BEN AMIR: SATU BABAK BAHARU DALAM CINTA DAN KEHIDUPAN
Dalam diam dan penuh makna, pelakon Ben Amir sekali lagi mencuri perhatian apabila memuat naik beberapa foto bersama pasangan dalam persalinan tradisional Melayu serba putih di Instagram. Lokasi di sebuah jeti di Pulau Siargao, Filipina menjadi latar yang menambah nuansa romantik dan simbolik, seolah-olah merakam permulaan sebuah fasa baharu dalam hidupnya.
Busana berona putih pasir pantai (Sand Pantone) daripada Zaimi Zulkafli. Warna putih pasir pantai ini sinonim dengan simbol pernikahan, mencetuskan persoalan besar dalam kalangan peminat. Adakah ini sekadar sesi ‘Pre-Wedding’ atau pengumuman tidak rasmi bahawa Ben Amir kini sudah bergelar suami?
Lebih mengundang spekulasi, Ben Amir hanya menyertakan kapsyen ringkas, “Tunggu bot sekejap”. Frasa yang tampak santai itu sebenarnya membawa lapisan makna, seolah-olah menggambarkan satu perjalanan menuju destinasi baru. Tanpa sebarang kenyataan rasmi, Ben Amir memilih untuk membiarkan visual dan suasana berbicara bagi pihaknya. Satu pendekatan yang simple, matang dan penuh makna bagi Ben dan juga pasangan.
Perjalanan Cinta Yang Tidak Tiba-Tiba
Hubungan Ben Amir dan pasangannya bukanlah kisah yang muncul secara mengejut. Pada hujung 2025, aktor itu berkongsi detik penting apabila kekasihnya melafazkan syahadah dan memeluk agama Islam, kini dikenali sebagai Liana Alara. Perkongsian itu menerima reaksi positif, sekali gus mengukuhkan spekulasi bahawa hubungan mereka sedang menuju ke arah ikatan yang lebih serius.
Apa yang membezakan hantaran ini daripada pengumuman selebriti lain ialah caranya disampaikan. Tanpa sidang media, tanpa tajuk sensasi, tetapi melalui simbolisme: pakaian putih, tatarias lembut, latar laut, dan ekspresi yang tenang.
Komen netizen dan rakan selebriti yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah seolah-olah menjadi pengesahan tidak rasmi bahawa momen ini lebih daripada sekadar sesi fotografi biasa.
Artikel Berkaitan: DI SEBALIK SUARA ERA FM, FAZZIQ MUQRIS KINI BERGELAR SUAMI
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BEN AMIR BERPINDAH KE PULAU SIARGAO, FILIPINA
Ben Amir, telah membuat keputusan berani dengan meninggalkan kehidupan kota dan memulakan lembaran baru di Pulau Siargao, Filipina.
10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG
Bukan semua lelaki sesuai berambut panjang. Ini antara selebriti tempatan dan antarabangsa yang tampak elok dengan imej sedemikian.
“DAH BOLEH KAHWIN!” – BEN AMIR SEDIA BERGELAR SUAMI
Perkongsian terbaru Ben Amir mengejutkan netizen sekali gus mengundang tanda tanya adakah dia bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.
“INSIDEN YANG MENGUBAH PANDANGAN SAYA TENTANG KEHIDUPAN” – BEN AMIR AKUI HAMPIR BUTA
Bintang Sweet Dreams, Ben Amir berkongsi foto dan kejadian yang hampir meragut penglihatannya bersama peminat.
ALPHA MEN & MOST GLAM 2021 ERA MODEN
Kenali Ben Amir dan Intan Najuwa, our Alpha Men & Most GLAM 2021
COV-EID 2021, SEMAK GAYA RAYA GLAM LELAKI ‘BOYS’
Aidilfitri adalah masanya untuk bergaya sakan walaupun dibelenggu dalam suasana pandemik. Jom semak gaya Raya GLAM Lelaki 'Boys' pilihan kami.











