Skip to content

KESIHATAN MENTAL BUKAN LAGI TOPIK ‘TABOO’: MENGENALI SUARA DI SEBALIK SENYAP

Kongsikan artikel ini

International Men’s Day bukan hanya tentang meraikan kejayaan lelaki, tetapi juga ruang untuk bercakap tentang isu yang sering disorokkan seperti kesihatan mental. Selama bertahun-tahun, lelaki diajar untuk “keras”, “diam”, dan “selesaikan sendiri”. Hakikatnya, sikap ini telah membuat ramai memendam tekanan sehingga membawa kepada kemurungan, kecemasan melampau dan dalam sesetengah kes, kecenderungan mencederakan diri. Di seluruh dunia, selebriti dan figura awam telah menamatkan hidup mereka kerana depresi yang tidak dirawat. Dan Malaysia bukan lagi pengecualian. Semakin ramai personaliti tempatan tampil mengakui bahawa mereka juga pernah berada di titik terendah. Hal ini membuka ruang penting untuk masyarakat memahami bahawa kesihatan mental bukan kelemahan, tetapi keperluan manusia.

SELEBRITI LELAKI MALAYSIA YANG BERANI BERSUARA

Datuk Remy Ishak

Siapa menyangka pelakon berkarisma ini pernah bergelut dengan depresi.  Datuk Remy pernah berkongsi bagaimana dia mengalami mood swing yang teruk, rasa sedih yang tidak berpenghujung dan kecenderungan untuk mengasingkan diri kerana fikirannya sentiasa bercelaru dan dipenuhi kemarahan yang sukar dijelaskan. Keberaniannya mengakui secara terbuka menonjolkan kenyataan yang sering diabaikan iaitu lelaki juga boleh hilang arah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)


Haqiem Rusli 

Penyanyi Haqiem Rusli juga pernah mencetuskan perhatian apabila mengumumkan hasrat untuk berhenti menyanyi akibat bergelut dengan kemurungan. Ketika itu, ramai yang menganggap ia sekadar gimik, namun keputusan Haqiem untuk menjalani pemeriksaan bersama pakar psikiatri akhirnya mengesahkan bahawa beliau mengalami ‘mild depression’. Pengakuan terbuka ini bukan sahaja menangkis spekulasi, tetapi menjadi peringatan bahawa tekanan emosi yang dialami lelaki sering tidak kelihatan di mata umum.  Justeru, ia wajar diberi perhatian serius.

FIGURA YANG MENGANGKAT ‘AWARENESS’ SECARA TERUS-TERANG

Daiyan Trisha -“Kita Manusia”

Daiyan menulis lagu “Kita Manusia” berdasarkan pengalaman peribadi dengan depresi, anxiety, depersonalisasi dan self-harm. Melalui kempen #KitaManusia, dia mengajak masyarakat untuk membuka ruang untuk bercerita dan meluah tanpa rasa malu. Ia mengajar kita bahawa struggle bukan sesuatu yang perlu dipendam.

Keanu Azman OCD Bukan Gimik, Tetapi Realiti Hidup

Dalam sesi bersama MIASA, Keanu berkongsi kisah hidup dengan Obsessive-Compulsive Disorder (OCD) dan intrusive thoughts. Pendedahan ini bukan sekadar memberi kesedaran, tetapi menunjukkan bahawa penyakit mental bukan watak, tetapi keadaan yang boleh dirawat.

Perjalanan beberapa selebriti wanita sebenarnya mencerminkan betapa beratnya stigma kesihatan mental dan bagaimana ia memberi inspirasi kepada masyarakat, termasuk lelaki. Berikut antara selebriti wanita Malaysia, berkongsi tentang mental health awareness ini. 

Diana Danielle

Diana Danielle pernah berkongsi detik mencemaskan ketika diserang anxiety attack. Ia membuatkan Diana Danielle bergelut dengan insomnia, nafas pendek dan rasa tidak stabil. Dia pernah juga mendedahkan diagnosis ADHD, sekali gus mematikan spekulasi salah seperti penyakit bipolar. Kejujurannya membuka perbualan penting seperti  kesihatan mental bukan cerita yang perlu disembunyikan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sinar Daily (@sinardailymy)

Ardell Aryana

Video Ardell dengan tangan menggeletar pada hari pernikahannya bersama Nadzmi Adhwa pernah tular sebelum ini. Ramai tidak tahu itu sebenarnya refleksi anxiety melampau yang Ardell hadapi. Ia mengingatkan kita bahawa senyuman di media sosial kadang-kadang menyembunyikan pergolakan yang besar dalam diri sesetengah individu.

Aina Abdul

Penyanyi bersuara besar ini juga tidak terlepas dan pernah berhadapan kemurungan kerana kariernya sebagai seorang penyanyi. Hilang keyakinan diri, tekanan dan terlalu banyak berfikir menolak Aina ke titik paling rendah. Kini, Aina Abdul berdiri sebagai simbol bangkit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Artikel Berkaitan: HARI LELAKI ANTARABANGSA: KEKUATAN SEBENAR ADALAH BERANI UNTUK BERSUARA

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

HARI LELAKI ANTARABANGSA: KEKUATAN SEBENAR ADALAH BERANI UNTUK BERSUARA

HARI LELAKI ANTARABANGSA: KEKUATAN SEBENAR ADALAH BERANI UNTUK BERSUARA

Bacaan Lanjut
LELAKI DAN PERUBAHAN: MENYEIMBANGKAN KEJAYAAN & KESIHATAN MENTAL

LELAKI DAN PERUBAHAN: MENYEIMBANGKAN KEJAYAAN & KESIHATAN MENTAL

Bacaan Lanjut
SELEBRITI TEMPATAN YANG MENJADI WAJAH JENAMA ANTARABANGSA

SELEBRITI TEMPATAN YANG MENJADI WAJAH JENAMA ANTARABANGSA

Bacaan Lanjut
REMY ISHAK DIKURNIAKAN GELARAN DATUK

REMY ISHAK DIKURNIAKAN GELARAN DATUK

Bacaan Lanjut
Kahar Kapla High Council

KENALI 5 BARISAN PELAKON UTAMA KAHAR KAPLA HIGH COUNCIL

Bacaan Lanjut
Daiyan Trisha

DISTOPIA ROMANTIK DAIYAN TRISHA DAN MEERQEEN DALAM ‘MY HOME IS IN YOUR ARMS’

Bacaan Lanjut