Skip to content

duta raya 2026

9 DUTA JENAMA KOLEKSI BAJU RAYA 2026, FATTAH AMIN, ZARIF GHAZZI & SIAPA LAGI?

Kongsikan artikel ini

Menjelang sambutan Aidilfitri 2026, kita semua dan terutamanya peminat mereka teruja dengan pengumuman barisan duta jenama bagi koleksi baju raya terbaharu. Tahun ini menyaksikan gabungan figura berpengaruh daripada dunia lakonan, muzik dan hiburan yang masing-masing membawa identiti serta aura tersendiri. 

Pelantikan lapan duta jenama ini bukan sahaja mengukuhkan jenama, malah mencerminkan kepelbagaian citarasa masyarakat Malaysia. 

Zarif Ghazzi & Lorenzo Irman

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JAKEL TEXTILE – HQ KL (@jakeltextile)

Jenama Jakel tampil dengan dua pelakon baharu, iaitu Zarif Ghazzi dan Lorenzo Irman. Kedua-duanya melambangkan gaya muda dan segar, sejajar dengan rekaan Jakel 2026. Yang menekankan keselesaan, kualiti fabrik dan potongan kontemporari untuk seisi keluarga. Pelantikan dua pelakon ini  sebagai duta Gen Z Jakel 2026 pastinya menambah tarikan kepada koleksi raya Jakel yang sentiasa menjadi pilihan ramai. 

Nadhir Nasar

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 👽 (@nadhirnasar_)

Nadhir Nasar terus menjadi bintang pilihan jenama fesyen kerana imejnya yang versatil dan berkarisma. Tahun ini, Nadhir sekali lagi menjadi duta untuk jenama Bulan Bintang. Dan baru-baru ini, Nadhir tampil di acara pelancaran koleksi raya 2026 Bulan Bintang yang dihadiri ramai tetamu. 

Fattah Amin

Sementara itu, Fattah Amin pula tampil eksklusif sebagai wajah utama Elrah Exclusive, membawa nilai kematangan, elegan dan sofistikated yang sinonim dengan jenama tersebut. Kalau tak salah, ini merupakan kali pertama Fattah Amin muncul sebagai duta rasmi Elrah Exclusive. 

Kamal Adli

Kamal Adli pula menyerlahkan gaya matang, maskulin dan versatil, menjadikan koleksi Jakel sesuai untuk pelbagai lapisan usia, daripada golongan muda hingga dewasa. 

Joe Flizzow

 

View this post on Instagram

 

A post shared by El azman (@elazman_)

Tidak ketinggalan, Joe Flizzow turut mewakili Elrah Exclusive, menampilkan sisi berani dan urban dalam koleksi baju raya lelaki. Sentuhan street style yang dibawanya memberi nafas baharu kepada rekaan tradisional, menjadikannya relevan untuk generasi muda.

Artikel berkaitan: BEN AMIR: SATU BABAK BAHARU DALAM CINTA DAN KEHIDUPAN

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 PODCAST UNTUK TEMANI PETANG ANDA SEMENTARA MENUNGGU WAKTU BERBUKA

Bacaan Lanjut

GL PLAYLIST: KOLEKSI LAGU RAYA TERBARU TAHUN 2026, DARI ALPHA, MIERUL AIMAN & HAEL HUSAINI.

Bacaan Lanjut
GL RAYA 2026: JANGKAAN WARNA BAJU RAYA GL TEAM TAHUN INI

GL RAYA 2026: JANGKAAN WARNA BAJU RAYA GL TEAM TAHUN INI

Bacaan Lanjut
5 FAKTA MENGENAI JAZMY JUMA DAN ZARIF GHAZZI ANDA PERLU TAHU

5 FAKTA MENGENAI JAZMY JUMA DAN ZARIF GHAZZI ANDA PERLU TAHU

Bacaan Lanjut

NEXT WAVE ICONS ZARIF GHAZZI DAN JAZMY JUMA : ALIF SATAR SEBAGAI INSPIRASI

Bacaan Lanjut

SYAWAL, BUT MAKE IT YOU: STAIL SEMULA TRADISI DENGAN KREATIVITI

Bacaan Lanjut