FATTAH AMIN DEDIKASI UCAPAN ULANG TAHUN MENYENTUH HATI BUAT ISTERI, AMIRA OTHMAN
“Saya mencintai kamu kerana Tuhan, dan hanya Dia yang tahu sedalam mana cinta ini.”
Pelakon dan penyanyi terkenal Fattah Amin sekali lagi mencuri perhatian apabila menzahirkan ucapan penuh kasih buat isterinya, Amira Othman, sempena ulang tahun kelahiran penyanyi itu yang ke-32.
Dalam hantaran di Instagram, Fattah menulis mesej yang sarat dengan rasa syukur dan cinta. Hantaran itu menggambarkan Amira sebagai “anugerah dari syurga” serta sumber kekuatannya dalam kehidupan berumah tangga.
“Selamat hari lahir kepada isteriku, Nadia Amira binti Othman — anugerah dari syurga. Semoga tahun baharu ini, bersama rumah yang baru kita bina, menjadikan kamu kuat menghadapi hari-hari mendatang, sama ada hujan atau panas,” tulis Fattah.
“Suamimu sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu — semoga hidupmu diberkati, dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahi rezeki, dan terus menjadi inspirasi kepada semua yang mengenalimu. Saya mencintai kamu kerana Tuhan, dan hanya Dia yang tahu sedalam mana cinta ini,” tambahnya lagi.
Ucapan tersebut segera menarik perhatian peminat dan pengikut media sosial, dengan ramai yang tersentuh melihat keakraban pasangan ini. Amira turut membalas mesej suaminya dengan penuh kasih, menyifatkan Fattah sebagai “suami dari syurga” sambil mendoakan segala kebaikan buatnya.
Pasangan ini yang melangsungkan perkahwinan secara tertutup pada 14 September lalu di sebuah resort mewah di Sepang. Pasangan ini kembali diraikan dalam satu majlis resepsi istimewa di Melawati Convention Centre, Hulu Klang, malam tadi. Majlis resepsi kali ini lebih meriah dengan kehadiran barisan selebriti seperti Chakra Khan, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Wany Hasrita, MK K-Clique, dan juga biduanita Negara Datuk Siti Nurhaliza. Para peminat bertuah juga hadir untuk turut berkongsi detik bahagia mereka.
Momen romantik antara Fattah dan Amira ini bukan sekadar sambutan ulang tahun, tetapi lambang kematangan cinta dua figura seni yang kini melangkah ke fasa baharu kehidupan dengan penuh ketenangan dan doa.
Artikel Berkaitan: FATTAH AMIN & AMIRA OTHMAN: PESONA BUSANA “SETULUS TAKDIR”
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 PERSONALITI LELAKI TAMPIL STYLISH DALAM REKAAN RIZMAN RUZAINI
Hael Husaini, Anuar Zain, Syamel, Fattah Amin dan Nicholas Saputra tampil memikat dalam rekaan eksklusif Rizman Ruzaini.
GL25: SOROTAN YANG MENCORAKKAN BUDAYA LELAKI MODEN
Tahun 2025 sekali lagi menyaksikan bagaimana GLAM Lelaki terus memimpin naratif gaya hidup lelaki Malaysia melalui GL25.
GL25: SOROTAN PENUH GAYA BERSAMA GLAM LELAKI 2025
GLAM Lelaki mengimbau kembali detik-detik berharga bersama selebriti, GL Team dan pelbagai jenama sepanjang 2025 dalam GL25.
TOTAL GROOMING CHECK: SELEBRITI LELAKI MALAYSIA DENGAN GAYA RAMBUT PALING ‘ON-POINT’
Total Grooming Check oleh GLAM Lelaki menyorot gaya rambut Robert Pattinson & selebriti lelaki Malaysia yang menjadi rujukan grooming moden.
Ernie Zakri, Fattah Amin, Adam Lee & Jazmy Juma Cemerlang di ABPBH ke-37
Ernie Zakri dinobatkan Bintang Paling Popular ABPBH 37, mengatasi saingan sengit daripada finalis top 5 lain.
6 ARTIS LELAKI YANG BERKAHWIN PADA TAHUN 2025
Tahun 2025 dipenuhi dengan berita artis-artis lelaki yang berkahwin bersama wanita pilihan mereka yang cukup jelita.











