LUNAR NEW YEAR 2026: KOLEKSI PERAYAAN DARIPADA PEREKA TEMPATAN
Menjelang Tahun Baru Lunar 2026, pereka tempatan tampil dengan interpretasi baharu busana perayaan yang tidak lagi terikat pada tradisi semata-mata. Daripada tailoring maskulin yang nostalgia, busana budaya yang bersifat spiritual, hinggalah rekaan kontemporari yang meraikan warisan dengan sentuhan moden.
Koleksi-koleksi ini mencerminkan kematangan dan keberanian fesyen Malaysia dalam menterjemah makna perayaan untuk generasi hari ini.
#1 FIZIWOO: WOO BROTHERS “LAU”
Sebagai lanjutan menswear kepada label mewah FIZIWOO, WOO BROTHERS menampilkan koleksi mereka yang bertajuk LAU. Koleksi Lunar New Year ini diinspirasikan oleh karisma effortless ikon Hong Kong, Andy Lau. Koleksi ini menampilkan gabungan tailoring tajam dan keanggunan maskulin yang santai. Diterjemahkan melalui palet warna lembut era 80-an yang mengimbau cahaya nostalgia malam Hong Kong. Ia adalah pendekatan lelaki moden terhadap busana perayaan yang ringkas dan berkarakter.

Gambar dari WOO BROTHERS
2) BEHATI TẾT CHĂM: LUNAR RAYA 2026
BEHATI terus mengangkat fesyen sebagai medium penceritaan budaya dan spiritual. Dalam koleksi TẾT CHĂM: Lunar Raya 2026, Tú Anh tampil dalam Áo Dài Chăm putih di puncak Gunung Hang Múa, Vietnam. Koleksi ini menceritakan sebuah simbol perjalanan dan ketenangan dalam setiap “look” yang dipersembahkan. Latar alam yang dramatik, langkah simbolik menaiki 500 anak tangga, serta penantian bulan baharu menjadikan koleksi ini satu refleksi mendalam tentang permulaan, kesucian dan harapan dalam konteks LUNAR 2026.
3) RIZMAN RUZAINI ‘SCION OF SAIGON’
Label mewah Rizman Ruzaini menyuntik keanggunan antarabangsa menerusi Scion of Saigon. Koleksi Lunar New Year yang diinspirasikan oleh sejarah dan dualiti romantik Ho Chi Minh City. Menggabungkan siluet tradisional Vietnam seperti áo dài dengan elemen moden dan pengaruh kolonial Perancis. Koleksi ini menampilkan perincian mewah seperti sulaman manik, broked eksklusif, motif orkid dan struktur bahu yang dramatik. Ia juga merupakan satu penghormatan kepada wanita moden yang kuat, elegan dan berjiwa bebas.

Gambar dari RIZMAN RUZAINI
4) KHOON HOOI x DRESSING PAULA
Untuk Tahun Baru Lunar 2026, Khoon Hooi memperkenalkan koleksi paling kontemporari dengan kolaborasi khas bersama Dressing Paula. Di samping siluet klasik signature Khoon Hooi, pereka veteran ini menyuntik elemen segar seperti denim, cetakan kotak, broked polka dot, potongan hem lebih pendek dan neckline unik. Pendekatan ini memberi fleksibiliti kepada si pemakai menjadikan busana ini boleh digayakan sebagai set perayaan atau dipisahkan untuk kegunaan harian. Hasilnya ialah koleksi yang santai, moden dan relevan.
5) YULEZA
Bagi Yuleza, koleksi Lunar New Year 2026 adalah dialog antara masa lalu dan masa hadapan. Di bawah visi kreatif You Sheng, koleksi ini memberi penekanan kepada ‘detail’, ‘craftmanship’ dan teknikal, menggabungkan jacquard tenunan khas dan sulaman tangan. Dengan siluet ringkas dan perincian sofistikated, Yuleza meraikan simbol berkat dan warisan seni bina Cina dalam bahasa fesyen yang tenang dan matang.
Artikel Berkaitan: LOKAL AVANT-GARDE & HIGH FASHION DESIGNER “ON YOUR RADAR”
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
CHOPARD ICE CUBE SEMPENA TAHUN BARU ‘LUNAR 2026’
Chopard meraikan Lunar 2026 dengan koleksi Ice Cube baharu dalam rona emas ros dan HyCeram merah, simbol kebebasan, tenaga dan kejayaan.
KOLEKSI RAYA 2026 UNTUK ANDA ‘LOOK FORWARD’ MULAI SEKARANG
KHATAM, PUTIH, SAMPIN EXCLUSIVEMY, FIZIWOO dan OMAR ALI adalah antara label yang paling dinanti-nantikan para lelaki menjelang pagi 1 Syawal
RECAP KLFW 2025: TREND FESYEN DI PENTAS KLFW 25
Sorotan penuh KLFW 2025 dengan trend fesyen terkini dari warisan moden hingga streetwear avant-garde, lihat gaya paling hangat di pentas.
OG`S OF MALAYSIAN FASHION: NAMA-NAMA IKONIK WARNAI KLFW 2025
Saksikan kemunculan semula barisan OGs of Malaysian fashion di KLFW25 yang terus memberi inspirasi di pentas fesyen tempatan.
KLFW 2025 DIBUKA DENGAN PENUH GAYA: MALAM PEMBUKAAN PALING BERGEMA
Malam pembukaan KLFW 2025 disajikan dengan Pretty-Ugly, OUTDWELL dan Rizman Ruzaini yang tampil dengan koleksi streetwear, dan glamor memukau.
AUGUSTIN ENG, PASANG IMPIAN BEKERJASAMA DENGAN PEREKA FESYEN LOKAL
Augustin Eng mula dikenali sejak dia aktif berkongsi content menarik di media sosial. GLAM Lelaki mengenali ‘content creator’ muda ini lebih dekat.











