Skip to content

PESONA 'GIRL-NEXT-DOOR': KENALI 5 PERSONALITI MEDIA SOSIAL YANG MENJADI IDAMAN

PESONA ‘GIRL-NEXT-DOOR’: KENALI 5 PERSONALITI MEDIA SOSIAL YANG MENJADI IDAMAN

Kongsikan artikel ini

Cukup ramai personaliti media sosial wanita yang semakin lama semakin meningkat di Malaysia, dengan aura ‘Girl-Next-Door’ mereka. 

Era media sosial membuka ruang kepada ramai influencer tempatan untuk berkongsi gaya hidup, kecantikan, dan perjalanan mereka yang menginspirasi. Dari tutorial solekan hingga kandungan percutian santai, golongan girl‑next‑door ini memberi aura mesra, relatable, dan inspiratif kepada pengikut mereka. Antara lima personaliti media sosial yang sedang hangat menjadi sebutan ramai ialah Sofea Shra, Johanis Sani, Parisa Ardina, Arisa Soraya, dan Athisha Khan.

#1 Sofea Shra

Sofea Shra mencuri perhatian ramai kerana personalitinya yang cantik bersahaja serta tutorial kecantikannya yang mudah diikuti. Dia dikenali sebagai influencer bertudung yang sering berkongsi tutorial tudung, solekan, dan fesyen menarik. Popularitinya meningkat terutamanya ketika musim raya, dengan siri video “Eid Just Got Better” yang menjadi tumpuan ramai pengikutnya. Kandungan Sofea merangkumi tip makeup harian, tutorial hijab yang ringkas, dan gaya fesyen yang mudah disepadukan untuk penampilan harian. Dia juga turut muncul dalam majalah fesyen dan masih kekal relevan dalam dunia kecantikan digital, sering dipuji kerana gaya soft-glam yang versatil.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sofea Shra (@sofeashra)

#2 Johanis Sani

Johanis Sani pula mula dikenali melalui platform YouTube dengan tutorial makeup dan vlog gaya hidup yang dihormati ramai sejak beberapa tahun lalu. Dia aktif di YouTube dan Instagram, berkongsi video tutorial, tips kecantikan, dan gaya hidup yang dekat dengan kehidupan generasi muda. Dikenali kerana gaya bercakap yang santai dan personaliti yang mesra, pengikut merasa seolah-olah mereka sedang berborak dengan kawan sendiri. Selain itu, Johanis juga terlibat dalam projek bersama jenama besar seperti Sephora.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johanis Sani (@j0.ms)

Baca: KENAL PASTI 5 SELEBRITI & PERSONALITI MEDIA SOSIAL WANITA YANG CANTIK & FREE HAIR

#3 Parisa Ardina

Parisa Ardina memikat ramai kerana wajahnya yang cantik serta latar belakang budaya yang unik, iaitu campuran Melayu dan Azerbaijan-Iran. Parisa sering muncul dalam liputan fesyen dan kecantikan tempatan serta mempunyai gaya yang effortlessly chic. Selain berkongsi tip kecantikan dan gaya, dia juga kerap berkongsi konten tentang kehidupan seharian dan perjalanan peribadinya. Dalam beberapa wawancara, Parisa menyatakan inspirasi daripada personaliti global seperti Kylie Jenner untuk membina jenama sendiri dan membentuk imej gaya hidup yang berani serta berinspirasi.

#4 Arisa Soraya

Arisa Soraya pula memberi vibe elegan dan santai, sesuai dengan tema girl-next-door yang moden. Kandungannya biasanya berkisar tentang percutian, kecantikan, dan OOTD, dengan mood yang semula jadi dan effortless. Arisa kerap berkongsi perjalanan antara London dan Kuala Lumpur, memberikan pengikut inspirasi tentang gaya hidup antarabangsa sambil mengekalkan sentuhan lokal. Personalitinya yang elegan dan sederhana membuatkannya mudah dijadikan rujukan pengikut yang menggemari gaya hidup santai tetapi classy.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Arisa Soraya (@arisasoraya)

#5 Athisha Khan

Athisha Khan pula terkenal dengan kombinasi kandungan percutian, kecantikan, dan vlog peribadi. Selain dikenali sebagai adik-beradik kepada Neelofa serta Ameera Khan, Athisha berjaya menonjolkan diri sendiri dalam dunia influencer dengan gaya yang mesra dan kreatif. Kandungan Athisha yang relatable dan energetik menarik pengikut serantau yang sukakan kombinasi travel, beauty, dan lifestyle. Athisha juga kerap berkongsi tips kesihatan dan kecergasan serta pernah melibatkan diri dalam kolaborasi jenama fesyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Athisha Khan (@athishakhan)

Para pempengaruh ini bukan sahaja memiliki penampilan yang menarik, tetapi gaya mereka mudah dijadikan contoh oleh ramai anak muda. Mereka memberi inspirasi melalui content yang mesra, autentik, dan relatable, bukan sekadar glamor semata-mata. Dari tutorial makeup hingga travel log santai, pengikut mereka merasa dekat dan terinspirasi untuk mencuba sendiri gaya, tips, dan pengalaman yang dikongsi.

Pautan berkaitan: PARISA ARDINA DEDAH PENGALAMAN AWKWARD DATE YANG TAK DISANGKA

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

influencer malaysia

6 INFLUENCER PEREMPUAN YANG BERPENGARUH DI MALAYSIA KINI

Bacaan Lanjut
lapan 'girl crush'

LAPAN ‘GIRL CRUSH’ GLAM LELAKI, YANG HANGAT DAN SEKSI.

Bacaan Lanjut

PARISA ARDINA DEDAH PENGALAMAN AWKWARD DATE YANG TAK DISANGKA

Bacaan Lanjut
glam fashion party 2024

20 GAYA SELEBRITI WANITA TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024 

Bacaan Lanjut

25 SELEBRITI ‘BEST DRESSED’ DI GLAM LELAKI ALPHAMEN 2023

Bacaan Lanjut

ACARA TAYANGAN PERDANA FILEM PENDEK ‘I AM WOMAN’ BERLANGSUNG MERIAH

Bacaan Lanjut