DEVANO DANENDRA, BINTANG MUDA INDONESIA YANG SEMAKIN HANGAT
Indonesia kini diserikan dengan kehadiran bintang muda yang amat berbakat dalam dunia lakonan dan nyanyian, Devano Danendra.
Devano Danendra, yang dilahirkan di Indramayu pada 23 September 2002 merupakan antara bakat muda Indonesia yang semakin mencuri perhatian dalam industri hiburan. Pada usia 23 tahun, Devano telah membuktikan dirinya sebagai seorang penyanyi dan pelakon yang versatil. Dia juga dikenali sebagai anak lelaki kepada penyanyi dangdut dan pelakon terkenal Indonesia, Iis Dahlia.
Devano memulakan langkah awal dalam dunia seni pada tahun 2017. Namanya mula dikenali apabila dia melancarkan single sulung berjudul Always in Love With You bersama kakaknya, Salshadilla Juwita. Kakaknya turut bergiat aktif sebagai penyanyi. Lagu tersebut menjadi titik permulaan penting dalam kerjaya muzik Devano.
Setahun kemudian, Devano tampil dengan single solo pertamanya, Menyimpan Rasa. Ini sekali gus memperkenalkan identiti muziknya sendiri kepada pendengar. Pada tahun yang sama, dia meneruskan momentum dengan single kedua berjudul Ini Aku, yang kemudiannya dipilih sebagai lagu tema asal bagi filem Dear Nathan: Hello Salma. Lagu tersebut berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai penyanyi muda yang berbakat.
Baca: FILEM PANGKU, LAKONAN CLARESTA TAUFAN, FEDI NURIL & ARAHAN REZA RAHADIAN
Meneroka Dunia Lakonan
Selain nyanyian, Devano turut mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan. Debut lakonannya bermula pada tahun 2018 apabila beliau membawakan watak Ridho dalam filem Dear Nathan: Hello Salma, sekuel kepada filem popular Dear Nathan. Penampilannya dalam filem tersebut menerima perhatian ramai dan membuka lebih banyak peluang lakonan buatnya. Selepas mengambil tempoh rehat selama hampir dua tahun, Devano kembali aktif dalam dunia lakonan pada 2021. Devano turut tampil dalam siri web pertamanya berjudul Teluk Alaska, dengan memegang watak Alister. Watak tersebut menandakan fasa baharu dalam kerjaya lakonannya dan membuktikan kematangannya sebagai seorang pelakon.
Antara filem terbaru yang dilakonkan oleh Devano Danendra ialah Pangku, yang diarahkan oleh Reza Rahadian. Ia turut dilakonkan oleh barisan pelakon Indonesia yang hebat seperti Claresta Taufan, Fedi Nuril dan Christine Hakim. Pangku menerima kejayaan yang tinggi dan penganugerahan dari Busan International Film Festival dan Indonesia Filem Festival.
Dengan bakat, disiplin dan sokongan peminat yang semakin bertambah, Devano Danendra terus melangkah yakin sebagai bintang muda Indonesia yang kian bersinar dan relevan dalam industri hiburan masa kini.
Pautan berkaitan: TOTAL GROOMING CHECK: SELEBRITI LELAKI PALING FIT 2025
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
6 PERKARA TENTANG INFLUENCER DARI JAKARTA, INDONESIA, GABRIEL PRINCE
Salah seorang figura yang semakin mencuri perhatian ialah Gabriel Prince, influencer dan bintang media sosial dari Jakarta, Indonesia. Kenali 6 perkara tentang Gabriel Prince.
“PRIVACY IS A LUXURY” – REZA RAHADIAN
Eksklusif digital cover Ogos 2025, GLAM Lelaki tampilkan ikon filem dan pelakon hebat dari Indonesia, Reza Rahadian. Yang telah meraih pelbagai anugerah dan gelaran sepanjang dua dasawarsa berkarya.
LIMA KARAKTER FILEM IKONIK LAKONAN REZA RAHADIAN
Reza Rahadian terkenal sebagai pelakon yang memiliki versatiliti luar biasa dalam membawa karakter dengan penuh penghayatan.
5 FILEM TERBAIK ARIO BAYU, AKTOR BERKARISMA DALAM SIRI GADIS KRETEK
Ario Bayu telah menjayakan pelbagai watak dari sultan ke presiden, malah pernah membintangi filem Hollywood di samping Kellan Lutz dan Mickey Rourke.
5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG PELAKON ‘GADIS KRETEK’, ARYA SALOKA
Arya Saloka membintangi siri Netflix, “Gadis Kretek” sebagai Lebas yang turut menampilkan barisan pelakon berbakat seperti Dian Sastrowardoyo, Ario Bayu dan Putri Marino.
5 FILEM HEBAT LAKONAN AKTRES GADIS KRETEK, DIAN SASTROWARDOYO
Selain Gadis Kretek yang tular baru-baru ini, semak beberapa lagi karya terbaik lakonan Dian Sastrowardoyo.











