Skip to content

MARDI MERCREDI RASMI BUKA FLAGSHIP STORE PERTAMA DI MALAYSIA, SURIA KLCC

Kongsikan artikel ini

Jenama fesyen berinspirasikan Perancis, Mardi Mercredi, kini secara rasmi menjejakkan kaki ke Malaysia. Dengan pembukaan butik flagship pertamanya di Suria KLCC. Ditubuhkan pada tahun 2018, jenama ini dikenali dengan rekaan witty, siluet timeless serta motif bunga ikonik yang menjadi identiti utama mereka. Gabungan estetika klasik dan sentuhan playful menjadikan Mardi Mercredi antara jenama gaya hidup yang digemari di peringkat global

Koleksi Eksklusif Malaysia: Hibiscus Sebagai Simbol

Sorotan utama pembukaan ini ialah T-shirt eksklusif Malaysia yang hadir dalam tiga pilihan warna elegan. Direka khas untuk pasaran tempatan, koleksi edisi terhad ini menampilkan bunga raya, bunga kebangsaan Malaysia, yang diinterpretasi melalui estetika floral khas Mardi Mercredi. Rekaan ini bukan sahaja meraikan identiti tempatan, tetapi turut mengekalkan bahasa visual ikonik jenama tersebut, menjadikannya koleksi yang bersifat simbolik dan kolektibel.

Koleksi Gaya Hidup Untuk Setiap Keperluan

Butik flagship ini turut menampilkan pelbagai rangkaian gaya hidup yang mencerminkan kepelbagaian identiti Mardi Mercredi.

Mardi Mercredi Active Line direka untuk wanita yang aktif, menggabungkan keselesaan dan gaya bagi aktiviti seperti yoga dan larian hujung minggu. Setiap helaian mengekalkan elemen kebebasan pergerakan dengan sentuhan estetik playful jenama ini

Signature Flower Logo Collection pula menampilkan sweatshirt, T-shirt dan kemeja dengan logo bunga ikonik. Koleksi ini menggabungkan garis rekaan bersih, grafik berani dan motif daisy yang menjadi simbol ekspresi individu dalam pemakaian harian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Lespetits: Dunia Kanak-Kanak Dalam Sentuhan Elegan

Untuk si kecil, jenama ini menawarkan koleksi kanak-kanak yang mengekalkan elemen whimsical jenama. Dihiasi dengan motif floral ikonik, koleksi ini menggabungkan gaya playful dan sofistikated, membolehkan kanak-kanak meneroka dunia dengan penuh gaya

Artikel Berkaitan: TOPTEN10 TERBANG DARI KOREA SELATAN KE MALAYSIA

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LOUIS VUITTON : POP-UP ART OF GIFTING DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut

RAYA PENUH GAYA: RAIKAN KEMERIAHAN DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
KLFW 2024

5 DETIK TERBAIK SEPANJANG KLFW 2024

Bacaan Lanjut
Lush Malaysia

LUSH MALAYSIA LANCAR STOR KE-10 DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
the table suria klcc

PENGALAMAN KULINARI JEPUN, THE TABLE KINI DIBUKA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut