10 FESYEN ITEM JENAMA TEMPATAN SEBAGAI HADIAH VALENTINE
Untuk Valentine tahun ini, GLAM Lelaki ingin mencadangkan barisan fesyen item dari jenama tempatan yang anda boleh jadikan hadiah.
Hari Kekasih atau Valentine’s Day bukan sekadar tentang coklat dan bunga, tetapi tentang menghargai insan tersayang dengan sesuatu yang bermakna. Tahun ini, apa kata kita beralih arah menyokong kreativiti anak tempatan? Jenama Malaysia kini sudah setanding antarabangsa. Mereka menggabungkan kualiti premium, rekaan yang unik, dan jiwa nusantara yang kental. Sama ada pasangan anda seorang yang meminati gaya streetwear, peminat estetika klasik yang minimalis, atau pencinta aksesori buatan tangan yang halus, pilihan barangan tempatan menawarkan sentuhan yang lebih peribadi. Berikut adalah 10 item fesyen daripada jenama tempatan yang boleh dijadikan hadiah Valentine buat pasangan anda tahun ini.
#1 Brik Slouchie Bag
Dihasilkan daripada material velvet suede yang paling menggiurkan, Slouchie memfokuskan kepada kelembutan. Gebu, mewah, boleh dipenyek-penyek, dan sangat lembut. Dengan ruang dalaman yang luas, beg Slouchie segalanya boleh dibawa dalam satu beg. Ini menjadikannya salah satu hadiah Valentine yang amat sesuai, penuh gaya dan parktikal buat teman wanita.
#2 Whimsigirl Set Khalisa Linen Kedah
Siluet Kedah oversized yang dijelmakan dalam fabrik linen, dengan potongan bahu jatuh dan lengan labuh. Menampilkan perincian sulam goyang yang halus pada bahagian hujung lengan dan bawah baju. Dipadankan pula dengan kain simpulan. Koleksi ini adalah sebahagian daripada Artist Edition. Dihasilkan dalam kuantiti terhad, menjadikan set ini sempurna sebagai hadiah.

#3 Bayu Bracelet Inari Jewellery
Bayu Bracelet menggabungkan seuntai manik batu Prehnite yang lembut dengan perincian emas, serta susunan cakera blue opal yang ceria di bahagian tengah. Ia melambangkan keseimbangan antara pergerakan dan ketenangan. Sebuah perhiasan yang memberikan rasa ‘grounding’ buat jiwa yang bebas. Seutas gelang semestinya satu hadiah yang sempurna buat Valentine.

#4 Hari Bag
Hari Bag dari Harirose merupakan hasil dimana gaya bertemu dengan praktikaliti. Direka khas untuk menjadi teman setia anda, ia dihasilkan daripada material suede dan kulit premium untuk transisi mudah dari waktu kerja ke acara malam. Tersedia dalam 4 warna menawan yang sesuai dengan apa jua koleksi pakaian. Hari Bag adalah untuk kita, hari-hari girls yang meraikan kehidupan dan berani tampil menyerlah.

#5 SVG Suede Leather Clog Sandal
Langkah penuh gaya dan keselesaan dengan SVG Suede Leather Clog Sandal ini. Ia dilengkapi dengan penutup depan getah yang tahan lasak, tali kulit mikrofiber yang lembut, alas gabus kayu empuk dengan tapak EVA, serta gancu logo logam yang eksklusif. Sebagai salah satu jenama yang disukai lelaki, sandal ini bolah menjadi salah satu hadiah valentine yang sempurna buat teman lelaki anda.

#6 High Cultured Cap
Teman lelaki anda semestiny akan tampil lebih stailo dengan High TOKEN Washed Baseball Cap. Topi istimewa ini hadir dengan kemasan washed (basuh) yang memberikan tekstur autentik untuk gaya serba boleh dan aura streetwear yang lebih premium.

#7 Tart Keyhole Top Anaabu
Tart Keyhole Top membangkitkan suasana tenang di pagi raya. Lebih santai, akrab, dan begitu mendamaikan. Garisan leher bulatnya diperindahkan dengan perincian lubang kunci (keyhole) tunggal yang dikemaskan dengan butang simpulan kecil. Fabrik bertekstur gerigi dengan corak timbul yang halus ini seakan-akan memberikan sentuhan seni, menyerupai kesan acuan picitan tangan pada kuih tat yang tradisional. Memandangkan Valentine dan Hari Raya dalam masa terdekat, baju ini boleh dijadikan hadiah dan baju raya juga.

#8 SVG SS26 Mesh Totebag

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
6 LABEL TEMPATAN YANG MENDOMINASI TAHUN 2025
Kini setaraf dengan label antarabangsa, label tempatan turut menjadi dominasi utama buat tahun 2025 yang meriah.
ASHRAF ANUAR: VISI DAN GAYA DALAM DUNIA FESYEN SVG
SVG bukan sekadar jenama, ia adalah revolusi gaya yang SVG bukan sekadar jenama, ia adalah revolusi gaya yang diterajui oleh Ashraf Anuar.
5 JENAMA FESYEN LOKAL PILIHAN GLAM LELAKI
Jenama fesyen lokal kini mendapat pencapaian yang hebat dalam industri fesyen dari segi kolaborasi dan acara fesyen ternama di Malaysia.
PESTLE & MORTAR CLOTHING BUKA STOR FLAGSHIP TERBAHARU DI APW BANGSAR
Label streetwear tempatan, Pestle & Mortar Clothing terus menghangatkan latar fesyen Kuala Lumpur dengan pembukaan stor flagship terbaharu di APW Bangsar.
DEBUT HOMME, PENJAGAAN DIRI LELAKI ILHAM PENGUSAHA KEDAI GUNTING DARI IPOH
Debut Homme, rangkaian ini dibarisi tiga produk utama yang merangkumi pembersih badan, syampu dan deodoran.










