfrish)

#3 ALPHA

Kumpulan M-Pop Malaysia yang baru melakukan kemunculan sulung mereka pada tahun ini telah meningkat dengan penuh hangat. Dengan 7 orang ahli berbakat, ALPHA semestinya mampu menangkap hati ramai peminat dengan lagu-lagu serta personaliti mereka. Dua dari tujuh ahli ALPHA, Araff dan Ariel juga pernah dipilih sebagai cool kids GLAM Lelaki pada bulan September 2025 yang lalu. Alphanite semestinya ingin mereka untuk memenangi GL The Man Awards 2025 Style’s Choice!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @alphaofficialmy

#4 Zhen Ning

Bermula sebagai seorang pempengaruh di Instagram, Zhen Ning juga sudah mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan. Lakonannya dalam drama Anak-Anak Mafia mencuri perhatian ramai, menjadikan Zhen Ning memperoleh ramai peminat Melayu. Zhen Ning turut terkenal dalam kalangan pempengaruh fesyen dan grooming atas kolaborasinya bersama jenama seperti Louis Vuitton, Armani Beauty, Dior Beauty serta Prada.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ningg ⚡️ 宁 (@zhen.ningg)

Baca: PERSONALITI FESYEN LELAKI PILIHAN GLAM LELAKI

#5 Arif Kamarudin

Sebagai vokalis kugiran tempatan Midnight Fusic, Arif Kamarudin sentiasa menjadi wajah utama kugiran itu. Stailnya yang santai, tetapi masih bergaya menjadikannya salah seorang individu berpengaruh dalam fesyen. Aura vokalisnya juga membuatkan Arif lebih menarik di mata peminat muzik, serta fesyen. GL The Man Awards 2025 Style’s Choice semestinya amat sesuai buatnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Arif (@arifkamarudin)

#6 Broyawn

Turut pernah menghiasi lampiran segak rapi isu Mac GLAM Lelaki, Broyawn juga terkenal dengan stail streetwear yang bersahaja. Pempengaruh fesyen ini cukup terkenal dalam kalangan lelaki yang meminati fesyen dan sentiasa menjadi inspirasi mereka. Broyawn turut terkenal dalam kalangan jenama-jenama fesyen seperti Oakley serta Clarks. Cukup niche, Broyawn mempunyai peminat dan komunit tersendiri dalam local fashion scene.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @broyawn

#7 Darien Aeldra

Model, rapper dan kini pelakon. Apa sahaja yang tidak boleh dilakukan oleh Haider dari drama Thariq Ridzuwan: His Treasure ini? Darien Aeldra, nama yang tidak asing di mulut peminat drama serta muzik. Dengan wajahnya yang kacak dan unik, Darien juga menyerlahkan bakat dalam bidang lakonan dengan drama-drama terkenal seperti Dari Mata Turun Ke Hati, Yang Tahu Je Tahu dan yang terkini, Thariq Ridzuwan: His Treasure.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AEL D (@darienaeld)

#8 Gajen Chandra

Personaliti Gajen Chandra yang berbeza di TikTok serta IRL menjadikannya lebih menarik dan unik. Bukan sekadar mencipta kandungan lucu di media sosial, Gajen juga sebenarnya seorang pemilik perniagaan kecantikkan, Chandra Skin. Gajen juga seringkali dilihat menghadiri acara-acara fesyen tempatan, tidak mengejutkan lebih-lebih lagi dengan gayanya yang versatil itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Gajen Chandra (@gajenchandra)

#9 Maxximus Towle

Hos live yang kacak dan tular di TikTok? Maxximus Towle. Maxximus Towle berjaya meletakkan dirinya di dalam industri mengguna platform sendiri dalam masa yang singkat, oleh kerana wajah kacak serta humornya yang lain daripada yang lain. Bermula dari TikTok, Maxximus kini menjadi rebutan jenama-jenama fesyen serta produksi televisyen yang ingin berkolaborasi dengannya. Khabarnya, Maxximus juga sedang bersedia untuk debut dramanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @maxximustowle

#10 Killa Driz

Turut menjadi salah seorang cool kids pilihan GLAM Lelaki, Killa Driz merupakan seorang penyanyi di bawah naungan Def Jam Recordings. Cukup dikenali dengan bakatnya yang serba boleh dalam penulisan lagu, Killa Driz telah berada di dalam industri selama tiga tahun. Gayanya yang santai tetapi mencerminkan peribadinya sebagai seorang artis menjadikannya salah seorang pilihan kami untuk GL The Man Awards Style’s Choice.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Killa Driz (@killadriz)

Pautan berkaitan: KENALI 10 ‘COOL KIDS’ GLAM LELAKI SEPERTI ALPHA DAN RAMAI LAGI

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KENALI 10 ‘COOL KIDS’ GLAM LELAKI SEPERTI ALPHA DAN RAMAI LAGI

Bacaan Lanjut
rebutan jenama lokal

5 WAJAH LELAKI MASA KINI MENJADI REBUTAN JENAMA LOKAL

Bacaan Lanjut

TUMI MUSIM LURUH 2025: GAYA URBAN & ELEGAN DARI NEW YORK

Bacaan Lanjut

SIAPAKAH MAXXIMUS TOWLE? KENALI PERSONALITI POPULAR INI

Bacaan Lanjut
killa driz

KILLA DRIZ, PENYANYI RAP GENERASI BAHARU

Bacaan Lanjut
KENALI GL WHO KETIKA ACARA GLAM LELAKI RESET

KENALI GL WHO KETIKA ACARA GLAM LELAKI RESET

Bacaan Lanjut