EYKA FARHANA, AMEERA KHAN, CHRISTINNA KUAN DI MILAN DAN PARIS FASHION WEEK SS26
Milan dan Paris Fashion Week SS26 kali ini membuka tirainya dengan penuh glamor, lebih-lebih lagi dengan kehadiran wajah tempatan.
Menampilkan koleksi baharu daripada jenama-jenama ternama dunia, dari Milan hingga ke Paris. Namun, yang lebih membanggakan, wajah-wajah tempatan turut menjadi sebahagian daripada sorotan global, memperlihatkan bagaimana bintang Malaysia kini semakin diterima di gelanggang fesyen antarabangsa. Daripada barisan hadapan pertunjukan hingga ke acara eksklusif pasca-persembahan, selebriti wanita Malaysia tampil dengan keyakinan dan gaya tersendiri. Setiap satu penampilan bukan sekadar tentang fesyen, tetapi juga tentang ekspresi diri, evolusi cita rasa dan kekuatan personaliti.
Milan dan Paris menjadi saksi kepada pesona mereka. tidak hanya sebagai tetamu kehormat, tetapi juga sebagai wajah yang membawa identiti Malaysia ke peringkat dunia. Dari Eyka Farhana yang memancarkan keanggunan moden, Ameera Khan dengan sentuhan sofistikasi muda, hingga Christinna Kuan yang mewakili semangat digital dan keberanian bereksperimen — ketiga-tiganya menyerlahkan makna sebenar wanita Malaysia masa kini: elegan, berani, dan berpengaruh.
#1 Eyka Farhana
Nama Eyka Farhana kini sinonim dengan minggu fesyen antarabangsa. Untuk musim SS26, pelakon dan personaliti fesyen ini mencuri tumpuan dengan kehadirannya di enam jenama utama di Milan Fashion Week. Antaranya Sportmax, Jimmy Choo, Emporio Armani, Prada, Max Mara, dan Fendi. Dengan gaya yang semakin matang dan sofistikated, Eyka tampil dengan keyakinan yang menyerlahkan sisi baharunya sebagai ikon fesyen Malaysia yang berani dan versatil. Setiap satu jenama digayakan oleh Eyka Farhana dengan sempurna, melambangkan nama-nama besar itu. Walaupun berbadan kecil, namanya cukup besar.
#2 Ameera Khan
Sudah menjadi wajah yang dinanti-nantikan di barisan hadapan, Ameera Khan terus mengukuhkan statusnya sebagai ‘fashion darling’ Asia di musim ini. Dari Balmain hingga ke Gucci, Ameera menghadiri pertunjukan jenama mewah seperti Miu Miu, Dolce & Gabbana, Tods, Emporio Armani, Prada, Max Mara, dan Fendi. Setiap penampilan Ameera membawa sentuhan feminin dan chic yang menjadi identitinya. Elegan namun masih effortless, menjadikannya antara figura muda paling berpengaruh di pentas fesyen global. Milan dan Paris, dua kota romantik dan sofistikated, seperti Ameera sendiri.
#3 Christinna Kuan
Bintang digital dan usahawan fesyen, Christinna Kuan atau lebih dikenali sebagai @ms_kuan, membuktikan bahawa gaya dan personaliti boleh berjalan seiring. Musim ini, Christinna menghadiri sederet jenama terkemuka termasuk Ganni, Christian Louboutin, Maje Paris, Karl Lagerfeld dan Emporio Armani. Tidak ketinggalan, Onitsuka Tiger, Dolce & Gabbana, MSGM, Max Mara, Moschino, BOSS, Fendi, dan Gucci. Mungkin peribadinya yang peramah itu menangnkap hati jenama-jenama ini. Dengan gaya yang berani dan sentiasa bereksperimen, kehadirannya menambah warna pada dunia fesyen, sekaligus membawa nama Malaysia ke hadapan barisan elit gaya antarabangsa.
Pautan berkaitan: BARISAN SELEBRITI LELAKI ASIA DI PARIS FASHION WEEK SS26
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PARK BO-GUM KINI DUTA OMEGA, MEMAKAI KOLEKSI SEAMASTER PLANET OCEAN DALAM KEMPEN RASMI
Bagi Park, menjadi duta OMEGA merupakan satu penghormatan besar dan peluang berkongsi falsafah dan nilai jenama tersebut peringkat global.
DIOR JETT, BEG BAHARU FOKUS DIOR UNTUK MUSIM BUNGA 2026
Dior Jett, siluet baharu antara warisan dan kemodenan. Beg musim baharu yang patut dimiliki. Terdapat dua rekaan sebagai pilihan peribadi.
6 ARTIS WANITA YANG BERKAHWIN PADA TAHUN 2025
Barisan artis wanita melakar detik indah pada tahun 2025 apabila memilih untuk berkahwin dengan jejaka pilihan hati mereka.
6 INFLUENCER PEREMPUAN YANG BERPENGARUH DI MALAYSIA KINI
GLAM Lelaki mengetengahkan enam influencer perempuan yang kini mendominasi ruang media sosial melalui pengaruh dan kapakaran dalam kandungan masing-masing.
5 JENAMA YANG PERNAH RIDZMAN ZIDAINE, MODEL MALAYSIA, PERAGAKAN DI FASHION WEEK
Ridzman Zidaine semakin mendapat perhatian di pentas fesyen global apabila wajahnya sering menghiasi runway rumah-rumah fesyen ternama dunia.
GL THE MAN AWARDS 2025, “GAME CHANGER”-RIDZMAN ZIDAINE
Ridzman Zidaine melakar sejarah sebagai model lelaki Malaysia pertama di melewati pentas Louis Vuitton untuk beberapa musim berturut-turut.











