HAUS NOWHERE BANGKOK BAKAL DIBUKA DI ICON SIAM, BUTIK TAMBURINS PERTAMA DI ASIA TENGGARA
HAUS NOWHERE BANGKOK bakal membuat debut meganya di Icon Siam pada 10 Disember 2025 dengan kehadiran Felix dari Stray Kids.
Memperkenalkan pengalaman runcit revolusioner yang belum pernah dilihat di pasaran. Meneruskan kejayaan HAUS NOWHERE DOSAN di Sinsa-dong, Seoul, serta rangkaian di Shanghai, Shenzhen dan HAUS NOWHERE SEOUL. Ibu pejabat baharu IICOMBINED setinggi 14 tingkat yang turut menempatkan ruang runcit di Seongsu-dong ini bakal mengadakan pembukaan di Bangkok. Ini menjadikan ini destinasi kelima dalam rangkaian global tersebut.
![]()
Selepas pembukaan butik GENTLE MONSTER pertama di EmQuartier Bangkok pada September 2023 dan butik kedua di Siam Paragon pada September 2025, pelancaran butik ketiga GENTLE MONSTER bersama butik TAMBURINS pertama di Bangkok menandakan satu detik penting. Pembukaan ini juga menjadi penanda kehadiran rasmi TAMBURINS di seluruh Asia Tenggara. Mereka bakal melengkapkan rangkaiannya selepas Korea, China dan Jepun.
![]()
Menambah keterujaan buat para peminat, duta jenama TAMBURINS, Felix dari Stray Kids akan membuat penampilan khas di pembukaan besar-besaran TAMBURINS pada 8 Disember. Demi meraikan pelancaran ini, TAMBURINS memperkenalkan versi eksklusif Thailand bagi minyak wangi berbentuk telur ikonik mereka. Kali ini, ia dihiasi bunga lilawadee di bahagian atas dan dikeluarkan dalam kuantiti terhad. Selain itu, dog keychain 2ml edisi eksklusif Thailand turut ditawarkan mengikut jumlah pembelian. Sebelum Bangkok, Felix turut menghadiri acara pembukaan HAUS NOWHERE ketika di Sinsa-dong, Seoul. Kehadiran hangatnya merupakan sebagai duta jenama TAMBURINS, GENTLE MONSTER dan ATiiSSU.
Mulai 10 Disember, butik baharu ini akan dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam, terletak di Main Floor, Icon Siam, Bangkok.


Tentang HAUS NOWHERE
HAUS NOWHERE oleh Gentle Monster merupakan projek ruang runcit yang melangkaui konsep tradisional, mencipta pengalaman yang digelar sebagai ‘FUTURE RETAIL’. Ia menolak batasan kebiasaan dan menampilkan ruang yang menggabungkan seni, teknologi, naratif dan rekaan avant-garde. HAUS NOWHERE kini sedang berkembang pesat dengan kehadiran di Seoul, Shanghai dan Shenzhen, sambil terus merancang peluasan global.
Tentang TAMBURINS
TAMBURINS ialah jenama minyak wangi yang meneroka wilayah kecantikan yang aneh, unik dan luar kebiasaan. Setiap wangian dihasilkan melalui gabungan penceritaan visual yang diinspirasikan oleh detik-detik dunia sebenar, dipadukan dengan teknik perwangian yang sofistikated dan halus. TAMBURINS berdedikasi kepada komunikasi sensori yang melangkaui pengalaman biasa — mempamerkan seni melalui objek, lukisan dan persembahan — lalu menjadikan setiap ruang butik sebagai sebuah naratif dan pameran artistik.
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL PLAYLIST: 10 LAGU STRAY KIDS WAJIB DIDENGARI SEMPENA COMEBACK ‘DO IT’
Stray Kids kembali dengan lagu hentakan terbaharu mereka melalui SKZ IT TAPE ‘DO IT’, sekaligus menghidupkan semula hype global STAY.
10 SELEBRITI LELAKI YANG MENJADI WAJAH JENAMA KECANTIKAN
Jenama kecantikan kini menjadikan selebriti lelaki sebagai wajah mereka juga, sebagai simbolik bahawa jenama mereka tidak mengira jantina.
ROMAN EMPIRE, LAGU BANG CHAN BUAT FENDI
Bang Chan, duta jenama FENDI berjaya menggabungkan muzik dan fesyen dalam single terbarunya, Roman Empire, kolaborasi bersama jenama itu.
BARISAN SELEBRITI LELAKI ASIA DI PARIS FASHION WEEK SS26
Barisan selebriti lelaki Asia yang menghiasi Paris Fashion Week SS26 membawa identiti jenama masing-masing dengan penuh gaya tersendiri.
DOMINASI SELEBRITI LELAKI ASIA DI MILAN FASHION WEEK SS26
Milan Fashion Week SS26 baru sahaja melabuhkan tirai dengan koleksi menawan serta kehadiran selebriti-selebriti lelaki Asia yang menawan.
8 KONSERT K-POP PEMINAT HARAP BAKAL HADIR DI MALAYSIA
Walaupun Malaysia menjadi hotspot konsert K-Pop, masih banyak kumpulan yang peminat di Malaysia harap bakal hadir untuk konsert jelajah dunia.











