CHOPARD ICE CUBE SEMPENA TAHUN BARU ‘LUNAR 2026’
Sempena ketibaan Tahun Baru Cina 2026, Chopard sekali lagi membuktikan keunggulannya dalam dunia barang kemas mewah dengan memperkenalkan dua rekaan eksklusif terbaharu daripada koleksi ikonik Ice Cube. Kali ini. Maison Switzerland tersebut meraikan “Tahun Kuda” melalui sentuhan warna merah yang berani. Melambangkan kebebasan, tenaga dan kejayaan selari dengan tema Tahun Baru Cina kalini.
SENI GEOMETRI DENGAN SENTUHAN API
Sejak diperkenalkan, koleksi Ice Cube sinonim dengan pendekatan minimalis yang berpaksikan bentuk kubus, menghasilkan rekaan bersifat arkitektonik dan moden. Untuk edisi khas Tahun Baru Lunar ini, Chopard memperhalusi rekaan tersebut menerusi struktur tiga lapisan yang memperkukuh kejelasan geometrinya.
Setiap rekaan menampilkan dua barisan elemen Ice Cube berfaset dalam emas ros 18-karat, mengapit satu jalur tengah yang diperbuat daripada HyCeram® merah . Material berkualiti tinggi yang mengandungi 60% seramik. Kontras antara kilauan emas dan kemasan merah berkilat. Mencipta impak visual yang berani, selari dengan semangat Fire Horse, simbol tenaga tanpa batas dan cita-cita besar.

CHOPARD
MATERIAL HyCeram®
Penggunaan HyCeram® bukan sekadar pilihan estetik, tetapi lambang inovasi Chopard. Material ini menawarkan ketahanan tinggi terhadap calar dan haus, menjadikannya praktikal untuk gaya hidup aktif lelaki moden. Digabungkan dengan emas etika Chopard, ia mencerminkan keseimbangan antara kemewahan, ketelitian pertukangan dan kesedaran terhadap nilai kontemporari. Setiap Ice Cube kecil diukir menggunakan alat berlian eksklusif Chopard, menghasilkan sudut tajam dan kemasan tepat. Satu manifestasi ketelitian Swiss yang tidak berkompromi.
Koleksi ini hadir dalam dua variasi utama. Loket rantai yang menampilkan pendant tengah digantung pada rantai halus buatan dalaman Chopard, direka untuk bergerak bebas dan memantulkan cahaya dari setiap sudut. Seterusnya gelang bertali kord yang fleksibel dan selesa, sesuai digayakan dari acara perayaan hingga ke penampilan harian.

Loket Rantai dari CHOPARD

Gelang Cord dari CHOPARD
Dengan gabungan rekaan geometri, warna merah penuh simbolisme dan material inovatif, edisi khas Ice Cube ini bersifatkan falsafah moden seperti berani, bebas dan sentiasa bergerak ke hadapan. Ia bukan sekadar meraikan Tahun Baru, tetapi juga meraikan kejayaan peribadi dan aspirasi masa depan.
Artikel Berkaitan: JAM TANGAN CHOPARD TERBARU: KOLEKSI EKSKLUSIF DI WATCHES & WONDERS 2025
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
JAM TANGAN CHOPARD TERBARU: KOLEKSI EKSKLUSIF DI WATCHES & WONDERS 2025
Chopard memperkenalkan koleksi jam tangan terbarunya di Watches & Wonders 2025, menampilkan rekaan mewah dan ketukangan tinggi.
AWAL ASHAARI IS BACK ON THE COVER OF GLAM LELAKI!
Dua dekad mengukir langkah sebagai pengacara, pelakon dan personaliti media, Awal Ashaari kekal relevan dalam industri.
CHOPARD UNGGULI FESTIVAL FILM CANNES 2025
Chopard Cannes 2025 tampil dengan koleksi mewah, penghormatan kepada bintang baharu dan acara eksklusif penuh gaya di French Riviera.
GLAM LELAKI EDITORIAL EKSKLUSIF: AKHYAR RASHID & EYKA FARHANA SELAMAT BERGELAR SUAMI ISTERI
GLAM Lelaki secara eksklusifnya merakam momen indah dan mendekati kisah cinta the newlyweds, Akhyar Rashid dan Eyka Farhana.
KEMEWAHAN PERINCIAN TAHUN LUNAR 2020
Tikus, haiwan daripada keluarga rodensia dan mamalia ini dipaparkan terperinci laksana rumah arloji mewah terkemuka dunia.
5 JAM TANGAN RONA KEHIJAUAN TERBAIK
Rona hijau menerbitkan perkenalannya dengan jelas menerusi sebilangan rumah arloji, sekali gus mencerminkan karakter utama Institut Warna Pantone ini.











