GL PICKS: 9 JAM TANGAN LELAKI PALING ‘ON-TOP’ TAHUN INI
Bagi lelaki moden, jam tangan bukan sekadar alat penunjuk masa. Malah ia menjadi pernyataan gaya, ketepatan dan karakter bagi sesetengah individu. Dari gaya klasik hingga sporty, sembilan model jam tangan lelaki ini membuktikan bahawa ketepatan masa boleh tampil seanggun pemakainya.
Berikut merupakan jam tangan lelaki paling ‘on-top’ tahun ini, pilihan yang menggabungkan inovasi, reka bentuk dan aura maskulin yang tidak pernah lekang oleh masa.
#1 FOSSIL FB-01 AUTOMATIC
Sebuah pilihan versatil dan bergaya untuk lelaki yang mahukan jam tangan automatik pada harga berpatutan. Reka bentuk keluli tahan karat dengan dial moden memberi kesan kasual yang mudah disuai padan, sama ada ke pejabat atau hujung minggu. Kenapa On-Top: Minimal, lasak dan berjiwa muda. Sangat ideal untuk lelaki yang baru membina koleksi jam tangan.

#2 TISSOT PRX POWERMATIC 80
Ikon moden yang lahir daripada reka bentuk retro 70-an. Model ini menonjol dengan dial bertekstur, sistem automatik Powermatic 80 dan ketahanan hingga 100 meter. Jam tangan “go-to” untuk lelaki urban. Rekabentuknya yang kemas, elegan dan cukup versatil sangat sesuai dipadankan dengan sut mahupun kemeja T putih.

#3 OMEGA SPEEDMASTER
Dikenali sebagai “Moonwatch”, model ini melambangkan sejarah dan status. Dilengkapi kronograf, reka bentuk klasik dan prestasi Swiss yang tiada tandingan. Pilihan ikonik bagi lelaki yang menghargai warisan dan kejuruteraan mewah dalam setiap detik.

#4 TUDOR BLACK BAY 41MM
Gabungan reka bentuk klasik dan jiwa pengembara. Dengan warisan Rolex yang kukuh, Black Bay menampilkan estetika sporty dan ketahanan luar biasa. Untuk lelaki yang percaya bahawa keanggunan sebenar datang daripada keteguhan dan bukan hanya sekadar penampilan.

#5 TAG HEUER FORMULA 1 CHRONOGRAPH
Rakan setia bagi lelaki aktif. Model ini diinspirasikan daripada dunia perlumbaan, lengkap dengan fungsi kronograf dan rekaan maskulin yang berani. Simbol tenaga dan prestasi tinggi — untuk lelaki yang hidupnya sentiasa dalam pecutan.

#6 RADO CAPTAIN COOK AUTOMATIC CHRONOGRAPH
Rado terkenal dengan bahan tahan calar dan reka bentuk avant-garde. Model Captain Cook membawa semangat pengembaraan dengan sentuhan mewah yang tidak berlebihan. Untuk lelaki yang mahu tampil berbeza — sofistikasi yang hadir dalam kesederhanaan reka bentuknya.

#7 BELL & ROSS BR 03-41MM
Dengan rekaan berbentuk segi empat yang ikonik, Bell & Ross menggabungkan inspirasi ketenteraan dan dunia penerbangan. BR 03 menampilkan gaya industrial yang tegas namun elegan. Pilihan ideal bagi lelaki yang berani tampil unik dan menghargai estetika ketepatan teknikal.

#8 LONGINES SPIRIT AUTOMATIC 37MM
Longines terus mengangkat semangat peneroka masa lalu dengan model ini. Rekaannya klasik, dail hitam elegan dan ketepatan mekanikal yang halus. Untuk lelaki yang menghargai keseimbangan antara tradisi dan gaya moden. Timeless dalam setiap sudutnya.

#9 PATEK PHILIPPE CALATRAVA
Kemuncak kemewahan dan kehalusan buatan tangan Swiss. Calatrava ialah simbol prestij dan rasa hormat terhadap seni horologi. Bukan sekadar jam tangan, tetapi legasi yang diwariskan — lambang kejayaan sebenar seorang lelaki.

Daripada Fossil hingga Patek Philippe, setiap jam tangan dalam senarai ini membawa keperibadian tersendiri dari gaya kasual ke elegan dan dari prestasi ke warisan. Apa pun pilihan anda, ingat bahawa jam tangan bukan hanya tentang masa, tetapi tentang bagaimana anda menghargai setiap detiknya.
Artikel Berkaitan: DETIK BERGAYA LONGINES MENYAMBUT MUSIM PERAYAAN DENGAN SENTUHAN ABADI
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LVMH WATCH WEEK 2026: SOROTAN KOLEKSI TAG HEUER YANG MEMUKAU
LVMH Watch Week 2026 memperkenalkan inovasi dan reka bentuk terbaru dalam dunia jam tangan mewah, termasuk koleksi istimewa dari TAG Heuer.
RADO TRUE SQUARE SKELETON: MEKANIKAL KOMPLEKS DALAM BINGKAI SERAMIK
Rado memperkenalkan True Square Skeleton dengan rekaan seramik hitam, pergerakan skeleton R808 dan berlian baguette.
5 DUTA JAM TANGAN TERKINI DARI KOREA SELATAN
Korea Selatan turut menguasai dunia jam tangan sebagai duta jenama dan menjadi bukti impak mereka kepada dunia.
8 DUTA JAM OMEGA YANG BERPENGARUH & IKONIK
Gabungan bintang Hollywood, atlet hebat dan ikon hiburan antarabangsa menjadikan lapan duta jam Omega ini antara yang diingati dan ikonik.
PARK BO-GUM KINI DUTA OMEGA, MEMAKAI KOLEKSI SEAMASTER PLANET OCEAN DALAM KEMPEN RASMI
Bagi Park, menjadi duta OMEGA merupakan satu penghormatan besar dan peluang berkongsi falsafah dan nilai jenama tersebut peringkat global.
OMEGA RAIKAN KOLEKSI PLANET OCEAN BAHARU DI CHONGQING, CHINA
OMEGA melancarkan koleksi Planet Ocean baharu di Chongqing dengan pameran seni, instalasi lautan dan kehadiran selebriti antarabangsa.











