Skip to content

THE ASIAN HOT CHEF LIST: 5 WAJAH KULINARI PALING MENARIK 2025

Kongsikan artikel ini

Dunia kulinari bukan lagi sekadar tentang rasa dan teknik. Hari ini, chef lelaki tampil sebagai figura kreatif yang penuh karisma, personaliti dan gaya tersendiri. Sekali gus, menjadikan mereka bukan sahaja hebat di dapur, tetapi juga menarik perhatian di luar dapur. Daripada chef selebriti hingga pengusaha restoran, berikut ialah enam chef lelaki paling “hot” sekitar asia yang mencetus inspirasi.

1. CHEF NIK MICHAEL IMRAN (MALAYSIA)

Chef Nik Michael sememangnya ikon kulinari Malaysia masa kini. Dikenali melalui MasterChef Malaysia, dia membawa aura “friendly neighbourhood chef” dengan personaliti hangat, berkarisma namum lebih santai dan mempunyai kreativiti yang tinggi dalam setiap resipi. Tidak sekadar menawan penonton dengan senyumannya, Chef Nik Michael juga terkenal dengan kepakarannya dalam kulinari moden, fusion dan masakan tradisi yang diolah semula secara berjiwa muda.

Dia  juga aktif berkongsi tip memasak yang mudah, praktikal dan bergaya. Menjadikan namanya relevan dalam dunia kulinari digital hari ini. Pendek kata, Chef Nik Michael adalah definisi ‘hot chef’ versi Malaysia: bakat hebat, rupa menarik, dan personaliti yang genuine.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nik Michael Imran (@nik9_)

2. CHEF SHERSON LIAN (MALAYSIA)

Dengan gaya maskulin urban dan vibe yang energetik, Chef Sherson Lian bukan sekadar chef tetapi entertainer. Gabungan skil memasak, bakat mengacara dan personaliti yang penuh tenaga menjadikannya antara personaliti kulinari paling “recognisable” di negara ini. Dari rancangan TV hingga kolaborasi restoran, Sherson sentiasa tampil dengan idea baru dan plating yang penuh seni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sherson Lian (@shersonlian)

3. CHEF ARNOLD POERNOMO (INDONESIA)

Juri MasterChef Indonesia ini sudah lama menjadi “celebrity crush” serantau. Bukan sahaja kacak dengan gaya rambut signature dan senyuman sinis manis, tetapi juga bijak dan tegas. Chef Arnold ialah definisi good looks + sharp wit + culinary power.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Arnold poernomo (@arnoldpo)

4. CHEF CHRIS HO (CHINA)

Chef Chris Ho dari Hong Kong, China terkenal dengan sentuhan moden dalam setiap hidangan. Menampilkan plating yang kemas dan terperinci. Personaliti dia sebagai seorang gentleman yang sentiasa rapi menambahkan lagi aura profesional dan karisma yang sukar ditandingi. Gaya Chef Chris Ho mencerminkan antara chef bergaya Asia Timur. Minimalis, sleek, namun penuh keanggunan. Setiap penampilan dan persembahannya memancarkan aura stylish yang memikat peminat kulinari. Hot Factor: penampilan bersih, tenang, dan daya tarik klasik yang memukau.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Arbor (@arborhk)

5. CHEF BAE KYUNG JUN (KOREA)

Chef Bae Kyung‑jun, dikenali dalam Culinary Class Wars Netflix, adalah seorang chef yang sangat berdisiplin dan kompeten. Dia pernah bekerja di restor­an bertanda Michelin, bahkan pernah menjadi ‘apprentice chef’ di Mosu di bawah Chef Ahn Sung‑jae. Kini dia mengetuai restoran kayu api Bornyon di Seoul, memancarkan kehangatan dan keaslian melalui setiap hidangan. Gaya masakannya menunjukkan keseimbangan antara teknik haute cuisine dan semangat tradisional Korea, dengan perhatian teliti ke setiap butiran. Persona Chef Bae Kyung jun menonjol sebagai sosok tenang, serius namun sangat berkarisma. Membawa aura chef yang matang dan meyakinkan. Hot Factor: dedikasi, kepakaran Michelin, aura tenang tetapi penuh kewibawaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 배경준 Kyung Jun Bae (@kj_bae)

Artikel Berkaitan: 6 PERSONALITI DENGAN KERJAYA DAN GAYA HIDUP YANG ‘CEMERLANG’

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KENALI LEE CHAE-MIN, RAJA KACAK DALAM DRAMA BON APPÉTIT, YOUR MAJESTY

KENALI LEE CHAE-MIN, RAJA KACAK DALAM DRAMA BON APPÉTIT, YOUR MAJESTY

Bacaan Lanjut

PELAKON LELAKI PALING MENARIK DALAM NETFLIX WEDNESDAY MUSIM 2

Bacaan Lanjut
7 FILEM DAN SIRI BAHARU DI NETFLIX PATUT TONTON

7 FILEM DAN SIRI BAHARU DI NETFLIX PATUT TONTON

Bacaan Lanjut
KEHANGATAN FILEM ANIMASI NETFLIX, K-POP DEMON HUNTERS

KEHANGATAN FILEM ANIMASI NETFLIX, K-POP DEMON HUNTERS

Bacaan Lanjut
Squid Game season 3

BAHAGIAN TERBURUK DALAM SQUID GAME SEASON 3 (SPOILER ALERT)

Bacaan Lanjut
KENALI 7 PELAKON SIRI NETFLIX TERBARU, BET

KENALI 7 PELAKON SIRI NETFLIX TERBARU, BET

Bacaan Lanjut