CLUB21 LAB ANGKAT JENAMA TEMPATAN KE BUTIK THE SHOPPES
CLUB21 Lab bawakan jenama lokal seperti Anaabu, All Love, Ghostboy dan banyak lagi ke butik baharu di The Shoppes at Four Seasons KL.
CLUB21 Lab, konsep kedai multi-jenama terbaharu di The Shoppes at Four Seasons Place Kuala Lumpur, telah rasmi dibuka menerusi acara pelancaran eksklusif pada 18 Disember 2025. Majlis ini menghimpunkan komuniti fesyen Kuala Lumpur. Ini termasuk pempengaruh fesyen, rakan industri dan pereka tempatan. Acara ini sekali gus menandakan langkah penting dalam landskap runcit fesyen tempatan.
Lebih daripada sekadar pembukaan kedai, CLUB21 Lab tampil sebagai platform baharu yang meraikan kreativiti serantau dan memberi sokongan nyata kepada bakat tempatan. Buat pertama kalinya dalam sejarah CLUB21, jenama tempatan Malaysia diterima masuk ke dalam ekosistem CLUB21. Ini merupakan satu pencapaian besar yang mengangkat fesyen tempatan ke pentas runcit bertaraf antarabangsa.
Baca: 6 LABEL TEMPATAN YANG MENDOMINASI TAHUN 2025
Butik ini menampilkan kurasi lebih 20 jenama, merangkumi label muda Asia dari Thailand dan Korea. Mereka juga seiring dengan kehadiran pereka tempatan Malaysia. Penekanan terhadap bakat tempatan jelas menjadi teras utama konsep CLUB21 Lab. Ia sejajar dengan visi untuk memupuk dan memperkasakan suara kreatif dari rantau ini.
Sorotan Jenama Tempatan Malaysia
Antara jenama tempatan yang diketengahkan di CLUB21 Lab termasuk All Love, Anaabu, ayaaya, Ghostboy dan SHALS. Penyertaan jenama-jenama ini bukan sahaja mencerminkan keyakinan CLUB21 terhadap kualiti dan identiti fesyen tempatan, malah membuka peluang lebih luas untuk pereka Malaysia berinteraksi dengan pelanggan yang lebih global dan sofistikated.

Anaabu di Club21 Lab

SHALS di Club21 Lab
Baca: TOTAL GROOMING CHECK: SELEBRITI LELAKI PALING FIT 2025
Konsep Ruang Yang Imersif & Instagrammable
Pengunjung berpeluang meneroka ruang kedai yang direka dengan konsep “pocket spaces” yang unik dan fotogenik. Setiap satu sudut ini menawarkan pengalaman gaya yang berbeza:
-
Grab & Go — Koleksi asas harian dan T-shirt ringkas untuk gaya mudah dan pantas.
-
Hearts Store — Rona feminin dengan gaun manis dan helaian ceria yang playful.
-
Beach Club — Siluet santai berinspirasikan percutian pulau dan suasana tropika.
-
Denim Bar — Zon denim khas dengan sentuhan kasual dan vibe ‘pizza shop’ yang cool.
-
Asia Talents — Ruang istimewa yang menonjolkan jenama Asia, dengan fokus kuat kepada pereka Malaysia.

Hearts Store Club21 Lab

Denim Bar Club21 Lab
Selain jenama tempatan, mereka turut membawa masuk label Thailand seperti Rally Movement, Mitr dan IAMIAM.Pace Shoes dan Dry Clean Only dijangka bakal menyusul tidak lama lagi. Jenama Korea popular seperti Carlyn, Margesherwood dan Rest & Recreation turut melengkapkan kurasi yang pelbagai dan segar.
Dengan pelancaran CLUB21 Lab, CLUB21 sekali lagi membuktikan keberanian mereka menolak sempadan runcit fesyen. Butik ini bukan sahaja menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih ekspresif dan berkonsep. Mereka turut menjadi simbol sokongan terhadap bakat tempatan — membuktikan bahawa jenama Malaysia kini berdiri seiring dengan label serantau dan antarabangsa dalam dunia fesyen kontemporari.
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
9 USAHAWAN FESYEN WANITA PENGGERAK REVOLUSI FESYEN KINI
Usahawan fesyen wanita di Malaysia semakin lama semakin membina nama di antara kalangan pereka-pereka hebat tempatan.
6 LABEL TEMPATAN YANG MENDOMINASI TAHUN 2025
Kini setaraf dengan label antarabangsa, label tempatan turut menjadi dominasi utama buat tahun 2025 yang meriah.
KENALI 10 ‘COOL KIDS’ GLAM LELAKI SEPERTI ALPHA DAN RAMAI LAGI
Untuk isu September 2025, GLAM Lelaki bawakan 10 individu terpilih sebagai cool kids untuk menggambarkan youth and trend GLAM Lelaki.
ENAM PEREKA FESYEN SOLO LELAKI YANG BAKAL BERAKSI DI KLFW 2025
Ketahui tujuh pereka fesyen solo lelaki yang bakal mementaskan koleksi terbaharu mereka di KLFW 2025 yang akan datang.
RAIKAN AIDILFITRI DENGAN KOLEKSI BAJU RAYA PILIHAN GLAM LELAKI
Debaran kian terasa, kita sudah semakin hampir dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi. Pasti ada di antara anda yang masih buntu untuk mencari baju raya yang tepat untuk melengkapkan penampilan Hari Raya dengan penuh bergaya.
ANAABU BLACK SERIES 2022, INJEKSI NUANSA HITAM
ANAABU mempersembahkan koleksi terbaru “Black Series 2022”. Lengkapi gaya anda di musim akhir tahun ini dengan himpunan praktikal.














