THE DRAMA KING: AMIR AHNAF
Pelakon generasi baharu, Amir Ahnaf seorang yang berani bereksperimen. Dia bakal tampil dengan karya terbaharu Tarung: Unforgiven yang menyatukan dua generasi dalam naratif penuh intensiti emosi. Berbekalkan kejujuran dalam pembawaan watak serta keberanian mencabar batas diri, Amir berkongsi tentang obsesinya terhadap seni, tanggungjawab membentuk landskap industri, dan bagaimana fesyen menjadi refleksi identiti dalam fasa penting perjalanan kariernya.
Filem Tarung: Unforgiven bakal menemui penonton tidak lama lagi. Apakah yang paling mengujakan tentang projek ini dan bagaimana ia berbeza daripada karya-karya anda sebelum ini?
Yang paling mengujakan tentang projek ini ialah kebersamaan antara dua generasi yang berbeza. Pertembungan perspektif dan pengalaman itu memberi dinamika yang sangat segar di set penggambaran.
Dari segi perbezaan, projek ini menuntut intensiti emosi yang lebih mendalam serta pendekatan pembawaan watak yang tidak pernah saya terokai sebelum ini. Ia benar-benar mencabar saya untuk keluar daripada zon selesa.

Cincin & rantai, Clash de Cartier, CARTIER

Gelang tangan, Juste un Clou, CARTIER, rantai, Clash de Cartier & jam, Santos de Cartier, CARTIER
Sebagai antara pelakon generasi baharu yang sedang membina nama, bagaimana anda melihat peranan dan tanggungjawab anda dalam membentuk landskap industri perfileman hari ini?
Bagi saya, peranan yang paling penting adalah untuk sentiasa jujur dalam setiap aspek perwatakan yang dibawa. Kejujuran itu akan membantu membentuk satu landskap industri yang lebih selamat dan terbuka, khususnya buat generasi seterusnya untuk terus bereksplorasi.
Saya harap pengalaman dan pendekatan yang kami bina hari ini boleh menjadi rujukan atau “template” yang memberi ruang kepada pelakon muda lain untuk berkembang dengan lebih berani.
Apakah cabaran terbesar yang anda hadapi sebagai pelakon muda dalam membawa watak yang lebih matang atau kompleks?
Cabaran terbesarnya mungkin kecenderungan untuk menjadi terlalu obses dengan watak sehingga mengorbankan rehat dan keseimbangan diri. Namun, dalam proses itu juga saya belajar tentang disiplin dan pengurusan emosi supaya dapat memberikan persembahan yang jujur tanpa menjejaskan kesihatan diri.
Bagaimana anda mentakrifkan “pelakon generasi baharu” dari segi pendekatan terhadap seni dan cara berinteraksi dengan penonton?
Bagi saya, pendekatan terhadap seni dan cara berinteraksi dengan penonton boleh membawa hasil yang berbeza-beza. Apa yang penting ialah keberanian untuk bereksperimen dan mencuba pelbagai pendekatan.
Kesilapan adalah sebahagian daripada proses pembelajaran. Ia bukan soal sama ada kita pelakon baharu atau lama, tetapi sejauh mana kita berani untuk mencabar diri dan melangkaui batas kebiasaan.

Cincin, Clash de Cartier, CARTIER, jam, Santos de Cartier, CARTIER
Dari sudut gaya peribadi, bagaimana fesyen mencerminkan identiti dan perjalanan karier anda pada fasa ini?
Fesyen adalah refleksi diri. Setiap identiti membawa rasa dan tenaga yang berbeza. Pada fasa ini, saya melihat fesyen sebagai cara untuk mengekspresikan keyakinan dan keselesaan diri.
Jika kita selesa dengan apa yang dipakai, ia akan terpancar secara semula jadi dan menjadi sebahagian daripada naratif perjalanan karier kita.
Artikel berkaitan: SANTOS DE CARTIER : SIMBOL ELEGAN UNTUK PENGEMBARA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GLAM LELAKI JULAI 2026 MENAMPILKAN AMIR AHNAF, PEMBENTUK SINEMA MALAYSIA KINI
Amir Ahnaf semakin menyerlah dalam industri seni tanah air. Namanya mula mendapat perhatian menerusi watak Kahar dalam Projek: High Council.
5 KARYA LAKONAN AMIR AHNAF SEJAK DEBUT MESTI TONTON
Amir Ahnaf seringkali dikaitkan dengan bakat lakonannya yang penuh emosi dan mendalam sejak drama sulungnya hingga ke layar perak.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
JAZMY JUMA DAN ANNA JOBLING BAWA WATAK UTAMA DALAM “YES! CAPTAIN ZUL AARYAN”
Jazmy Juma akan muncul dalam drama terbaharu bertajuk Yes! Captain Zul Aaryan. Bergandingan dengan Anna Jobling dan ia bakal mencetus fenomena baharu.
KOLEKSI FILEM DAN DRAMA LAKONAN IKMAL AMRY YANG PALING MENYERLAH
kmal Amry antara pelakon yang memiliki pakej lengkap. Imbas filem dan drama yang pernah menampilkan Ikmal Amry sebagai pelakon utama.











