FITNESS GOALS 2025: CARA LELAKI KEKAL KONSISTEN DENGAN GAYA HIDUP SIHAT
Di tahun 2025, fitness goals membuka lembaran baharu untuk lelaki yang mahu membina disiplin, kekuatan dan gaya hidup lebih sihat.
Dalam dunia lelaki moden, kesihatan bukan lagi sekadar pilihan, ia ialah satu identiti. Tahun 2025 menyaksikan transformasi besar dalam cara lelaki menjaga fizikal, mental dan kesejahteraan serta fitness goal yang sempurna. Bukan hanya tentang bentuk badan, tetapi disiplin, kestabilan emosi, dan kehidupan yang lebih seimbang.
Berikut ialah tiga aspek utama untuk kekal konsisten sepanjang tahun: disiplin mental, trend senaman terkini, dan kaedah pemulihan yang semakin penting bagi lelaki hari ini.
Disiplin Mental: Asas Segala Perubahan
Ramai lelaki gagal bukan kerana mereka malas, tetapi kerana mereka tidak mempunyai sistem. Konsistensi bermula dalam minda.
• Tetapkan Matlamat Jelas & Realistik
Bukan sekadar “nak kurus” atau “nak badan cantik”. Tentukan target spesifik. Contohnya, 5kg lemak berkurang dalam 12 minggu, atau 3 sesi gym setiap minggu.
• Hack Minda Dengan Tabiat Kecil
Tabiat kecil membantu membina momentum. Seperti contoh, minum segelas air selepas bangun tidur, berjalan 10 minit selepas makan atau lakukakn senaman regangan selama 5 minit sebelum mandi. Kemenangan kecil membawa ke disiplin jangka masa panjang.
• Latih Pemikiran Atlet
Fokus pada proses, bukan kesempurnaan kerana konsisten lebih penting.

Trend Senaman 2025: Latihan Yang Dominan Tahun Ini
Tahun 2025 menyaksikan lebih ramai lelaki memilih latihan yang ringkas, efisien, dan terbukti berkesan.
• Functional Strength Training
Latihan seperti deadlift, kettlebell swings dan sled push.
Fokus pada kekuatan asas, mobiliti, dan movement yang membantu aktiviti harian.
• Latihan Hybrid
Gabungan cardio endurance + strength (seperti latihan atlet MMA atau cross-training).
Contoh: 20 minit berbasikal dan 20 minit weights.
• Sesi Pendek dan Berintensi Tinggi
Micro-workouts 20 minit semakin popular untuk lelaki sibuk.
Cepat, padat, berpeluh.

Kaedah Pemulihan: Rahsia Performance Yang Konsisten
Kekuatan sebenar datang dari pemulihan. Tahun 2025 menekankan bahawa pemulihan sama penting seperti latihan itu sendiri.
• Ice Bath & Cold Exposure
Teknik ini menjadi rutin ramai atlet dan pempengaruh.
Tujuannya ialah untuk mengurangkan keradangan, tingkatkan ketahanan mental dan segarkan sistem saraf.
• Percussion Massage
Membantu otot pulih lebih cepat, mengurangkan ketegangan.
• Tidur Yang Cukup
8 jam bukan sekadar nasihat. Ia ialah supplement semula jadi.
Trend terkini untuk membantu lelaki tidur ialah menggunakan mask mata, makan magnesium atau hentikan penggunaan telefon bimbit 1 jam sebelum tidur.

Untuk tahun 2025, fit bukan hanya tentang bentuk badan, ia tentang disiplin, kesihatan mental, dan stamina jangka panjang. Lelaki yang berjaya mencapai fitness goals tahun ini bukan yang paling kuat, tetapi yang paling konsisten.
Pautan berkaitan: 6 IDOL LELAKI KOREA YANG KERAP BERSENAM SEBAGAI INSPIRASI
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 MANFAAT YOGA UNTUK KESIHATAN LELAKI
Senaman yoga sering dikaitkan dengan wanita, namun ini tidak bermakna kaum lelaki tidak boleh mengamalkannya.
5 SENAMAN UNTUK JAWLINE LEBIH MENONJOL
Jawline atau rahang lelaki yang menonjol dianggap sebagai salah satu ciri yang paling menarik dan seksi. GLAM Lelaki mengesyorkan 5 senaman yang boleh dipraktikkan di rumah nanti.
CUBA SENAMAN INI UNTUK KEMPISKAN PERUT
2023 bakal melabuhkan tirai, tapi adakah azam anda untuk menguruskan badan sudah tercapai? Jika belum, ikuti 5 senaman ini yang boleh membantu anda untuk mendapatkan perut yang kempis.
4 TIP SENAMAN ABS YANG BERKESAN
Memiliki abs dengan six-pack adalah impian setiap lelaki. Tetapi ramai masih tidak tahu akan senaman yang perlu dilakukan. GLAM Lelaki senaraikan beberapa tip senaman abs yang berkesan.
5 SENAMAN TERBAIK UNTUK KURANGKAN SAKIT PINGGANG
Anda mempunyai masalah sakit pinggang sehingga menjejaskan aktiviti harian? Cuba senarai senaman ini untuk mengurangkan rasa sakit.
5 SENAMAN KAKI YANG PATUT ANDA LAKUKAN DI GYM
Ia tidak selalunya menyeronokkan tetapi quote terkenal kata, anda tidak boleh sekali-kali skip rutin senaman kaki. Lagipun, kaki anda merupakan separuh badan anda dan senaman kaki yang betul boleh menyumbang penampilan lebih terbentuk.











