KENALI SIAPAKAH KUMPULAN DUKES — WAJAH BAHARU INDIE ROCK MALAYSIA
Di tengah kebangkitan muzik alternatif tanah air, muncul satu nama yang semakin menjadi sebutan, DUKES. Dianggotai oleh lima anak muda berusia 22 tahun, iaitu Ziyyad (vokalis), Rayyan (gitaris), Jimbo (gitaris), Umar(bassist) dan Cheng (pemain dram), DUKES membawa gelombang baharu dalam dunia indie rock Malaysia. Gaya mereka memadukan sentuhan British Pop Rock dengan kejujuran dan semangat anak muda tempatan, menghasilkan bunyi yang segar, bertenaga, dan autentik.
PERMULAAN DAN ARAH MUZIK
DUKES mula mendapat perhatian melalui lagu Girls dan Laila, dua karya awal yang menampilkan identiti muzik mereka. Romantik, jujur dan sedikit nakal. Kini, di bawah naungan Alternate Records, kumpulan ini meneruskan momentum mereka dengan dua single terbaru: Fell in Love With a Girl in Bristol dan Into the Sky.

DUKES, SUARA GENERASI BAHARU
Mengambil inspirasi daripada British Rock 90-an dan disesuaikan dengan identiti lokal, DUKES membuktikan bahawa muzik Malaysia masih punya jiwa segar dan daya saing global. Persembahan mereka penuh tenaga. Visual yang bergaya dan penghayatan dalam setiap bait lirik menjadikan DUKES antara kumpulan paling dinantikan dalam arena indie tempatan. Dengan dua single terbaharu mereka, DUKES bukan sekadar mencipta lagu, malah mereka mencipta ruang baharu untuk muzik Malaysia agar terus berkembang.
ANTARA CINTA DAN KEBEBASAN
Fell in Love With a Girl in Bristol, dilancarkan pada 20 September 2024, menampilkan sisi lembut dan sentimental DUKES. Lagu ini diinspirasikan oleh kisah cinta yang sebenar, tentang rasa jatuh cinta, kehilangan, dan kenangan yang sukar dilupakan. Ditulis dan dirakam dalam masa kurang lapan jam, ia menunjukkan keaslian dan keserasian semula jadi antara ahli kumpulan ini.

Sementara itu, Into the Sky pula membawa sisi yang lebih eksperimental. Ditulis bersama oleh Ziyyad dan Jimbo, lagu ini membicarakan tentang kebebasan dan penemuan diri. Melodinya yang progresif dan lirik yang reflektif menjadikan DUKES lebih daripada sekadar band. Mereka adalah suara generasi baharu yang sedang mencari arah dan makna hidup.
Artikel Berkaitan: GENERASI: PERFECT 10 — DUA GENERASI, SATU SEMANGAT: ARABELLA ELLEN DAN FARAH ANN
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PENAMPILAN SELEBRITI DI NEW YORK FASHION WEEK 2026
Biar apa pun generasi, dari Romeo Beckham hingga Kelly Rutherford, semuanya tampil penuh gaya di New York Fashion Week 2026.
APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI
Kenali 5 pereka dalaman lokal Malaysia yang mencipta ruang penuh karakter, daripada gaya minimal hingga mewah, moden dan dekat dengan alam.
HIGH COUNCIL UNIVERSE: INI KRONOLOGI SEBENAR PROJEK: HIGH COUNCIL, KAHAR & KUDRAT 1968
KUDRAT 1968 bukan sekadar prekuel, ini adalah turutan tontonan untuk faham keseluruhan High Council Universe.
7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!
Lihatkan tujuh sorotan jam tangan baharu yang menjadi tumpuan horologi bulan September.
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
FENOMENA FILEM CHELOT: INI 7 WAJAH PELAKON YANG DIKENALI
Filem Chelot yang kini nombor satu di Malaysia hadir dengan barisan pelakon tempatan yang amat dikenali dengan bakat lakonan mereka.











