KENALI ANAK GENIUS ENGKU ALEESYA, ANAK KEPADA PRIMADONA PERFILEMAN MELAYU, ERRA FAZIRA
Di sebalik nama besar Erra Fazira yang telah menguasai dunia perfileman Malaysia selama lebih dua dekad, berdiri seorang anak perempuan yang semakin mencuri perhatian ramai: Engku Aleesya.
Meskipun membesar sebagai anak kepada figura ikonik industri hiburan, Aleesya tidak pernah menumpang populariti ibunya. Sebaliknya, Aleesya dikenali kerana kecerdikan, disiplin akademik, dan personaliti yang matang jauh mengatasi usianya. Ramai menyifatkannya sebagai “anak genius”. Bukan kerana sensasi media, tetapi kerana prestasi akademik yang konsisten, minat pembelajaran yang tinggi, dan cara dia membawa diri dengan penuh sopan santun di hadapan umum.
Anak kepada primadona perfileman Melayu, ERRA FAZIRA
Sebagai anak kepada primadona perfileman Melayu, Aleesya membesar dalam perhatian khalayak umum. Namun Erra Fazira sering menekankan pendidikan, nilai moral dan kesejahteraan mental sebagai keutamaan. Aleesya jarang mengejar limelight, namun setiap kemunculannya, sama ada di majlis rasmi atau sekadar posting ringkas bersama ibunya di media sosial. Aleesya turut hadir mengiringi ibunya dalam majlis pernikahan Erra yang berlangsung hari ini, mencuri perhatian ramai dengan aura matang, sopan dan elegan yang semakin menyerlah.
Walaupun masih muda, potensi Engku Aleesya semakin terserlah. Bukan sahaja melalui pembawaan diri yang matang, tetapi juga melalui pencapaiannya yang mengagumkan. Aleesya turut menyerlah sebagai penulis muda dengan menerbitkan sebuah buku kanak-kanak berbahasa Inggeris, membuktikan kreativiti dia berkarya. Aleesya meraih keputusan cemerlang IGCSE, termasuk A+ bagi First English Language, Matematik dan Fizik, serta A dalam Biologi, Sosiologi, dan Bahasa Malaysia. Menjadikannya antara pelajar high achiever di sekolah. Beauty with brains, Aleesya kini dijadualkan melanjutkan pengajian ke peringkat A-Level, membuka lembaran baharu untuk masa depannya yang kian bersinar.
Artikel Berkaitan: ERRA FAZIRA KINI ISTERI EZWAN ZAIN
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN
Ombak KLCC hadir sebagai destinasi gaya hidup di Kuala Lumpur, menggabungkan seni bina unik, seni, budaya dan pengalaman membeli-belah moden.
GAME, SET, STYLE! BOSS X AUSTRALIAN OPEN BAWA GAYA TENIS KE KUALA LUMPUR
Daripada gelanggang tenis ke pentas fesyen, BOSS menggabungkan elemen sukan dan gaya menerusi pelancaran koleksi BOSS x Australian Open.
G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG
Casio mengumumkan tambahan terbaharu kepada barisan jam tangan tahan lasak, G-SHOCK, dengan GMC-2500 dan GAC-2500.
GLAM LELAKI APRIL 2026: 5 UNDER 25
Untuk April 2025, GLAM Lelaki sajikan 5 Under 25, individu muda yang menonjol dalam bidang masing-masing, dan mempunyai pencapaian hebat.
KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI
Rado memperkenalkan jam tangan Edisi Terhad terbaharu yang dihasilkan melalui kerjasama dengan Duta Jenama Global, Tan Jianci.











