Skip to content

fitness glam lelaki

INSPIRASI FIT & SIHAT 2026, SAY SHAZRIL, FAZZIQ MUQRIS, IKMAL AMRY SEBAGAI INSPIRASI.

Kongsikan artikel ini

Melangkah masuk tahun 2026, gaya hidup fit dan sihat bukan lagi sekadar pilihan, malah menjadi satu keperluan dalam menghadapi cabaran kehidupan moden. Kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kesihatan fizikal dan mental semakin meningkat, dipacu oleh pengaruh figura inspirasi tempatan seperti Dr. Say Shazril, Ezzrin Loy, Ikmal Amry, Shawn Pam, Fazziq Muqris antara individu yang konsisten mempromosikan gaya hidup aktif dan seimbang.

Cari inspirasi

Dr. Say Shazril dikenali sebagai ikon kecergasan yang menekankan disiplin, konsistensi dan ilmu dalam senaman. Kandungan Say banyak memfokuskan kepada pembinaan tubuh yang sihat secara realistik, sesuai untuk pemula mahupun individu berpengalaman. Pendekatan ini menjadikan kecergasan lebih mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat. Dia juga banyak berkongsi tip dan pengalaman untuk kekal sejahtera buat lelaki-lelaki seumurnya. Gaya hidup Say membuktikan bahawa bergelar bapa dan suami bukanlah penghalang untuk mendapatkan badan yang fit.

Dr. Say Shazril

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

Ahmad Ezzrin Loy

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ahmad Ezzrin Loy (@ahmadezzrinloy)

Ahmad Ezzrin Loy pula memberi inspirasi melalui penekanan terhadap keseimbangan antara senaman, pemakanan dan kesihatan mental. Dia sering mengingatkan bahawa kecergasan sebenar bukan hanya dinilai melalui fizikal, tetapi juga kestabilan emosi dan minda yang positif. Ezzrin giat berkongsi aktiviti kecergasannya di media sosial, secara tak langsung mempromosikan gaya hidup positif terutamanya di kalangan generasi muda.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry)

Ikmal Amry menunjukkan bahawa gaya hidup sihat boleh diterapkan walaupun dengan jadual kerja yang padat dan bekerja sebagai pelakon. Dengan rutin senaman yang fleksibel dan pemilihan makanan yang lebih berkhasiat, Ikmal menjadi contoh bahawa kesibukan dan keluarga bukan penghalang untuk menjaga kesihatan.

Shawn Pam & Fazziq Muqris

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pam Zhen Shen (@larilah_pam)

Selain itu, content creator, Shawn Pam dan  DJ radio, Fazziq Muqris turut memainkan peranan penting dalam memberi inspirasi kepada generasi muda. Kedua-duanya menampilkan gaya hidup aktif, berdisiplin dan konsisten. Sekali gus membuktikan bahawa kecergasan adalah satu komitmen jangka panjang, bukan trend sementara.

Artikel berkaitan: EDDY SYAMIN, “TAHUN 2026 ADALAH TENTANG FOKUS DAN PERTUMBUHAN.”

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ikmal amry glam lelaki

KOLEKSI FILEM DAN DRAMA LAKONAN IKMAL AMRY YANG PALING MENYERLAH

Bacaan Lanjut
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

Bacaan Lanjut

IKMAL AMRY, “SAYA PERCAYA PROGRES LEBIH PENTING DARIPADA KESEMPURNAAN.”

Bacaan Lanjut

ENAM PERSONALITI TEMPATAN CABAR DIRI SERTAI HYROX DI SHANGHAI, BARCELONA & SEOUL

Bacaan Lanjut
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR

EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR

Bacaan Lanjut
LANGKAH BRGAYA 2026: KOLEKSI KASUT LELAKI PALING 'HOT' MUSIM INI

LANGKAH BERGAYA 2026: KOLEKSI SNEAKERS LELAKI PALING ‘HOT’ MUSIM INI

Bacaan Lanjut