RAMADAN 2026: 5 SPOT IFTAR PILIHAN GLAM LELAKI
Bulan Ramadhan bukan sahaja masa untuk refleksi rohani dan beribadat, tetapi juga sebuah peluang untuk merasai pengalaman iftar yang istimewa.
Untuk Ramadhan 2026 ini, berikut ialah 5 destinasi iftar terunggul yang patut ada dalam radar anda:
1. Destinasi Rasa oleh Latest Recipe di Le Meridien Putrajaya
Destinasi Rasa merupakan pengalaman buffet Ramadhan istimewa yang ditawarkan oleh Le Meridien Putrajaya di restoran Latest Recipe. Sebuah hidangan berbuka puasa yang menggabungkan citarasa warisan Malaysia dan rasa antarabangsa dalam satu pengalaman kulinari.

Buffet ini berlangsung dari 19 Februari hingga 20 Mac 2026, dengan suasana yang sesuai untuk berbuka bersama keluarga, rakan, atau majlis korporat. Menu berbuka menyajikan pelbagai pilihan tradisional dan moden. Termasuk salad dan ulam-ulaman tempatan, hidangan utama klasik Malaysia seperti Ayam Percik, Hainanese Chicken, Kambing Kurma dan Sambal Sotong, serta hidangan fusion seperti tempura dan sushi di stesen live.

Untuk pencuci mulut, terdapat lebih 20 jenis kuih tradisional Malayu & Nyonya. Manakala kek moden seperti Red Velvet Cake dan Salted Caramel Pandan Honeycomb juga turut dihidangkan.
2. Citarasa Santapan Desa 2026 at Kuala Lumpur Tower
Di puncak Kuala Lumpur Tower dengan pemandangan 360° bandaraya, buffet Citarasa Santapan Desa menawarkan pengalaman iftar yang unik dan premium. Tema 2026 “Rasa Asli, Suasana Eksklusif” membawa lebih 200 hidangan kampung tradisi seperti rendang, ayam percik, kerabu dan sate, dengan menu yang berubah setiap minggu.
Kuala Lumpur Tower (KL Tower) juga terkenal sebagai salah satu struktur tertinggi di Malaysia dengan restoran dan ruang makan yang menawarkan panorama bandar yang memukau. Sangat ideal untuk suasana berbuka puasa yang lebih berkelas.
3. EQ Hotel Kuala Lumpur: Citarasa Nipah Ramadan Buffet (2026)
Nipah kembali dengan pengalaman buffet Ramadhan 2026 yang direka untuk mengumpulkan keluarga dan rakan-rakan dalam suasana yang hangat dan penuh makna. Ditawarkan di EQ Hotel Kuala Lumpur, Citarasa Nipah mengetengahkan kekayaan warisan masakan Melayu serta pilihan sajian antarabangsa yang seimbang.
Diilhamkan oleh Chef Rizuwan, buffet ini mempamerkan hidangan klasik Melayu seperti Briyani Gam Johor yang wangi, ikan keli salai dan udang galah salai, lengkap dengan kerabu dan salad tempatan yang segar. Sajian istimewa lain termasuklah beef tomahawk panggang dan kambing panggang mencipta pengalaman iftar yang meriah dan penuh rasa.
Pengalaman berbuka turut diperkaya dengan pilihan seafood on ice, serta variasi juadah pembuka selera barat dan salad untuk memenuhi pelbagai citarasa. Keseluruhan buffet direka sebagai sebuah jamuan yang sesuai untuk dikongsi bersama dan meraikan detik kebersamaan pada bulan Ramadan.
4. Hilton Kuala Lumpur: Pengalaman Iftar Ramadan 2026
Hilton Kuala Lumpur mempersembahkan “Jamuan Penuh Makna, Raikan Detik Bersama” . Pengalaman iftar Ramadan 2026 yang merayakan warisan kulinari Malaysia, sambil menggabungkan sentuhan moden dan semangat kebersamaan sepanjang bulan mulia ini.
Jamuan ini menampilkan lebih 180 hidangan yang diolah secara kreatif dari masakan tradisional Malaysia ke pilihan kontemporari. Memberi keseimbangan rasa untuk setiap selera. Antara sajian pembuka yang menarik ialah Golden Snapper Otak-Otak dengan Passion Fruit Salad, Urap Daging Pekasam, serta Young Mango Salad dengan Scallop Kering yang pastinya segar dan menyelerakan untuk berbuka.
Pengalaman iftar turut diperkaya oleh hidangan laut premium seperti Oceanic Bounty on Ice dan Pan-Seared Sea Bass. Masakan istimewa lain di stesen langsung seperti Golden Snapper Fish Head Curry, Lebanese Shawarma, serta Grilled Scallops dengan Ginger Garlic Chili.
Sebagai penutup manis berbuka puasa, pencuci mulut tradisional dan moden turut disediakan. Assorted Baklava, gabungan durian seperti durian éclairs, crêpes dan Serawa Pulut Durian Musang King. Malah Durian Tempura sebagai hidangan penutup yang paling dinantikan.
5.Sheraton Petaling Jaya: Citarasa Nostalgia & Iftar Buffet (2026)
Sheraton Petaling Jaya Hotel kembali dengan pengalaman iftar buffet yang menggabungkan rasa nostalgia masakan Melayu klasik dan sajian moden. Buffet Ramadhan Feast ini membawa suasana yang meriah dan hangat sambil meraikan detik kebersamaan bersama keluarga dan rakan-rakan.
Buffet ini menampilkan sebaran juadah Melayu yang diinspirasikan dari pelbagai negeri. Dari lauk kampung hingga hidangan majlis berbuka puasa, termasuk pilihan daging panggang, sup berempah, kerabu segar, sate dan lain-lain sajian tradisional. Pengalaman iftar di Sheraton Petaling Jaya turut dimeriahkan dengan pilihan makanan dan suasana yang sesuai untuk acara korporat, keluarga atau perjumpaan sosial sempena bulan Ramadan.
Pengalaman ini bukan sekadar bufet biasa. Ianya direka untuk merayakan rasa syukur, kebersamaan dan kenangan Ramadan bersama keluarga serta sahabat handai. Menjadikannya salah satu destinasi iftar yang GLAM dan bermakna di Kuala Lumpur tahun ini.
Artikel Berkaitan:
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KETAHUI FAKTA 3 ANAK LELAKI DAVID & VICTORIA BECKHAM
Selami fakta menarik dan sisi jarang didedahkan tentang tiga putera anak kepada pasangan sensasi, David & Victoria Beckham.
WANGIAN MEMBANGKITKAN IMAGINASI: DUNIA OLFAKTORI AESOP
Kedai Aesop sering kali dihidu sebelum ia dilihat—bukan kerana kepekatan aromanya, tetapi kerana sifat wangiannya yang unik.
SIAPAKAH YANG LAYAK KE PHYSICAL: ASIA? GLAM LELAKI CADANGKAN 6 HERO MALAYSIA HEBAT INI!
Rancangan Physical: Asia menjadi semakin hangat apabila pertanyaan mengenai penyertaan team Malaysia. Siapa yang layak?
9 PELAKON MALAYSIA YANG MULA BERLAKON SEJAK KECIL
Industri lakonan Malaysia telah dihiburkan dengan gelagat dan lakonan licik dari pelakon-pelakon malaysia sejak mereka kecil lagi
MENYUSUL JEJAK ZARIF GHAZZI, BADRON MUNIRAH DAN ZAIRI AZIZ DI RADAR INDUSTRI
Badron Munirah & Zairi Aziz pelakon muda Malaysia yang menonjol dengan bakat, drama popular, dan potensi 'rising star' selepas Zarif Ghazzi.
9 DUTA JENAMA KOLEKSI BAJU RAYA 2026, FATTAH AMIN, ZARIF GHAZZI & SIAPA LAGI?
Barisan selebriti popular menjadi rebutan jenama koleksi baju raya. Siapakah 9 duta jenama koleksi baju raya 2026?














